Thursday, July 23, 2009

Yasmin Ahmad Meninggal


Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 malam 25/7.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.

Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak

berita terdahulu

Yasmin Ahmad pengsan ketika bentang kertas kerja

PETALING JAYA 23 Julai - Pengarah filem terkenal, Yasmin Ahmad pengsan selepas rebah ketika membentangkan kertas kerja di TV3 Sri Pentas di sini sebentar tadi.

Yasmin kemudiannya menerima rawatan di Pusat Pakar Perubatan Damansara. - Utusan

p/s: sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah


No comments:

Post a Comment

Comment