Sunday, June 20, 2010

Noktah Cinta (.)

noktah cinta. xde kena mengena pun tajuk entry ni dengan story neh. cuma masa taip entry nih, lagu noktah cinta yang tengah berkumandang. semalam akibat boring yang teramat sangat. aku mengambil langkah dengan kuar jalan-jalan bersama Don (bukan nama sebenar). G mana? Jusco Balakong. Aktiviti? membeli makan. membeli and after that makan. tak blah macam tu sahaja.. kalau selalunya membeli belah kan? aku tak belah.. makan dulu.. hohoho~



janji ngan mamat afiq (nama sebenar) nak jumpa dia, sebab Jusco ni area rumah dia ja.. port yang ktorg jumpa, kat Secret. apa lagi bermula cerita masing-masing. dorang berdua ni tengah chambering firm yang berlainan. almaklumla bakal-bakal lawyer 2 ekoq nih. pot.pet.pot.pet....bla...bla..bla.. kah kah kah...

masa kuar ni juga time aku nak menghabiskan duit. isnin lepas aku dah g Jusco ni ngan kak Ina dan Kak Aini, time tuh dah rembat satu kemeja ngan cardigan kat Jusco dan sehelai Tshirt kat Seed. masa nak rembat berbayar (kang kata curi lak) tshirt kat Seed mata ku terpandang pada satu beg kat Seed, adus. masa tu aku g ada 10%, tapi 10% tak luak pun. cuma kurang juga la skit.




apa lagi, time g semalam, rembat gak beg tuh. nak dijadikan rezeki aku, semalam 10%+10% diskaun.. keh keh keh. amik jela.. dalam hati berkata hadiah sempena harijadi aku.. nak sedapkan hati la konon.. sapa lagi nak beli kalau aku sendiri yang tak beli.. kui3.


mana begnya?
ni dalam ni?
kena londeh dulu plastik nih..
baru nampak.

satu lagi. adus!!!! aku tak berjaya semalam menyahut seruan aktivis alam sekitar untuk tidak menggunakan beg plastik. lupa! siyes lupa! aku kena bayar 20sen untuk dapatkan beg plastik. tuan2 dan puan2 jangan lupa ya hari sabtu hari tanpa beg plastik. tapi kalau hari2 tanpa beg plastik pun boleh. lagi bagus!

7 comments:

Comment