Sunday, September 26, 2010

Ini bukan Anu dalam botol..ini cerita baru dari itu..

salam... sekarang open house sana sini.. pasti memerlukan sos kan?? tak tau la kot2 ada sesetengah orang buat open house makanan dia tak nak pedas... kalau tak pun open house dia hanya menyediakan air sahaja.. makan? non-ado. apa2 jala.. makan ka minum ka.. orang jemput pun dah bersyukur kan.. orang ingat juga kat kita..

berbalik kepada cerita sos cili...

alkisahnya semalam.. aku g kedai kat rumah aku neh (kat Perlis.. utk pengetahuan anda semua, aku masih bercuti raya.. hahaha.. dah 3 minggu kat Perlis, kat bahagian sos cili tu.. ada la mamat sorang pakai jaket institusi kemahiran dengan sangkut helmet kat lengan.. ala-ala Paris Hilton bawa handbag LV.. aku nampak dia amik sos cili masuk dalam helmet. oh! mybe dia tak bawa bakul atau troli..helmet pun jadi la.. lepas tu seiringan aku ngan dia ke peti sejuk.. aku amik air.. dia kuar bagi helmet kat kawan dia.. ini bermakna dia tidak membayar barangan yang di bawa keluar tuh. ngok!

wow!! taktik bagus!!! tapi itu taktik lama la.. kalau berani bawa kuar terus tak payah letak dalam helmet.. masa aku nak bayar kat kaunter.. dia hanya membayar sebotol mineral.. ikot suka hang la no.. mybe tak cukup duit kot nak beli sos cili yang tak sampai rm5.. m

akan tak halal wo.. tak bayaq.. jadi darah daging.. kalau daging hang jual kat Tesco mesti dok kat bilik "Non-Halal"

p/s: mai amik cabai burung rumah aku buat cili sos

4 comments:

Comment