Sunday, September 12, 2010

Salam Aidilfitri~

tak terlewat rasanya untuk aku ucapkan salam aidilfitri untuk semua yang mengenali diri ini melalui laman blog.. maaf zahir dan batin... raya tahun ni mcm tahun-tahun yang lain.. cuma hari jer kena hari Jumaat.. dan bagi kaum adam, kiranya kena sembahyang dua kali la.. solat sunat aidilfitri dan solat jumaat...

1 Syawal
menghabiskan masa dirumah, dan rumah sepupu sepapat.. kiranya tak kuar dari kawasan rumah aku la.. masih dalam liputan.. huhuhu..



wif my mum

2 Syawal

raya kedua lapangkan masa untuk beraya rumah kengkawan.. enam rumah aku terjah.. pergh!! masa ni perut aku tak tau nak ckp.. penuh! bihun, mee, laksa.. kuih.. kek, biskut.. fuyyyoooohh!! nyaman bangat. sampai terkentot terberak semua ada.. nasib aku dah balik baru kejadian itu berlaku (merujuka kepada kes kentot dan berak).. sempat g rumah Munirah, PG, Pah, Linda, Farizal, Faiz dan Adila.. tq, kepada yang sudi konvoi raya tahun ni.. best sangat!!

rumah Shafizi




baby Warid bersama Uncle Mizi


mizi sampai terlelap ni rumah linda..



dua pose istimewa;)

beginilah cara beraya di kampung.. melawat rakan taulan dan sanak saudara tu sudah menjadi satu kewajipan.. rasa tak lengkap jika tradisi ini tidak dilaksanakan dan ia diteruskan supaya tidak ditelan zaman yang semakin canggih manggih neh..

next.. 3 Syawal.. my bro Mr Lawyer nak bertunang.. nanti la story mory for the next entry.. klah.. kengkawan semua yang selalu terjah blog aku.. lalu lalang sini.. aku nak ucapkan skali lagi..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Assalamualaikum

1 comment:

Comment