Wednesday, March 23, 2011

[Episod AKHIR] Persahabatan dan Takdir... menentukan segalanya..



Aku terkejut. Rupanya Zack pulang ke rumahnya setelah dua minggu berada di Universiti. Dalam perjalanan menghantar Zack ke stesyen bas Kangar aku terdengar berita di radio mengatakan rayuan ke Universiti dapat disemak esok. Kali ini aku tidak beberapa gementar kerana aku dapat rasakan yang keputusan rayuan tidak menyebelahiku jua. Zack memberi kata-kata semangat kepadaku.
“Wan, aku rasa kali ini peluang untuk ke Universiti akan menyebelahi hang. Percayalah cakap aku,” kata Zack dengan yakinnya.
Aku tersenyum.
Jam di tangan menunjukkan 4.30 pagi. Mataku tak dapat ditutup kerana kepalaku asyik memikirkan keputusan esok. Alhamdulillah. Perasaan gembira tidak dapat aku gambarkan. Air mata kegembiraan mengalir di pipi. Hatiku terdetik, beginilah perasaan kawan-kawanku yang berjaya ke Universiti. Emak dan ayahku turut gembira. Aku mencapai telefon dan menelefon Zack untuk memberitahu yang aku berjaya menjejak kaki ke USM. Dalam perbualan tersebut juga aku mengucapkan terima kasih kepadanya kerana memberi nasihat dan kata-kata semangat yang tidak putus-putus.
Aku telah mengetahui apa itu erti persahabatan dan takdir. Persahabatan telah menaikkan semangatku melalui dorongan dan nasihat seorang sahabat seperti Zack. Manakala takdir menentukan segala-galanya. Walaupun cita-cita aku dan Zack untuk belajar di satu Universiti tidak tercapai, aku gembira kerana cita-cita kami untuk menjejak kaki ke Universiti tercapai hasil daripada usaha dan berkat doa bersama.
Cerpen ini ditaip pada: 27 Februari 2007

2 comments:

  1. Oh cerpen rupenye...nie dah yg terakhir ke?so lisa kene baca baliklah dari mula...=)

    ReplyDelete

Comment