Sunday, March 20, 2011

[Episod Empat] Persahabatan dan Takdir... mentukan segalanya..



Lima minit selepas itu Karim membalasnya. Karim memberitahu dia tidak terlibat dengan kejadian itu. Nasib menyebelahinya kerana dia terlewat tujuh minit sahaja untuk menaiki tren tersebut. Aku tidak banyak bertanya kerana telefon bimbitku kurang kredit.
Bulan-bulan berlalu dengan cepatnya. Semalam emak memberitahuku bahawa esok keputusan rasmi STPM akan keluar. Sebelum itu Zack ada memberitahuku. Petang tadi aku dan Zack berjanji sebaik sahaja dapat keputusan kami akan menghubungi untuk mengetahui keputusan masing-masing. Dadaku mula berdebar kembali. Sekencang kuda berlari. Mata tak dapat ditutup dengan rapat. Tiba-tiba jam locengku berbunyi. Menandakan pukul 6 pagi. Lantas aku bangun dari tempat tidur untuk mengambil wuduk sembahyang subuh.
Keadaan di tempat letak motosikal bising dengan deruman motosikal kawan-kawanku yang ingin meletak motosikal. Masing-masing menceritakan perasaan masing-masing. Satu kata yang dapat disimpulkan ‘debaran’.
“Kepada semua pelajar yang ingin mengambil keputusaan peperiksaan STPM sila masuk ke dalam dewan sekarang,” kata guruku.
Alhamdulillah. Semua matapelajaranku lulus, Cuma pointer sahaja aku kurang berpuas hati.
“Hello, Zack keputusan hang macam mana?” kataku.
“Subjek aku semua lulus,” kata Zack menjawab persoalan aku.
Keputusan kami sama sahaja cuma pointer sahaja berbeza. Aku berasa sedikit kecewa. Tanpa berlengah lagi aku mengajak Zack ke cyber café untuk mengisi borang dalam talian untuk memasuki universiti. Aku dan Zack merancang untuk mengambil kursus yang sama. Dengan harapan dapat belajar bersama di satu universiti. Pemilihan kursus dibuat dengan teperinci dengan bantuan guru dan kawan-kawan serta senior sekolah aku. Kursus yang akan kita pelajari di Universiti inilah yang akan mencorak segalanya. Untuk mengetahui keputusan kemasukan ke Universiti mengambil masa lebih kurang tiga bulan.
Tiga bulan aku menghabiskan masa dengan kawan-kawan. Berborak pagi, petang, dan malam.
“Wan, tadi mak tengok tv. Berita bagi tau esok keputusan kemasukan ke Universiti akan dikeluarkan. Pukul 10 boleh semak di internet atau sms,” kata emakku.
bersambung...

No comments:

Post a Comment

Comment