Friday, January 13, 2012

Ulangtahun Persahabatan Tiga Sekawan yang ke 5 Tahun!!

 Gambar di Langkawi 12-14 Januari 2009

Jika dua tahun lepas 12-14 Januari sambutan ulangtahun persahabatan yang ketiga tahun dilakukan di Langkawi pada tahun ini 13-15 Januari ulangtahun persahabatan disambut juga di Langkawi. Dua tahun lepas tiga sekawan ini telah berjanji akan datang kembali ke Pulau Lagenda selepas masing-masing menyiapkan satu tugasan atau task besar dimana–mana masing-masing perlu apply mana-mana universiti dan menyelesaikan misi ijazah sarjana dalam tempoh dua tahun. MoU tersebut telah dibuat di Pulau Lagenda dua tahun lepas samasa percutian ulangtahun persahabatan yang ketiga tahun pada semester akhir di Universiti Malaya.

Alhamdulillah, Jang selesai dalam masa setahun di USM dan aku selesai dalam masa 2 tahun di UKM. Cuma Fitri sahaja yang agak lambat, ntah apa silapnya, nak dikata berskandal dengan pensyarah, tak de pulak aku tengok keluar dating, dengan pelajar? Ntah itu pun aku tak tahu.. tapi walaupun lambat menyiapkan thesis fitri, kami tetap memberi sokongan kepada anda sehingga janji-janji tiga sekawan untuk mengenggam segulung ijazah sarjana tercapai, Cuma kau sorang jer lagi! Takkan tak nak kawan pulak kan sebab lambat buat thesis.. kang kalau tak kawan, takdelah ‘telaga buruk’ aku.. keh keh keh.

Tibanya harini sambutan ulangtahun persahabatan yang kelima tahun kembali ke tempat yang dijanjikan iaitu di Pulau Langkawi, Pulau yang penuh dengan sejarah dan lagendanya.. mungkin satu lagi MoU akan dibuat di Pulau ini.. iaitu mendapat segenggam Ijazah Doktor Falsafah dalam tempoh lima tahun dari sekarang..  

Jang sudah melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di USM, aku dah apply Cuma dalam proses sekarang ni..  Alhamdulillah aku diberi peluang untuk mengajar di salah sebuah Kolej Universiti, jadi PhD tu Nampak mendung skit, tapi semangat tu tetap ada.. walau apa pun terjadi InsyaAllah aku akan teruskan niatku itu.

Cuma yang membimbangkan aku dengan Jang adalah sorang lagi sahabat kami iaitu Fitri, Ijazah sarjana pun Nampak macam kelabu asap dah. Mybe busy di tempat kerja.. almaklumlah editor sekarang..  asyik edit buku orang jer, thesis sendiri bila nak edit ntah *agak sinis.. hehehe.. tapi aku dah Nampak hati dia semakin terbuka untuk menyiapkan thesis sabtu lepas. 

Masa dalam kereta OTW ke Kajang, dia cakap nak siapkan thesis. Sebagai kawan aku terharu, sebak, dan rasa macam nak bagi tahu satu dunia bahawa Fitri dah sedar akan keadaan dirinya sekarang ni. Alhamdulillah…

Alhamdulillah.. tiga sekawan untuk tahun 2012 mendapat perkhabaran yang boleh tersenyum sampai Nampak gigi. Jang dengan PhDnya yang ditaja oleh KPTM, aku akan start mengajar, Fitri dengan kerja editornya..  dalam masa lima tahun tiga sekawan ini akan meneruskan perjuangan PhD dalam bidang masing-masing.. InsyaAllah Boleh Kuatkan Semangat!

#dah rasa macam filem 3 Idiot!

6 comments:

  1. Salam

    Tahniah pada korang bertiga ye..
    Pada yg sambung dan bekerja..;) Kekalkan segala persahabatan yg ada..;)

    ReplyDelete
  2. Jia yo! Moga impian 3 sahabat ni terlaksana...
    InsyaAllah =)

    ReplyDelete
  3. Fifi, zuzu and jang..my best 3 junior!!!! Akak doakan yg tbaik utk korang..love all of u mmuah2!! Hehe

    ReplyDelete
  4. syoknye la...best lepak ngan kwn2

    ReplyDelete
  5. seronok dapat kawan yang macam ni kan :)


    http://ch000tz.blogspot.com/2012/01/sampai-nanti-tika-waktu.html

    ReplyDelete
  6. untung la dapat kawan macam ni :D

    ReplyDelete

Comment