Friday, May 11, 2012

Bukan senang nak menjadi senang.. dan bukan susah nak menjadi senang..

ENTRY INI BUKAN INGIN BERBANGGA TAPI HANYA INGIN BERKONGSI

entry ini hanya ingin berkongsi pengalaman.. entry yang dah lama taip.. hampir sebulan.. tapi tak publish..  jarang update skit sebab masa banyak dihabiskan dengan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan.. agak-agak faham ayat ni? tak faham pun layan lah..

dah sebulan kerja di tempat baru.. Alhamdulillah.. dah boleh adapt dengan persekitaran dan tanggungjawab yang diberikan.. cuma bila dah rasa selesa ni timbul rasa ingin berkongsi pengalaman-pengalaman lalu yang mengajarku untuk terus berusaha.. sebenarnya untuk sampai ke tahap ni.. banyak benda yang sukar untuk aku sendiri lalui.. tapi dengan berkat usaha dan doa family, sahabat.. Alhamdulillah. Berjaya jua ku harungi..

setiap orang Allah dah tetapkan rezeki dia dimana.. cuma perlu berusaha sahaja.. kalau bercakap mengenai kerja.. lepas SPM lagi aku dah bekerja.. sebab aku ni bukan anak orang kaya, yang duit mak bapak boleh bagi bulan-bulan.. tapi dalam masa yang sama aku bersyukur sebab family aku bukanlah kaya.. tapi boleh la teruskan kehidupan sebagai keluarga petani.. bak kata orang Indonesia.. sedang-sedang aja..

lepas SPM bekerja di stesyen minyak.. dengan gaji sekitar Rm250 - Rm400 sahaja sebulan.. lepas tu masuk form six.. ni banyak halangan juga masa nak masuk form 6.. my family OK.. tapi ada tentangan daripada orang-orang sekitar.. tapi apa aku peduli.. harung!..

Alhamdulillah.. lepas STPM masuk UM.. sambung degree.. lepas degree sambung master.di UKM. dalam tempoh lima tahun ni keluarga dan sahabat rapat banyak memberi sokongan.. untuk teruskan.. agak seksa time master lah.. banyak dugaan.. harung!

sepanjang belajar ni aku dapat banyak juga interview.. hampir 10 interview.. tetapi rezeki bukan memihak kepada aku.. satu pun tak dapat..

lepas master.. keja dengan gov secara sambilan.. gaji pun sekitar RM800-900 sahaja sebulan.. tapi Alhamdulillah.. boleh teruskan jua kehidupan.. cuma tidak boleh berbelanja mewah.. nak dijadikan rezeki.. habis kontrak sambilan terus dapat jadi pengajar di IPTS.. selama dua bulan.. gaji.. yang ni tak perlu kira.. banyak juga la dari sambilan tadi..

ENTRY INI BUKAN INGIN BERBANGGA TAPI HANYA INGIN BERKONGSI

dalam tempoh ni aku dapat satu lagi interview pengajar IPTA, ini memang tidak disangka.. sebab masa interview peringkat Fakulti.. aku dihentam sehabis-habisnya.. memang macam tak dak peluang aku nak jejak IPTA untuk jadi pengajar.. nak dijadikan rezeki bulan Disember tahun lepas dapat interview untuk 2nd stage.. peringkat Uni.. Alhamdulillah, dalam masa dua bulan terus dapat jadi pengajar di salah satu IPTA.. Alhamdulillah.. berkat usaha, doa family dan rakan-rakan.. dapat juga kerja yang aku idamkan selama ini..

buat masa sekarang Alhamdulillah.. sudah berada di zon selesa.. sangat-sangat bersyukur.. bab gaji tu no 2.. dalam masa sebulan aku diberi lagi kepercayaan untuk mengajar 2 subjek pelajar luar kampus.. Alhamdulillah.. rezeki.. memanjat kesyukuran kepada-Nya.. bukan apa.. cuma terfikir balik.. dengan penat lelah jika  dahulu bekerja gaji nak dapatkan 1K amik masa satu bulan.. tetapi sekarang untuk part time, hampir 1K aku boleh dapat dalam masa sehari sahaja bekerja.. ini membuatkan aku terus bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan..

tiada maksud untuk membuat perbandingan gaji dengan mana-mana pihak, cuma terfikir.. apa yang aku lalui selama ni.. dicaci, diperli, dihina, dipandang sebelah mata, berat sebelah dan sebagainya rupanya.. ada hikmah disebaliknya.. masa lepas Degree amik Master ada yang perli-perli "kerja-kerja la sama bantu ibu-bapa" Alhamdulillah... usaha gigih dahulunya sambung belajar berbaloi.. memang berbaloi... Alhamdulillah.. jadi yang mana ada niat nak teruskan belajar.. usahakan niat murni itu, pedulikan cakap-cakap negatif yang langsung tidak membantu..

Moral of the story, Rezeki Allah dah tetapkan.. cuma perlu usaha, doa dan bertawakkal.. jangan banyak mengeluh, yang penting usaha sehabis dan sebaik mungkin.. jangan berputus asa.. sebab bukan senang nak menjadi senang, dan tak susah pun nak menjadi senang.. Sabar itu tunggak utama..

Ingat hormatilah ibu bapa dan ahli keluarga.. doa ibu bapa ni mujarab.. dan hormatilah juga rakan-rakan anda.. kerana anda tidak boleh berdiri sendiri tapi bantuan dan sokongan orang disekeliling especially keluarga dan rakan-rakan positif.. rakan negatif ignore aja.. dan bawa dia ke arah positif...


ENTRY INI BUKAN INGIN BERBANGGA TAPI HANYA INGIN BERKONGSI

next entry nak share tips interview!

3 comments:

  1. wah! byk tu 1k sehari.mana nak dapat oiii!

    ReplyDelete
  2. entry ni betol2 memotivasikan diri zwan yang baca.. btw, orang kata klaw start keja dari bawah is more better drpd orang yang terus start dari atas.. btw, congrats bro! :)

    ReplyDelete
  3. wahh :) terima kasih atas entri yang amat bermotivasi :)alhamdulillah.. :) tahniah :)

    ReplyDelete

Comment