Thursday, May 30, 2013

Tips Interview Jawatan Pentadbiran dan Akademik

Tetiba teringat nak share pengalaman semasa interview dulu-dulu.. banyak kali juga aku g interview kerja. Lebih daripada sepuluh, mybe. Jawatan pentadbiran selepas tamatnya pengajian di UM dan dua jawatan akademik selepas habis master di UKM.


Ok aku mulakan dengan jawatan pentadbiran dulu, aku banyak apply jawatan yang berkaitan dengan jurusan aku iaitu media studies. Jadi jawatan dalam gomen dan swasta seperti PRO, Penerbit Rancangan,   wartawan, editor dan sewaktu dengannya. Bila interview gomen untuk jawatan Penerbit Rancangan ada tiga peringkat, ujian suara, ujian bertulis dan baru boleh ke peringkat interview. Aku pernah rasa ke tiga-tiga peringkat. Tapi tiada rezeki. Masuk ja interview ada dua orang panel selalunya kalau gomen, sorang daripada SPA dan sorang lagi daripada industri.. i mean daripada bidang korang la.. kalau penerbita rancangan sorang akan datang dari Jabatan Penyiaran. SPA ni selalunya dia akan suruh introduce yourself dalam BI jadi ceritalah panjang-panjang tentang diri sendiri pasal nama, adik beradik, ayah kerja apa, education background, pengalaman kalau pernah bekerja. Jangan lari topik lak. Mula dengan introduce dan akan masuk kepada soalan-soalan lain seperti dasar negara dan sebagainya. Kalau panel dalam industri, tolong bersedia dengan ilmu-ilmu dalam kerjaya. Macam-macam dia boleh tanya daripada teori sampailah praktikal. Itu bab gomen.

Masuk interview syarikat swasta.. ha. yang ni lagi dup dap dup dap. Aku penah masuk dalam interview swasta ni 8 orang panel. Masa tu mohon wartawan kat utusan karya, swasta ni lain skit, peluang untuk dapat tu tinggi kalau anda YAKIN dan tidak gentar untuk menjawab setiap soalan yang ditanya. Jangan lari topik. Sekali lagi jangan lari topik. Kalau dah berminat sesuatu jawatan jawab IA dan tunjukkan minat anda terhadap jawatan yang ditawarkan. Silap aku masa tu cuma p bagi tau nak kerja lima tahun untuk ambil pengalaman dan nak masuk dalam bidang akademik. Punggahhhhhh. Habislah. Tapi memang niat aku macam tu pun. Jadi kalau masa interview tu bila ditanya bab kerja, kata la nak kerja selama-lamanya. Kiranya syarikat tersebut dihatiku selamanya.. chewaaahhh.. mula-mula masuk macam biasalah. Introduce, pastu tanya pengalaman bekerja. Kalau journalist dia akan tanya minat dalam bidang apa? sebab banyak meja dalam bidang kewartawanan, meja ekonomi, meja hiburan, meja am dan sebagainya. 

Itu untuk jawatan pentadbiran. Masuk ke jawatan akademik. Kalau jawatan akademik *ni baru betul2 minat
ada dua peringkat selalunya. Peringkat Fakulti dan peringkat Universiti yang mengambil masa yang sangat lama. Time aku lebih kurang setengah tahun untuk settlekan semua interview. Cabaran amatlah besar. Panel biasalah, dekan, ketua jabatan, AR. Masuk bilik interview senyum ya. Interview di peringkat fakulti dan universiti dalam BI, tiada BM. Kalau gomen BM, BI skit ja time introduce tu. Soalan awal, introduce yourself, lepas tu pengalaman dan paling penting PhD. Tolong khatam thesis yang anda buat masa master dulu.. khatam semua.. problem statement, RQ, objective, result dan sebagainya.. jangan tersangkut-sangkut. Satu lagi pasal PhD. Masa interview dia akan tanya juga peringkat fakulti dan juga peringkat universiti. Nak tak nak.. kalau nak apply jawatan akademik, main idea untuk buat PhD tu dah ada.. tajuk, problem statement, audience yang nak dikaji dan sebagainya.. supaya nampak anda memang betul-betul berminat dalam dunia akademik sebab dalam dunia akademik bukan mengajar semata-mata ya, research, kerja admin pun ada juga. Jadi kena tau semualah. Soalan yang lain, kenapa anda memilih IPTA/S tersebut, kelebihan yang ada pada diri berbanding dengan calon-calon lain. Kalau soalan memilih IPTA/S tu boleh ambil balik kat visi universiti.. contoh UITM boleh la jawab "Saya ingin menjadi sebahagian warga UITM dan sama-sama bekerja keras untuk menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika"


Tips: 

Pakaian: 
Tolong berpakaian kemas, warna lebih dan cerah.. jangan pakai warna hitam, kelabu. Rambut jangan skema sangat kalau lelaki, tapi jangan terlalu style sangat. Ala-ala kadar dan sesuai dengan jawatan yang dimohon. Bila anda masuk bilik bagi salam dan jangan duduk selagi panel tak suruh. 
INGAT! panel dah dapat tau anda orang yang bagaimana dari anda buka pintu bilik interview lagi. FEEL of CONFIDENCE tu yang penting.

Kedudukan badan: 
jangan dok goyang kaki, gedik-gedik kaki sebab takut.. duduk dalam keadaan selesa.. relakss.. enjoy!

Menjawab soalan: jawab dengan yakin even jawapan tu tak pasti atau salah. kadang-kadang panel selalu bagi soalan dan bila kita jawab dia akan kata "Betul ke?" jadi jawapan yang dibalas perlu "Betul" kalau ada isi nak defend, defend la supaya boleh meyakinkan panel. 


itu serba sedikit yang aku ingat untuk dikongsi bersama.. moga menjadi panduan.. 

3 comments:

  1. Abg wuwuri.

    Mcm mana pulak kalau-kalau penemuduga plak yang tergedik2 dan terkinja2...?

    Ps: love this entry and well said.

    ReplyDelete
  2. Anoy, yang tu cheq kena kawal diri la.. kalau tak pun gedik dan terkinja sekali ;)

    ReplyDelete
  3. wow nice tips interview, thx

    ReplyDelete

Comment