Wednesday, May 21, 2014

Indahnya Yogjakarta atau Jogjakarta – Yukkk Jalan-jalan


April jelajah medan, May bersambung ke kota jawa tengah yang dikenali sebagai Yogjakarta atau Jogjakarta.. trip kali ni dengan rakan-rakan weng.. Bedah, Amir dan Esah. Trip kali ni lama skit 4 hari 3 malam berbanding tahun lepas ke tempat yang sama yang cuma 3 hari 2 malam.. (Klik di sini untuk trip pertama keYogjakarta). Sebelum nak cerita panjang lebar, berkongsi tips ada juga mulut-mulut yang dok tanya, kenapa asyik p Indonesia saja? Awat hang p negara dunia ke-3 saja? Owh. Aku memang suka ke Indonesia. Target aku adalah mahu menjelajah satu bumi Indonesia kalau boleh. Ingin melihat kepelbagaian dalam negaranya dari pelbagai aspek. Gituh. Ayat klise sangat dengan hashtag #duittravelakuyangkeluarkoyangpanas

KLIA2, boleh keluar bersiar-siar tengok pesawat




16 Mei 2014

Perjalanan direncanakan dari   16-19 May 2014. Tiket flight masa tu dibeli pada 16 Mac 2014 dengan harga RM170 return ya. Murah ngak?  16 May kami gerak petang dalam jam 3.15 petang dengan penerbangan AirAsia di KLIA2. Cita bab KLIA2 ni sapa yang nak menggunakan airport ni kluar lah awal skit, jauh gila nak jalan kaki. Macam nak lucut lututlah jauhnya. Perjalanan dari KL ke Jogja ni mengambil masa 2 jam 35 minit. Sampai ja kat sana terus amik teksi ke Hotel di Malioboro. Kalau takut ditipu dan tertipu jangan tersipu-sipu malu untuk membeli tiket teksi masa lepas dari check beg tu. Rp60 ribu ke Malioboro yang mengambil masa 30 minit. Ngak jauh ibuk.. ibukk.. bapak.. bapakkk.. Cuma macet aja. Jadi sampai ja Hotel Kristina terus check in dan cari makan. Hotel ni aku contact thru email dan call dari Malaysia untuk nampak kita bersungguh untuk stay kat situ. Sebab dorang tak minta deposit tau. Jadi kena buat bersungguh-sungguh skit. Kedudukan hotel 300Meter ke Jln Malioboro. Jadi malam tu hanya jalan-jalan Malioboro dan makan then tido untuk mengambil tenaga jalan-jalan keesokan hari. Hotel kena pandai pilih dekat dengan kawasan utama supaya senang nak dapat makan dan berbelanja. Tak payah nak buang duit amik teksi bagai k. jalan kaki sudeyhhh buang lemak-lemak degil dalam badan #akuyangberlemakkoyangpanas

Teh Botol Sosro baru Rp5ribu, haritu di medan ditipu cecah Rp12ribu

malam di Malioboro

17 Mei 2014
Seawal 6 pagi waktu Indonesia kami dah gerak ke Candi Borobudur. Jadi untuk perjalan harini dalam itinerary program Candi Borobudur – Merapi – Candi Perambanan. Gerak dari Jln Malioboro ke Candi Borobudur mengambil masa lebih kurang sejam lebih. Oh! By the way sebelum korang gerak ke destinasi korang kena buat research dulu lah dari segi hotel mana yang nak stay, dan nak ke mana. Buat siap-siap dan nanti sesuaikan dengan supir di sana. Research juga dengan waktu, sebab takut kena cuti umum negara dorang jadi hotel cepat habis dan ramai orang di setiap kawasan wisata. Jadi kena gerak awal untuk elakkan kesesakan. Sampai candi terus masuk. Manusia? Fuhhhhh. Ramai gila. Budak sekolah cuti. Ada cuti umum apa tah sebelum tuh. Jadi masuk ke candi Borobudur ni untuk International Rp220 ribu.. 

Rombongan cik kiah anak-anak sekolah





















kalau nak belanja boleh disini, murah. Rp100ribu boleh dapat 7 +1 helai tshirt. Jadi kena tawar, gunakan ayat 'pecah telor'



Selapas pusing-pusing candi terus ke Merapi. Gunung yang meletus pada tahun 2010 yang mengorbankan banyak nyawa. Masa dulu g juga tempat ni, tapi kalau ni amik 4X4.. Best wa cakap lu… Rp250ribu sebijik. Bahagi 4 orang, tak mahal mana pun. Pengalaman tak boleh dibeli bukan? Jadi jangan nak berkira sangat. Nak jalan tapi berkira duduk kat rumah diam-diam ok. Mana nak dapat pengalaman naik 4X4 di kawasan gunung berapi? Tergoyang-goyang apa yang ada dekat badan. Naik kematu bontot + ala-ala pengurut osim joget tu. Better jangan makan sebelum naik, kalau tak. Bluweeekkkkk lahhhhh.. jangan ingat jalan ni bertar hokeyyhh.. #artiskekonakletaktarbagaidikawasangunungberapi









rumah yang hangus terbakar
















Batu Alien. Nampak tak rupa alien tu?




Balik dari merapi singgah makan di satu restoren ni, adussss ngak ingat namanya apa. Tapi bagus sih tempatnya. Makan nasi ayam penyet, jus bagai, sayur asam baru Rp88ribu.. rehat sebentar dan teruskan jalan ke Candi Perambanan. Masuk candi perambann Rp190 ribu. 









































Nasi Iga Bakar






18 May 2014
Owh. Perjalanan untuk harini agak jauh yang mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk ke Gunung Pindul. Kiranya ala-ala jelajah gunung naik Kijang, Avanza lah. First destination Goa Pindul untuk aktiviti masuk gua naik pelampong dan habis je jelajah gua terus water rafting. Pakej Goa Pindul dan Water rafting Rp95ribu. Mahal? Dalam RM24 ja. Katakan pada hati, Pengalaman tidak boleh dibeli di mana-mana. Terus teringat Krabi Krobe Cave 

























































Air Terjun Pengantin
























Selesai terus ke Pantai Siung dan Jogan untuk berkelah. Sampai ja di sana? Fuhhhhhhhhhhhhhhhh.. penat tu hilang beb! Siriyes wa cakap luu.. Indahnya ciptaan Tuhan. Pantai yang menghala ke Indian Ocean #pray4mh370 

Berhenti beli belalang goreng.. Sodap!















































































Balik daripada aktiviti pantai dan goa pindul terus ke alun-alun naik kereta lampu.. Rp20ribu..





19 May 2014

Fuuuh… hari terakhir best! Sebab? Dapat bangun lambat. Tapi tak best sebab dalam kepala, owh malam ni nak tdo kat Malaysia dah. Pujuklah hati sebab tidak tertinggal di Jogjakarta. Berbelanja di sekitar Pasar Hadiharjo. Jadi kalau nak shopping batik ke apa, better ke Pasar ni lah.. murah dan banyak pilihan. Sangat-sangat banyak pilihan jadi, simpan duit. Habis belanja beli apa yang patut terus ke Water castle Taman Sari. Sorang masuk Rp12ribu. Habis taman sari ke Kraton, lepas tu terus ke airport sebab dah risau fasal luggage terlebih KG. 

Breakfast pagi yang dihantar ke bilik jam 8 pagi waktu Malaysia

































merapi dari atas pesawat


Tip-tips:
  • Beli tiket teksi di kaunter supaya tidak ditipu oleh Olat-olat yang menyakitkan hati sanubari, Rp60 ribu airport-Malioboro
  • Teringin nak naik andung jalan-jalan sekitar Malioboro? Rp70ribu
  • Supir + Mobil + Petrol sehari Rp500, parking sediakan Rp5ribu sekurang-kurangnya. Nak no contact Mas Endra just drop message di kotak sebelah kanan nih. I will reply as soon as possible email-email yang masuk.
  • Borobudur Rp220ribu, Prambanan Rp190ribu, Gua Pindul (gua + water rafting) Rp95ribu
  • Makan di dalam mall lagi better kot dari lesehan. Kang kena tipu sakit hati sampai balik Malaysia pun tak habis lagi. Atau pilih tempat yang ada menu tersedia harganya. Pilihlah la kedai yang ok ya. Kesihatan kena jaga.
  • Makanan oleh-oleh Bakpia Rp30 ribu. Mcm bandung Kartika Sari, Solo terkenal dengan Serabi, Medan terkenal dengan Kek Lapis dan Bika Embun tapi kat Jogja terkenal dengan Bakpia. Bukan makpiah ya.
  • Sesuaikan itinerary dengan supir. Kalau nak ke pantai pilih la ke arah Gunung Pindul sebab banyak tempat menarik di sana, pantai hampir 99% cantik-cantik. Tak caya? Tempah la tiket pergi sana tengok sendiri.. kbai.


eh, By the way jangan lupa menyokong Amir dalam rancangan 1001 Destinasi: Malaysiaku di Bernama 502 setiap Jumaat jam 930malam 

1 comment:

Comment