Sunday, December 05, 2010

The Social Network! 18 tahun dan keatas..

Salam..

Semalam bersamaan ngan sabtu.. sempat juga aku pergi melayan cita The Social Network kat Alamanda.. first nak tengok cerita Nangkung.. tapi tiket habis sudaaa… tak pala.. yang Ada kosong Cuma The Social Network.. whatever~ penuh panggung wokkeh.. tiket depan sekali..

Ok.. jam menunjukkan 730malam.. cita start!! Tak sabar nak tengok.. tambah-tambah lagi masa kat kaunter.. mesti berumur 18 tahun ke atas.. 18PL!! siap tiga kali penjual tiket tu tanya betul ke umur 18 tahun.. aku jawab apa.. “yer dik.. kitaorg dah mimpi basah pown” kawan aku menyamuk lagi “aha, berbulu sana sini dah..tunggu nak kawen jer” *tersipu-sipu adik tu kemaluan*

Pembukaan cita dengan muzik.. fuh! Segar.. opening bersembang di kedai makan mengenai hubungan cinta agak membosankan.. terlalu panjang.. xpe.. layan.. tapi tetap mengantuk… perbalahan mengenai aktiviti menggodam web menggunakan domain university.. part ni boleh tahan la.. mata boleh buka lagi.. tetiba keluar gambar parti.. “sok-sok-sek” “ewww seksinya” dengar-dengar penonton lain berbicara sesame sendiri.. wah.. comolot sana sini.. dalam hati berbisik ‘owh.. patut 18PL’ mana yang tak berapa nak open minded tu.. tak tau nak kata la.. okkes.. cita terus diteruskan dengan adegan pertukaran nama laman social.. daripada Facemash kepada The Facebook dan akhirnya Facebook..

“Dam Doom Dam Doom” fuyoooh.. macam kat clubbing.. rasainya semasa anda menonton filem The Social Network.. scene kat clubbing.. dengar penonton belakang cakap “fuh.. adoi bosan r.. cita tempat sama saja, xde tempat lain ke..save giler cita ni” urm.. betoi2..untung gila babas la ni.. lepas tu kuar pulak part scene beromen.. aiyok.. macam tengok filem porno da.. tapi takpa.. toksah malu.. tertera di tiket 18PL.. sapa soh tengok.. layan… jeng3.. penyanyi Sexy Back keluar… siapa? Justin Timberlake.. beliau melakonkan watak Sean sebagai shareholder company Facebook.. pom pang pom pang.. tetiba? Habis..

Ok?? Faham? Tak faham aku melalut apa kan? Pandai-pandai la tafsir sendiri cita ni macam mana eh.. boleh macam tu??

secara rumusannya *mood thesis* cita ni mengenai perebutan nama web laman social.. dari Facemash kepada Facebook.. dimana direbut oleh tiga orang sahabat dan akhirnya dapat kat Mark.. cita ni lebih kepada sejarah atau kronologi laman social Facebook.. jadi kepada yang harap filem ini ada komedi@aksi.. Aku gtau siap-siap.. jangan pergi tengok. Kalau rasa nak tau sejarah Facebook dan minat dalam C++.. ok reserve tiket sekarang juga!! Bagi aku.. jalan cita ni mudah difahami sebab before this aku dah baca buku mengenai cita ni.. jadi dah tau la.. serba serbinya.. jika dilihat secara visual.. lebih Nampak la orang utara kata.. atau dalam kata lain dapat member lebih gambaran.. oklah daripada lima bintang aku bagi tiga sahaja..

9 comments:

  1. x prasan plak de cite ni.
    2 alam xnk tgok ke zu?
    tolong tambahkan kutipan mereka.
    hakhak =D

    ReplyDelete
  2. ouh tu la, teringin nak tengok. cerita dye mungkin best tapi cara orang olah tu jadi tak best kot.

    ReplyDelete
  3. teringin nk tengok citer nie..tp rasenyer bukan best mane pon..yelah...citer pasal facebook je kot...hehehe

    ReplyDelete
  4. haa... tu dia review cita ni. macam best. tapi aku dah tau sejarah facebook.. sia tau conspirasi dia lagi. hhehehe...

    ReplyDelete
  5. aku nak tengok! lame kot tgu, mase je xfree lagi

    ReplyDelete
  6. oh ye..cite nie mcm best sbb dgr kat HITZ ckp best!
    so, kene tgk..


    Latest Entry:
    http://danieldeadie.blogspot.com/2010/12/entry-ke-200.html

    ReplyDelete
  7. oooh cite ni byk scene gomol2 ye

    mcm best je

    haha

    haa ckp mood testis eh slh thesis

    wan da send da balik ur questionnaire tu

    hehe

    ReplyDelete
  8. aku suka cerita yg based on the true story mcm ni..

    ReplyDelete
  9. cite ni ok la..
    ada scene lawak2 nya kalau betul2 tgk la.

    mmg masa mula2 tak bape nak absorb la masa borak2 dengan gf tu.
    tapi lama2 ok. menarik.

    ReplyDelete

Comment