Saturday, March 19, 2011

[Episod Tiga] Persahabatan dan Takdir... menentukan segalanya...


Kutempuhi hari-hari yang mendatang sebagai seorang pekerja. Semangat waja yang menebal dalam diriku, membuatkan aku semakin bersemangat untuk melakukan kerja. Sekarang aku dapat rasakan pahit-getir untuk mendapatkan wang. Lelehan peluh yang mengalir dan menitis bagaikan hujan renyai-renyai ku endahkan. Hatiku terdetik, untuk berhenti sahaja kerja. Tetapi aku terpaksa memikirkan dengan lebih panjang. Jika aku berhenti, aku tiada wang untuk menambah nilai telefon dan kegunaan sehari-harian. Jadi angan-anganku terpaksa dilupakan.
“Wan! lu kasi gula satu kilo sama itu untie,” kata uncle Wong.
Kata-kata uncle Wong menyentak aku daripada lamunan.
“Wong! Lu bila mau bayar aku punya hutang?” kata orang yang tiba-tiba muncul di hadapan kedai.
“Bos nanti aku dapat duit lebih aku bayar la. Bos talak kesian sama aku ka?” kata uncle Wong.
“Cantik sungguh muka lu! Lu ingat aku cap duit.”
Aku mencuri dengar perbualan uncle Wong dengan seorang lelaki yang aku tidak kenali disebalik rak barang.
Fikiranku kembali beroperasi. Memikirkan nasib uncle Wong. Aku rasa uncle Wong meminjam wang daripada ah-long. Dalam kata lain ceti haram. Ah! biarlah. Lagipun ini bukan masalah aku. Aku pekerjanya sahaja. Cukup bulan aku nak uncle Wong bayar gaji aku. Sekali lagi aku terpaksa berlawan dengan naluri hatiku. Setiap jam aku rasa bagai sehari. Kerja boleh tahan juga beratnya. Gaji ciput sahaja. Tak sampai RM 400 gaji aku sebulan. Aku bertekad bahawa aku akan kerja untuk bulan ini sahaja. Lepas ini aku akan cari kerja sendiri.
Hari demi hari, pusingan jam berputar 24 jam sehari, manakala matahari melabuhkan tirai siangnya di sebelah petang. Hari ini merupakan hari terakhir aku bekerja di kedai Uncle Wong. Semalam aku memberitahu ayahku tentang hal ini. Ayahku tidak membangkang. Lega rasanya. Malam ini aku nak rehat sepenuhnya. Nak memperbetul kembali urat-urat saraf sambil membaca surat khabar.

Tajuk besar di dada akhbar hari ini membuatkan aku terkejut. ‘Pelanggaran kereta api bawah tanah di London’. Terus aku teringatkan Karim. Bagaimana nasibnya. Adakah dia terlibat sama dalam kejadian tersebut. Aku terus mencapai telefon bimbit dan menaip mesej.

bersambung....

Terlepas episod:

@SATU

@DUA

2 comments:

Comment