Friday, March 18, 2011

[Episod Dua] Persahabatan dan Takdir... menentukan segalanya....



“Ish! Kacau daun betul Zack ni, aku baru saja hendak makan”.
“Hello, Wan. Hang dah dapat kerja?” kata Zack.
“Belum lagi, depa tak bagi maklum balas lagi. Aku tengah tunggu maklum balas dari depa sekarang ni,” kataku kembali.
Zack merupakan kawan baikku. Kami bagaikan isi dan kuku. Walaupun kami tidak satu sekolah, tetapi aku kenalnya semasa aku bekerja di stesyen minyak tahun lepas sewaktu menunggu keputusan peperiksaan SPM.
Benak fikiranku memikirkan kembali keputusan SPM. Keputusan SPM yang kurang memuaskan menaikkan lagi semangatku untuk teruskan belajar di tingkatan enam. Kata-kata guru sejarahku masih terngiang-ngiang di fikiran.
“Apa yang telah kamu alami tahun lepas tidak perlu ditinggalkan bersama-sama masa yang berlalu, tetapi kamu perlu menjadikannya sebagai iktibar dan pengajaran untuk melalui masa yang akan datang ini yang penuh dengan cabaran dan dugaan kamu semua sebagai seorang pelajar.”
Ah! Aku tak perlu memikirkan itu semua. Sekarang status aku sebagai seorang pelajar sekolah telah tamat. Telefon bimbitku berdering skali lagi. Kali ini nombor yang tidak kukenali terpapar di skrin telefonku.
“Hello, Wan bercakap di sana?”
“Ya. Saya bercakap di sini,” kataku.
Rupa-rupanya tauke Kedai Borong Wong telefon, memberitahuku supaya datang ke kedainya untuk bekerja. Fikiranku kabur seketika. Aku memikirkan kembali setiap tempat yang aku mohon untuk bekerja. Kedai Borong Wong tiada dalam senarai. Naik hairan aku dibuatnya.
Di luar rumah terdengar deruman motosikal Jaguh ayahku yang dibeli dua tahun lepas.
“Wan, kenapa ni? Ayah tengok Wan, macam ada memikirkan sesuatu,” kata ayahku.
“Ayah, Wan hairan macam mana Kedai Borong Wong menelefon Wan untuk bekerja di kedainya, sedangkan Wan tak mohon pun untuk bekerja dengannya,” kataku kembali.
Ayahku ketawa seolah-olah ada orang menggeletek perutnya. Aku terpaku kehairanan.
“Sebelum ayah pulang, ayah singgah sekejap di kedai uncle Wong. Kalau Wan nak tahu, Uncle Wong tu kawan ayah. Ayah yang minta kerja untuk Wan,” kata ayahku.
“Oh, ayah rupanya yang minta untuk Wan. Kenapa ayah tak bagi tahu awal-awal. Letak sahaja telefon, fikiran Wan asyik memikirkan macam mana Uncle Wong itu boleh telefon Wan,” kataku.
Hari ini hari pertamaku bekerja. Sekarang malas benar hendak bangun pagi. Kerja masuk pukul 8 pagi. Jam demi jam berlalu dengan cepatnya. Bekerja di kedai Uncle Wong ini mempertemukan kembali aku dengan kawan-kawan serta guruku. Kawan-kawanku ada sesetangahnya bekerja di luar negeri Perlis.
Zack bekerja di salah satu Resort di Langkawi. Tetapi aku dengar-dengar cerita dia bekerja sekejap sahaja, sebabnya terpaksa membawa arak. Pandai Zack mengambil langkah untuk berhenti terus daripada bekerja. Dari segi agama Islam, arak merupakan salah satu benda haram. Bergelumang dengan benda-benda haram ini berdosa besar, walaupun kita tidak menyentuhnya. Kita dianggap bersubahat.
bersambung....
terlepas episod satu.. click sini...

1 comment:

Comment