Thursday, March 10, 2011

Remaja dan FB.. ish3...

dua tiga hari tak update neh.. bukan taknak update tapi.. agak busy dengan kerja yang melambak.. siyes.. sebab nak kena submit thesis end of April.. jadi sekarang masa untuk editing bab satu dua dan tiga dan collect data. collect data pun tak cukup 100 responen lagi.. remaja umur 18-25 tahun.. yang memiliki akaun Facebook. Ada bloggers yang rasa dia remaja tak? yang berniat ikhlas nak bantu aku.. hehehehe:)

yang mana dah ada tu aku dah koding setengah dan analyze sikit.. best juga tengok keputusan-keputusan yang tak dijangkakan.. meh aku nak kongsi serba sedikit..

‎[INFO]..setakat koding data 70 orang responden (remaja)
fungsi utama yang akan dilihat setelah log on FB adalah wallpost,
bukan notifications ya.. 41.4% menggunakan FB pada satu sesi melebihi 2 jam..
ish3.. pengguna berat ni..
dan rata-rata pengguna mempunyai sahabat 100-500 orang sahaja..

kalau aku buka FB sah-sah la notifications yang aku buka dulu.. tapi tidak bagi mereka.. ini yang tak dijangkakan..kwang2..

[INFO 80 responden] trend semasa dan pengaruh rakan sebaya
merupakan faktor utama remaja membuka FB..
sebab tu la dalam akaun FB 90% sahabat yang ada dalam FB merupakan sahabat seuniversiti@sekolah.

yes.. yang ni aku akui.. masa aku create FB ni tahun 2006 kot.. tapi sebelum masuk Uni coz pengaruh rakan-rakan sekolah.. masa tu sekor dua ekor je la yang ade FB jadi aku create la account satu.. yang kencang berFB ni masa masuk UM.. gilaa.. ah! buang masa!

[INFO KAJIAN] 29.2% remaja SETUJU bahawa FB membuang masa,
67.7% mengatakan FB memberi kesan POSITIF dalam mengeratkan hubungan silaturrahim..
nasib baik la paling banyak TIDAK SETUJU mengatakan bahawa FB menyebabkan remaja pasif diluar..

pasif di luar ke? yer! kalau berFB ada sesetengah student.. roomate dalam bilik sendiri pun tak berinteraksi bersemuka.. siap nak ajak makan pun komen dalam FB.. tanya sihat ke tak pun guna FB.. ape kes? walhal sebelah menyebelah jer.. tutp akaun la senang!

‎"saya berasa sedih jika FB ditutup" 28% TIDAK PASTI dan 24% SETUJU..
hihihihihi:) sedey eh..
nanti aku buat surat kat Mark Zuckerberg kata remaja malaysia sedih kalau FB tutup!


pesanan FB:
pandai-pandai la korang guna.. keh3.. eh! ade yang nak tolong tak?

4 comments:

  1. kalau fb delete pun tak kesah, kan ada blog....

    ReplyDelete
  2. haha. tutp je fb tu. boring dah. huhu

    ReplyDelete
  3. yang penting kena pandai membawanya

    kalau buat pd kebaikkan eloklah jadinya kan

    =_=

    ReplyDelete
  4. xslah mgikuti prkembgan tknologi msa kni tkut nati dkatakan kuno plak tp jlnnya anda sndirinya yg tntukan..
    betul x?..
    huhu

    ReplyDelete

Comment