Wednesday, May 16, 2012

Tanpa Guru.. Siapalah Kita Pada Hari Ini..

*kek ni telah dihantar ke Sek Men Keb Tengku Suleiman hari ini sempena hari guru..dengan bantuan Ayuni kawan aku masa sekolah menengah, habis belajar dapat ngajar sekolah yang sama time belajar.. sempoi!


SELAMAT HARI GURU!!!


entry ni khas untuk semua dalam profesion perguruan.. dan entry ini juga sebagai pedoman untuk anak-anak murid yang masih lagi menuntut ilmu bersama guru-guru mereka dalam usaha menjejak kaki ke menara gading.. 

CIKGU..
sejak kecil lagi kita dengar perkataan CIKGU.. sekolah tadika mungkin... mungkin sebelum tadika lagi.. nurseri.. tapi untuk aku.. CIKGU bermula sewaktu Tadika.. Tadika Kemas Beseri dan Cikgu Salwa yang mengajar pada waktu itu.. aku ni boleh dikategorikan sebagai budak nakal.. sebab setiap hari untuk minggu pertama parents aku hantar ikut pintu depan, kunci.. aku akan keluar ikut tingkap.. sempoi x? kah kah kah.. kenangan.. kalau jumpa orang area tadika tu dengan parents aku kat luar mesti dorang tanya.. owh.. ni la yang masuk ikot pintu keluar kot tingkap tu? hampagas betul! pecah rahsia... tanya pulak kat pasar tani.. satu pasar tani tau.. minggu pertama ja.. apa-apa pun Thanks Cikgu Salwa.. tak tau la Cikgu Salwa ni dok mana sekarang... 

CIKGU...
masuk sekolah rendah dah mula merepek meraban.. time tu banyak sangat kenangan.. darjah satu sampai darjah enam di Sek Keb Beseri.. Cinta Monyet.. erti persahabatan dan sebagainya aku kenal dan aku lalui time ni..rombongan mandi sungai dan mandi tali air selepas waktu tuisyen.. kes berebut kawasan sungai (platform nak terjun) memang menjadi kenangan.. especially time darjah 6 la.. dan Cikgu amat-amat membantu aku dalam UPSR walaupun reslut exam yang sedang-sedang aja.. Terima Kasih Cikgu!! Cikgu Shamsul (cikgu Matematik ketuk jari dengan pembaris, pernah kena lepas tu terus cari boleh mengira) Cikgu Rohaya (Cikgu BI, sempoi), Cikgu Fatimah (cikgu BI garang.. koyak Buku.. seram... aku tak pernah kena), Cikgu Suhizan (cikgu Muzik, semua alat aku main, last kat pencaragam sekolah bagi kerincing sahaja.. layan!) banyak lagi Cikgu... tapi tak ingat nama..

CIKGU..
cikgu sekolah menengah.. fuhhhh... time sekolah menengah pun zaman paling mencabar.. time tu orang kata berdarah panas.. semua nak cuba.. cintan cintun segala.. ponteng.. tapi bab ponteng aku ponteng sopan.. dok rumah.. malas nak p sekolah ja.. PMR, SPM, STPM.. kat Sek Men Keb Tengku Suleiman.. Terima Kasih Cikgu yang pernah mengajar.. especially cikgu-cikgu sewaktu STPM.. Cikgu Azizan (cikgu sejarah sempoi, terus dapat A) Cikgu Shafri (cikgu pengajian Am yang ajar graf, graf terbaik! bewarna dan bercorak ditekankan untuk membezakan, A juga aku dpt) Cikgu Ros Aza (karangan pengajian Am, tak buat karangan tak boleh masuk universiti katanya.. keh3) Cikgu Hasmi (MUET, time ni.. keteqaq orang soh buat writing.. tak buat.. lepas tu Teacher Hasmi bagi peluang buat kat library, semua meneru p buat.. buat skit menyembang banyak.. tapi buat, balik ke kelas time rehat.. satu persatu kertas karangan dikoyak.. sadis! memang kena habis-habisan la.. time ni tersedar terus dari lamunan) Cikgu Mazni, Cikgu Yah, Cikgu Alminor, Cikgu Nasir, semua cikgulah... Terima Kasih Cikgu

Terima Kasih Cikgu.. banyak pengorbanan guru secara langsung dan secara  tidak langsung kita tak tau.. waktu kita exam.. cikgu la yang paling getar sekali, risau takut anak murid dia tak boleh jawab exam.. cikgu dah usaha sebaik mungkin untuk membantu.. jadi kat situ inisiatif pelajar untuk terus berusaha.. hormatlah guru.. tak kiralah dia guru sekolah rendah, menengah, ajar silat, ajar mengaji.. jangan sesekali mengguris hati guru, Ingat jika kita tak boleh menerima seseorang guru, bagaimana kita hendak menerima ilmu yang dicurahkannya... Hormatilah Guru Anda.. Tanpa Guru Siapalah Kita Pada Hari ini..


Buat Rakan-rakan dalam profesion perguruan! SELAMAT HARI GURU juga na..



4 comments:

  1. betul tu,, teringat lak zaman nak amik spm dulu,, cikgu yang lagi risau. macam cikgu plak yang nak amik exam.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

    ReplyDelete
  3. best cikgu dapat bnyk hadiah kan...hehe

    ReplyDelete

Comment