Monday, June 18, 2012
Monday, June 04, 2012
5 Rencah, 5 Rasa...
Wednesday, May 16, 2012
Tanpa Guru.. Siapalah Kita Pada Hari Ini..
Monday, October 17, 2011
Petua meredakan demam denggi.. cuba try test! untuk yang kena la.. jangan cuba try test untuk cari demam denggi :P
"nurse, cari betul-betul ya.. saya dah tak tahan dah ni.. tiga kali dah ni cucuk tak kluar darah"
"awak jangan takut, nanti darah tak kluar" kata nurse
itu bab darah berbalik bab kena amik air.. tiga kali juga.. hadoiii.. MA tu siap kata
"dik, ko pakai pendinding ke?, darah ko asyik tak kluar jer.. urat ko asyik lari ke"
"saya tau budak degree ni memang banyak cakap dan suka melawan skit"
puloooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooook!
Monday, April 25, 2011
Dapat kawan baru dari Vietnam, terasa nak g Vietnam pulak!
layan gambar-gambar sekitar KLCC dan Bukit Bintang
dia teruja g kot masa g KL tu.. tengok KLCC.. camera tak lepas.. aku ada amik video.. tanya pandangan dia mengenai Malaysia.. nanti aku update next entry.. tenet tak ok nak upload..
Thursday, April 21, 2011
Selamat Pengantin Baru Ami dan Tweet-tweet.. semua nak kawen.. tercabar aku.. hek3..
Fahmi selamat diijabkabulkan dengan isteri tercinta Sajaratul.. *betul ke ha?* ish.. tweet-tweet la senang.. aku panggil awek dia *dulu la, sekarang bini ok* tweet-tweet.. maaf no sajaratul, btoi ka? urm.. tweet-tweet la senang.. akad nikah sabtu disebelah pengantin perempuan di Yan, dan majlis menyambut menantu sebelah keluarga lelaki pada hari ahad..

Fahmi.. cutenya!! pakai bedak ngan lipstik.. nasib baik dapat juga beza mana satu tweet-tweet.. HAK3..
Fahmi dan Isteri *tweet-tweet*
Selamat Pengantin Baru
Semoga Kekal Hingga ke Akhir Hayat!!
kami kawan-kawan hang nak hang berusaha untuk dapat baby cepat!

ni sebahagian rakan-rakan yang hadir.. semua bujang ok. tapi ada yang nak kawin tahun ni juga ni.. tu.. tu.. yang pompuan sebelah aku ngan laki baju putih dok duduk tu..



wani pelok aku!!! HAHAHAHA.. nasib baik pali beralih tang lain.. kalau tak kena peluku aku.. HAK3...
pesanan kawen:
haih.. macam besa.. soalan klise "bila mau kawen?" dan jawapan klise "no comment!"
Thursday, March 03, 2011
Yg mana satu anda?
1. JENIS YANG BAIK HATI
v Penampilan saabat seorang yang ceria dan periang .Dia bukan sahaja suka mendengar masalah anda tetapi dia juga besedia untuk cuba untuk selesaikannya.
v Cara dia mengambil berat tentang diri anda memang ketara.Caranya yang ramah dan pandai menghiburkan hati.Ketika anda memerlukannya dia sudi mendengar keluh kesah anda.
v Tetapi anda harus ingat bahawa segala manis budinya dan timbang rasanya terhadap anda ,jangan anda biarkan begitu sahaja.
v Dia juga berharap agar anda akan dapat memahami dirinya sebagaimana dia dapat memahami diri anda .Jika dia menghadapi masalah cepat-cepatlah membantunya sebagaimana dia membantu anda .
v Di sebalik dirinya yang periang ,sebenarnya dia kesepian.Dia juga ingin ditemani dan dilindungi selalu.Jika anda tidak memahami keperluannya dia mungkin menjauhkan diri daripada anda.
2. JENIS YANG BERGAYA DAN CANTIK.
v Dia sentiasa kelihatan cantik dan bergaya.Dia sentiasa mempamirkannya.Dia membuatkan suasana menjadi gembira .Tanpa kehadirannya terasa seperti ada kekurangan kerana dia sentiasa mendapat perhatian dalam sesuatu majlis.
v Anda jangan terlalu mengharap sangat kepada teman jenis ini kerana perasaan simpatinya pada anda terlalu nipis.
v Dia bukanlah orang yang harus anda pilih untuk meluahkan masalah dan perasaan anda kerana dia akan mula menjauhkan dirinya jika anda mula meminta pendapat dan pandangannya.
v Penampilannya hanyalah sekadar untuk melindungi kecacatan yang ada pada dirinya kerana dia mungkin mempunyai masalah yang lebih besar daripada anda.
3. JENIS PENAMPILAN YANG SEDERHANA.
v Kita tidak terlalu berat akan kehadirannya .dia tidak terlalu menaruh perhatian dengan apa yang kita bincangkan.Tetapi dia seorang pendengar yang baik jika kita pandai mengajaknya berbincang atau untuk mendengar cerita.
v Dia seorang pendiam.dan tidak begitu menonjolkan diri.Mereka mempunyai kelebihan tertentu.
v Walaupun dia mempunyai sifat prihatin tetapi dia bukanlah seorang yang mudah dicucuk hidungnya kerana dia seorang yang berhati –hati dalam semua hal.
4. JENIS YANG BANYAK CAKAP.
v Mempunyai peribadi yang berubah-ubah.Dia akan tidak henti-henti bergurau dan berbual jika dia dalam keadaan riang dan gembira .
v Kata-katanya begitu tajam sehingga buatkan kita tersentak.
v Jika dia dikritik ,dia akan cepat marah.Kemarahannya mudah reda dengan cepat.
v Sahabat ini memang sesuai dihubungi jika anda kesepian tetapi untuk dia terus mengisi kesepian anda amat mengecewakan kerana dia cepat bosan dengan keadaan yang tidak berubah..
v Kritikannya amat pedas tetapi kritikan itu amat membina anda .Oleh itu jangan mudah ambil hati dengan kritikannya itu jika anda ingin bersahabat lama dengannya .
5. JENIS YANG TERLALU RAMAH.
v Dia memang mudah untuk mendapat sahabat kerana keramahannya dan kesetiannya tetapi sukar untuk mendapat teman karib kerana bagi mereka sahabat yang sejati adalah sahabat yang boleh menjadi penghibur ketika senang dan susah
6. JENIS PERIBADI YANG SEJUK.
v Dia seorang yang pemalu dan dingin.Suaranya memang sukar untuk didengar.
v Dikalangan teman –teman ,dia adalah pendengar yang setia ,dan tidak banyak berbicara.
v Mempunyai idea yang kreatif,mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri dan sesekali mengeluarkan pendapat ,ia merupakan pendapat yang begitu tajam dan bernas.
Saturday, December 04, 2010
Pengguna-penguna Jaringan Sosial.. FB, MyS, Tagged, FS dan lain-lain.. baca artikel neh!
Tuesday, November 23, 2010
Semangat yang tak pernah padam!
gambar mula bercerita~
bapak misz nina tengah berucap
si syakirin
ni antara ahli keluarga aku yang hadir..
berbalik kepada tajuk, SEMANGAT YANG TAK PERNAH PADAM.. kebanyakan yang menerima ijazah semalam merupakan golongan yang berumur 30-50tahun..
korang boleh tengok carta pai tersebut sebagai bukti..ngeh3.. walaupun dorang ni berumur.. semangat tetap tinggi untuk meneruskan pengajian, walaupun pelbagai rintangan melanda.. dengan hal peribadi, hal family dan dengan kesibukan bekerja.. maintain dapat menghabiskan pengajian dengan cemerlang.. walapun tak dapat dean list.. lebih-lebih lagi ada warga OKU dan memang betul warga emas yang umurnya lebih 70 tahun menerima ijazah.. tabik spring!!
bagi kita yang muda-muda ni especially untuk aku sendiri, SEMANGAT tu kena lebih lagi daripada mereka.. tidak mudah berputus asa dan terus berusaha dan berani mencuba idea-idea baru..
Monday, November 22, 2010
Thanks Qarl!!!
korang boleh terjah blog dia di
--->Qarl<--- Classic Tales for the Future...
thanks ya Qarl...
Monday, November 08, 2010
hari minggu yang membosankan, mengisi dengan aktiviti...
klik2..
hari-hari minggu kalau tak diisi dengan program amat membosankan.. ditambah pula dengan kerja yang menimbun lagi la bosan kalau dengan mood yang suam-suam kuku! jadi perlu la diisi dengan aktiviti yang berpekdah.. depavalli jumaat, sabtu, ahad.. 3 hari cuti.. jadi amik masa cuti tu dengan pengisian untuk mengasah lagi angle2 terbaik.. buat apa ada kamera simpan jer kan..kawasan yang menjadi tumpuan? Putrajaya.. wehhhhhhhhhhhhu! walaupun gambar yang aku amik tak secantik photographer2 yang bagus yang lain.. tapi puas bila dapat snap! bila bunyi klik kat cam masa snap tu.. fuh!! klimaks beb~
jadi layan la gambar-gambar yang biasa2 ja.. tanpa editing~ ngeh3...
Pullman Putrajaya
Pullman Lakeside
Tasik kat Masjid Besi
Pintu Gerbang Masjid Besi
Depavalli aku g lepak kat Pullman ngan masjid besi untuk ambil gambar satu geng The Psychology Masters UKM.. gambar tak ble publish.. kang kena saman pulak.. satu geng tu ade gak dalam 9 orang..
ahad, kawan aku dari Tanjung Malim datang.. my BFF.. Ahli Muzik UPSI.. ngeh3..
jadi ktorg lepak la kat Putrajaya juga.. sambil snap2!
macam kump nasyid tak?
gatal-gatal wo.. tdo sini.. tapi best! mcm tepi pantai.. berangin~
sepak kau!
kengkawan yang berhekzem? cmne? ok tak hekzem korang? boleh jawab? aku satu paper jer.. dah habis lama dh.. dua minggu dah kot.. sekarang tengah tumpukan kepada thesis sahaja.. minggu ni balik kampung... yehuuuuuuuu!! sabtu ni ade Mtest~ dua kali dah Mtest.. ngeh3... doakan aku eh..bagi ble jawab n lulus:)
p/s: rupanya banyak tempat menarik di putrajaya..














