Tuesday, October 28, 2014

Krabi 4 Islands

back to back, balik daripada USS keesokan tengah hari flight balik KL dan sebelah malam KUL-AOR.. perghhh.. rasa penat juga lahhh.. sampai sakit tekak penat bagai disebabkan kekurangan air.. 
sementara tunggu flight ke AOR sempat lah rest kat Capsule Hotel KLIA2. Kalau nak tahu rate bapa boleh la search kat agoda atau website depa kat google.. kat sini boleh la tido-tido, cas hp, mandi, berak bagai sebelum bertolak ke tempat seterusnya.. paling lama boleh stay 12 jam, rate dia bagi untuk 3 jam, 6 jam dan 12 jam... 


Klik lagu ni dulu.. sambil-sambil baca..




actually perancangan ke Krabi ni baru saja rancang, dalam sebulan atau sebulan setengah sebelum 22/10.. ni 2nd time trip untuk santaians.. sebelum ni g cukup ahli kumpulan, tapi 2nd trip ni pergi yang mana free dan kebanyakan masih bujang.. owh.. ada ahli group baru cik jah dan cik zaty dan encik mizi.. 

macam trip sebelumnya, 630 pagi dah gerak ke border.. nak cop passport bagai dan lets goooooooo.. Krabi!

pot pet

singgah kencing

berak

makan..

sampailah tempat pertama Emerald Pool Krabi.. daripada Ao Nang lebih kurang 70KM juga ni.. lebih kurang sejam drive.. boleh mandi.. harga masuk 200 baht untuk pelancong asing, untuk warga tempatan 20 baht..







 

boleh la nak tengok spenda-spenda pelbagai kaler dengan kombinasi kaler kulit yang berbeza.. kalau tak mau mandi boleh la jamu-jamu mata.. macam-macam size ada.. kah kah kah.. time ni agak kering rasanya, sebab air pun ala-ala tak bapa nak ada.. kalau nak ikot ada dua pool satu blue pool tu kekurangan air.. jadi ni la pool yang menjadi tumpuan. Dari pintu masuk tu lebih kurang 800m ya tuan-tuan dan puan-puan kena jalan.. kalau hujan becak skitlah.. no tar, no public transport atau gajah mahupun keldai yang nak bawa hampa masuk sini.. jadi senaman skit.. kalau tak nak rasa penat boleh la jalan sambil berjoget pegang-pegang tangan, pusing-pusing ala-ala tarian tiang ke.. ambil mood thai... gituh. 

eh. tempat tu ada kedai makanan halal, makan tanpa was-was, sedap!


lepas kenyang jamu mata dan telan air terus check di PK Mansion Ao Nang, hotel ni pun kali kedua dah duduk.. masa first dulu pun stay kat sini juga.. hotel bersih satu malam dalam RM90-RM120, kedudukan sangatlah strategik, dekat dengan walking street Ao Nang dan tempat urut-urut.





kat hotel juga boleh ambil untuk trip keesokan hari, macam-macam trip boleh pilih.. Phi Phi Islands, 4 Islands dan sebagainya.. 1st trip dulu dah g Phi Phi Islands, untuk 2nd trip ni g la 4 Islands... tapi untuk rakan-rakan, adik kakak, makcik pakcik yang first time p, boleh la g Phi Phi Islands dulu.. sebab itu yang paling kebabooommm.. 4 islands ni dekat ja.. satu trip untuk 4 islands ni dalam RM65 naik seeeeepiddddddd boattt.. kalau naik long tail murah skit. 















apa yang boleh dilakukan di Ao Nang? anda boleh mengurut.. no happy ending ya! boleh beli pelbagai buah tangan yang kretip-kretip untuk dibawa pulang dengan harga yang berpatutan.. jadi kena bargain  sampai letih.. berlakon la skit ala-ala macam tak nak beli.. lari-lari macam film hindustan.. tapi depa tak layan pun kalau berlakon macam tu.. kekwat skit depa ni.. kedai makanan islam ada satu tempat ja yang senang dapat, tak jauh dari pantai ke arah masjid sebelum sampai pantai.. kedai makan yang boleh breakfast, lunch dan dinner ada satu tempat Hasna Palaca kot. Aku pun tak ingat.. just ambil teksi bermotor tu sorang RM2-3 sampailah.. nak senang, ejas time siap-siap untuk dia datang ambil.. 

itu jelah kot.. nak tukar duit RM500 dah ok kot untuk 3 hari 2 malam.. termasuk penginapan dan beli skit-skit buah tangan.. ingat percutian yang macam ni bukan percutian yang bertarget untuk membeli belah... jadi beli untuk diri sendiri dulu.. jangan sampai-sampai sana, eh kak ton belakang rumah nak keychain, cik jah tepi rumah nak magnet, pak borhan hujung kampung nak gadis thai. eh!


Ok next trippp... tunggu jelah.. 

1 comment:

Comment