Friday, December 04, 2015

Nak makan makanan ala barat di Perlis? Mai sini nak habaq!

Mana-mana penduduk perlis atau pelancong yang masih lagi tercari-cari kat mana nak makan makanan ala barat atau western food sedap mai sini nak habaq mai. Hampa boleh cuba makanan yang sememangnya sedap ini di D'Sofea Grill, Kangar. 

Kedai dalam taman berdekatan dengan Dewan Badminton kangar ini menyediakan pelbagai menu makanan barat seperti Lamb Chop, Chicken Chop dan banyak lagi... kedai buka dari jam 6 petang sampai 12 malam. Boleh la buat port nak lepak sebab suasana kedai ni pun tenang, tepi sungai dengan pepohon oksigen yang menghijau. 


senarai harga makanan



Disebabkan perut yang kecik saya sempat mencuba Lamb Chop yang superb ini! Portion yang banyak di grill dalam keadaan yang masih moist bak kata omputih.. fuhhhh! memang selera saya! Kat Perlis sebenarnya susah sikit nak dapatkan makanan western yang betul-betul sedap mengikut selera. Ada kedai yang terlalu garing, black pepper sos yang cair. Tapi kalau makan kat D'Sofea Grill. Bagi saya amatlah berpuas hati. Bagi anda semua? kena cuba lah... 


Konsep kedai yang simple menjadi pilihan pemilik kedai 


Pelbagai menu yang disediakan.. harga tersangatlah berpatutan.. tak salah nak mencuba, kalau sedap repeatlah, kalau bagi anda yang rasa ada kedai lagi sedap jangan lupa tinggalkan komen dibawah. Sama-sama kita kongsikan. 

Bagi mereka yang ingin merasai hidangan ala barat ini boleh click link dibawah:
I've sent you a location: D'sofea Grill, No 1 Lorong Melur, Kangar, drive there using Waze:


atau boleh menghubungi pemilik kedai di Facebook link dibawah:

Kalau nak tapau, boleh juga, contact pemilik kedai dan pergi ambil dikedai. Landmark dia Dewan Badminton Kangar.. kalau tak silap kedai ni dalam taman RPA belakang Dewan Badminton bersebelahan dengan Medan Selera Kangar. 

Boleh click untuk besarkan

Jadi, pakat-pakat boleh setat enjin muto ka, kreta ka teruih p kedai D'Sofea Grill la nooo.. 



3 comments:

  1. Hmm is anyone else experiencing problems with the pictures
    on this blog loading? I'm trying to determine if its a problem on my end or if it's the blog.
    Any responses would be greatly appreciated.

    ReplyDelete
  2. Heya i amm for the primary time here. I found this board and I fond It truly helpful & it helped me out
    much. I hope to present one thing back and
    help others like you aided me.

    ReplyDelete

Comment