Wednesday, May 04, 2016

Discover Kedah 2016. Macam ada 'something' kat Kedah! Apa yang 'something' tu?

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk mengikuti Travel Hunt yang dianjurkan oleh FORWARD Malaysia bersempena dengan Discover Kedah 2016. Perjalanan bermula dari Cinta Sayang Sungai Petani ke Baling dan berakhir di Alor Setar. Tagline yang digunakan adalah 'Macam ada 'Something' kat Kedah'. Jadi peluang kali ini saya akan gunakan sepenuhnya untuk mencari 'something' tersebut sepanjang tiga hari dua malam mengikuti program ini. 


Apa yang 'something' tu?


Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Tourism, Datuk Zulkifli Mohamad bersama penganjur Encik Khairil Hanafi merasmikan Travel Hunt  



Macam ada 'something kat Kedah. Mari saya senaraikan apa yang 'something' secara terperinci:


Cruise Sungai Merbuk (Sungai Petani)

Bagi penduduk luar seperti saya, hanya Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka yang bermain difikiran apabila melalui kawasan Sungai Petani melalui jalan darat. Hasil daripada mengikuti program ini baru saya tahu kewujudan jalan lain iaitu pelancong berpeluang untuk menggunakan jalan air dari Jeti Semeling ke Pantai Merdeka dan Jeti Tanjung Dawai melalui Sungai Merbuk. 



Sungai Merbuk merupakan sungai yang terkenal dalam sejarah Lembah Bujang. Cruise Sungai Merbuk atau dikenali sebagai Teksi Air ini merupakan tarikan baru yang dikendalikan oleh MPSPK. Bayaran bagi seorang penumpang adalah sebanyak RM 10-35 dan masa yang diambil adalah selama dua (2) jam 30 minit bagi perjalanan pergi dan pulang. Bot akan melalui kawasan panorama paya bakau yang memukau mata memandang dan ia bakal diwartawan oleh UNESCO pada September ini. Pandangan saya tidak tertumpu kepada Paya Bakau semata-mata malah lebih menarik terdapat chalet-chalet atas air yang sesuai bagi pemancing. 

Tambang bagi Warganegara dan Warganegara Asing

Waktu 

Jeti Semeling

Bot yang akan digunakan...

...menyusuri paya bakau

Panorama berlatarbelakangkan gunung ganang.. 

Chalet atas air. Harga sekitar RM120 untuk satu malam

Jeti Tanjung Dawai

Jom Tanjung Dawai

Mee Udang Tanjung Dawai. Superb!

Apa yang ada di Tanjung Dawai? Boleh lepak santai menikmati makanan seperti Laksa dan Mee Udang sambil layan ABC menghilangkan kehausan. Boleh borong ikan kering, udang kering dan pelbagai produk tempatan yang dijual dengan harga yang berpatutan.

Bagi mereka yang  berminat dengan perkhidmatan teksi air ini anda boleh lakukan tempahan tiket atau sebarang pertanyaan melalui nombor telefon 04 - 443 0089.

Lokasi dengan menggunakan Waze: Jetty Semeling, Kedah; https://waze.to/lr/hw1p2q4qey

Air Panas Ulu Legong (Baling)

Perjalanan dari Sungai Petani terus menuju ke Daerah Baling pada hari kedua. Baling merupakan daerah kedua terbesar di Negeri Kedah yang akan dimajukan dibawah sektor Military Tourism tidak lama lagi. Manakan tidak diperkenalkan begitu, disinilah Rundingan Damai Baling diantara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bersama Persatuan Komunis Malaya pada tahun 1955 yang telah diadakan di Baling English School (Sekolah Kebangsaan Tunku Putra). Peninggalan-peninggalan yang memberi makna ini sedikit sebanyak menarik minat pelancong. Selain itu, terdapat pelbagai tarikan di daerah Baling seperti Gua Komunis dan yang paling penting dan menjadi tarikan utama adalah Air Panas Ulu Legong. Kolam air panas ini merupakan destinasi pelancongan popular di Negeri Kedah dan Utara Semenanjung Malaysia.

Beroperasi pada tahun 1998 dan seingat saya pertama kali saya menjejaki ke kawasan air panas ini hanya terdapat tiga buah kolam dan hanya mempunyai kemudahan asas sahaja. Kini, perubahan yang mendadak telah berlaku dimana lapan (8) kolam mandi disediakan kepada para pelancong mengikut kategori (dewasa, kanak-kanak dan wanita) dengan kemudahan yang lengkap dengan tempat penginapan, medan makan, surau, dewan seminar, tapak perkhemahan dan lain-lain lagi. Kolam air panas semulajadi yang dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit kulit dikelilingi dengan keindahan alam semulajadi yang masih belum diterokai sepenuhnya. Harga bayaran masuk adalah seperti berikut:

Kategori
Bayaran Masuk (RM)
Mykad
Bukan Warganegara
Dewasa
6
10
Kanak-kanak
3
6
Pesara Kerajaan, OKU, Warga Emas (60 tahun dan keatas)
4


Terdapat juga homestay dengan harga yang berpatutan jika pelancong ingin merasai kelainan. Sama seperti negara lain. Peninggalan kawasan sejarah menjana ekonomi setempat terutamanya penduduk sekitar. Begitu juga dengan Daerah Baling. Bagi penduduk sekitar Air Panas Ulu Legong yang pada awalnya bergantung kepada penanaman dan hasil yang berasaskan pokok getah telah bertukar kepada aktiviti pelancongan. Rata-rata penduduk sekitar menyediakan perkhidmatan homestay kepada para pelancong yang berminat dengan harga sekitar RM70-RM100. 

Keadaan bilik

Diiktiraf oleh Homestay Malaysia 


Saya menginap di Homestay Niza. Harga bagi satu malam adalah sebanyak RM70 bagi bilik kipas dan RM100 bagi bilik yang mempunyai penghawa dingin. Bilik dilengkapi dengan tandas dan TV. Bagi mereka yang berminat untuk menginap disini boleh menghubungi 013-5182767 atau 019-5128214. Sarapan pagi disediakan. Jarak antara kolam air panas dan homestay ini tidak begitu jauh. Mengambil masa lebih kurang 10 minit berjalan kaki. 


Pintu masuk Kolam Air Panas

Kolam air panas yang bersih

Chalet 'Pool View'
Kolam berhadapan dengan tempat menyalin pakaian

Chalet 'Deluxe'

Surau disediakan

Diantara kolam yang paling panas airnya

Kolam utama

Jangan lupa mencuba produk tempatan. Ais Krim D'embun

Bagi pelancong yang ingin menginap dalam kawasan kolam air panas, pelbagai jenis bilik untuk menginap dalam kawasan Kolam Air Panas Ulu Legong antaranya jenis VIP, deluxe, dormitory dan poolview. Harga chalet untuk satu malam adalah seperti berikut:


Standard - RM105
Pool View - RM137
VIP - RM317
Deluxe - RM128
Dormitori - RM264

Untuk maklumat lanjut atau tempahan boleh hubungi Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong di talian: 04-4721548, 04-4731024/1025.




Alang-alang dah sampai Baling jangan lupa cuba Roti Belatik dan Roti Top semasa sarapan pagi. Dibuka setiap hari dari jam 5 pagi hingga 10 pagi. Harga sekitar RM1.50 hingga RM2.50. Kedudukan kedai adalah dihadapan klinik pergigian Baling. Jangan risau Belatik hanyalah nama tempat pemilik kedai. Wajib cuba! Sangat Sedap!

Lokasi menggunakan Waze:
Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling; https://waze.to/lr/hw1pc0fg5w


Alor Setar

Ibu negeri Kedah iaitu Alor Setar merupakan tempat terakhir sebelum Travel Hunt melambuhkan tiranya bagi sesi pertama tahun ini. Ada sesi kedua, ketiga, keempat? mana tahu mungkin ada. Apa yang menarik dan 'something' disini? 




Dari kiri Masjid Zahir, ditengah Menara Jam dan kanannya Balai Nobat merupakan mercu tanda penting bagi Kedah. Buat pengetahuan semua, Masjid Zahir yang dibina pada tahun 1912 merupakan masjid keempat tercantik dunia menurut India TV. Apa perkaitan antara tiga tempat yang berdekatan antara satu sama lain? Jam berbunyi, nobat dimainkan, azan dilaungkan. Mercu tanda utama juga berada di belakang iaitu Menara Alor Setar. 

Keindahan Masjid Zahir

'Something' 

Sekalung penghargaan dan ucapan Terima Kasih kepada En. Khairil Hanafi daripada FORWARD Malaysia kerana memberi peluang mengikuti program Travel Hunt pada 29 April hingga 1 Mei 2016 dalam mempromosikan Discover Kedah 2016 dengan tagline 'Macam ada 'SOMETHING' kat Kedah'. Alhamdulillah, rezeki menyebelahi kumpulan 002 yang disertai oleh blogger Khairul Anuar (Pena Berkala) dan Fauzi (Dunia Patik) mendapat tempat pertama dalam Travel Hunt kali ini. Chaiyok!

Ini 'something' yang sebenarnya.. hahahaha





Mai Cek Oi Mai Cek Mai


Jom p kedah!

5 comments:

  1. wah bestnya, lama dh x ke kedah

    ReplyDelete
  2. Gila details ni Ayie! terbaik!! Jom repeat Kedah jom???

    ReplyDelete
  3. The Best Online Casinos | Casinos with the Best Review
    Choose the 카지노 사이트 right 우리 카지노 사이트 online casino to 온카지노 enjoy 온라인 카지노 with all your favorite 강원 랜드 바카라 slot and video poker games. No download, no registration needed.

    ReplyDelete

Comment