Thursday, April 28, 2016

Sumber alam yang mempersonakan di Pulau Redang menggamit kedatangan pelancong!


Selamat Datang ke Pulau Redang 

Pulau Boracay (Bo-ra-kai), Gili's di Lombok, Pulau Phi-phi di Thailand di antara pulau yang saya telah sampai dan mengakui antara yang terindah dan cantik bagi saya dari segi pantai, kejernihan air dan hidupan marinnya. Akan tetapi masih tidak cukup sah dan rugi jika tidak meneroka pulau-pulau di negara sendiri. Malah, perancangan untuk bercuti di Pulau-pulau yang terdapat di Malaysia sudah lama direncanakan. Oleh itu untuk kesekian kalinya, Pulau Redang menjadi pilihan utama tatkala musim monsun melabuhkan tirainya bagi tahun 2015-2016 pada hujung Mac yang lalu. Saya bersama seorang kawan melakukan perancangan yang tidak begitu lama kali ini. Seminggu sebelum bertolak baru pemilihan pakej-pakej dilakukan. Saya memilih pakej yang disediakan oleh Nuyu Travel and Tours. Pakej bagi 3 hari 2 malam di Redang Mutiara Beach Resort berharga RM300 seorang. Pakej ini merangkumi ferry (Merang - Redang Mutiara - Merang), Makan (pagi, tengah hari, minum petang, malam + BBQ), penginapan dan aktiviti snorkeling (sehari dua kali - jam 9 pagi dan 2 petang).

Kenderaan
Anda boleh menaiki kenderaan sendiri ke Jeti Merang kerana terdapat kawasan parkir kenderaan disediakan dengan harga yang telah ditetapkan. Bagi pelancong yang menggunakan pesawat anda boleh mengambil teksi dengan harga RM55 untuk ke jeti. Manakala dari stesen bas harga teksi dalam lingkungan RM60. Jarak dari bandar ke jeti adalah 33KM dan mengambil masa 40-50 minit untuk sampai. Jadi perancangan yang lebih teliti perlu dilakukan supaya tidak terlepas feri pertama dari Jeti Merang ke Redang Mutiara pada jam 9 pagi.

Harga Teksi dari Airport ke Jeti Merang

Redang Mutiara Beach Resort


Jika anda seorang yang memilih privasi dalam bajet rendah, Redang Mutiara Beach Resort ini boleh dijadikan sebagai tempat penginapan semasa percutian anda sepanjang berada di Pulau Redang. Hal ini kerana, kedudukannya berada di pantai selatan berjauhan antara satu resort dengan resort yang lain disamping berada dalam rimbunan flora dan fauna semulajadi Pulau Redang. Bagi saya, resort ini lebih memberi ruang privasi dan ketenangan kerana tiada 'bar' mahupun 'mini disco'. Majoriti pengunjung pula warganegara Malaysia. Kedudukan bilik berdepan dengan pantai memudahkan lagi pengunjung untuk melakukan aktiviti pantai seperti snorkeling dan pelbagai aktiviti lain yang berkaitan.

Saya kongsikan bahagian dalam bilik yang ringkas sesuai untuk berehat semata-mata:




Saya rasa berdasarkan gambar yang telah dimuat turun anda boleh gambarkan keadaan bilik. Tandas mempunyai kemudahan pemanas air (atas pemintaan baru dibuka). Bagi saya dalam keadaan budget yang rendah memang sesuai dengan bilik yang disediakan. 



Saya kongsikan beberapa keping gambar sepanjang berada di Pulau Redang: 














Snorkeling
Bagi aktiviti snorkeling, pelancong dikehendaki membayar RM 20 (mask dan jaket) sepanjang tiga hari dua malam berada di Pulau Redang. Aktiviti snorkeling pula sebanyak dua kali untuk satu hari.








Mempersonakan
Setelah berada tiga hari dua malam di Pulau Redang, Ya. Saya mengakui negara yang kita cintai iaitu Malaysia mempunyai tarikan yang tersendiri bagi menggamit pelancong dalam mahupun luar untuk sama-sama menikmati keindahan yang mempersonakan dari segi air, pantai, pasir dan hidupan laut seperti terumbu karang dan ikan-ikan yang comel pelbagai warna.




Tips:

  • Jika ingin memilih kawasan yang sibuk boleh pilih kawasan 'long beach'.
  • Beli air mineral dan kudapan untuk dibawa. Di pulau harga agak mahal berbanding tanah besar.
  • Jika keseorangan atau berdua jangan risau, saya pasti anda akan mendapat kawan atau cinta baru.
  • Apa lagi? Nak tanya boleh e-mail: zwairy86@gmail.com

3 comments:

  1. Salam sejahtera..
    Saya ada menyediakan khidmat nasihat/jururunding untuk...
    1. Bercuti ke pulau redang/ kapas/perhentian (3hari 2malam/2hari 1malam/1hari)
    2. Memancing/candat sotong
    3. Memancing/bermalam di tasik kenyir (rumah bot)
    4. Tiket bot laju ke pulau(sehala/2hala)
    5. Melawat tempat2 menarik di terengganu(town/state tour)
    6. Pengangkutan ke seluruh malaysia (teksi/van/mpv/bas persiaran)
    Untuk pertanyaan/keterangan lanjut sila hubungi/whatsaap saya.0179799773
    Atau lawat blog saya di.. blackyellowservices.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Salam, nak tanya. Kalau malam nak jalan ke long beach ade ke shutter boat yang pergi?

    ReplyDelete

Comment