Tuesday, November 01, 2016

Bagaimana ingin mendapatkan tiket Air Asia lebih murah tanpa menggunakan aplikasi?



Entry sebelum ini saya kongsikan tips pembelian tiket menerusi aplikasi  dalam telefon pintar yang boleh digunakan untuk mendapatkan tiket kapal terbang ke destinasi pilihan dengan lebih murah.


Perkongsian kali ini berkaitan dengan pembelian tiket kapal terbang Air Asia dengan lebih murah. Bagi pengembara atau pelancong terutamanya yang bergerak secara solo, berkemungkinan cara ini bermanfaat bagi anda.

Bagaimana caranya?

Saya cuba beberapa kali di laman sesawang Air Asia. Saya membandingkan diantara mencari tiket secara terus menerusi laman web Air Asia dan juga saya turut mencuba mencari tiket Air Asia bersama dengan hotel dalam laman web yang sama. Dibawah saya sertakan gambar sebagai bukti HARGA yang berbeza diantara dua cara yang berbeza.




Gambar diatas menunjukkan HARGA tidak termasuk sekali dengan penginapan iaitu sebanyak RM1136.08. Jadi anda boleh cuba untuk mencari harga tiket sekali dengan dengan penginapan WALAUPUN anda tidak berminat dengan hotel yang disediakan.

Contoh dibawah adalah harga termasuk sekali dengan penginapan iaitu RM845.




Perbezaan harga adalah sebanyak RM291.08.

Mana yang anda pilih? Tiket sahaja? Atau tiket termasuk penginapan. 

Jika anda tidak mahu penginapan yang disediakan, anda masih lagi tidak mengalami kerugian. Anda boleh memilih mana-mana hotel yang diingini. Apa yang penting, tiket yang dibeli lebih murah. Hotel yang sekali dengan tiket tu tak check-in pun tak dak masalah. Anda masih lagi boleh menaiki kapal terbang pergi dan pulang.

Lepas ni boleh cuba menggunakan aplikasi di telefon pintar dan mencuba tips ini untuk dapatkan tiket murah.

Tidak salah untuk mencuba. Semoga Berjaya!

2 comments:

Comment