Friday, January 06, 2012

Countdown 2012 Hatyai: Banjirrrrrrrr!!!

Rumors spread about flood dalam kalangan penduduk Hatyai amat kuat sekali.. kalau nak diikotkan ktorg tempah hotel tu dua malam.. tapi hujan tak berhenti-henti dari malam tahun baru lagi, esok pagi bangun tengok pamplet hotel ada gambar banjir tahun lepas. Terus terdetik,  Hatyai ni nak banjir lagi ke.. pagi tu terus g breakfast kat Market Montri Road 1. Lepas breakfast terus naik tut tut g Lee Plaza kononnya nak ber spa, massage, facial bagai. Dalam tut tut tu ada orang Malaysia juga, Chinese. Apa yang dibincangkan dalam tut tut? Banjir.. Chinese tadi cakap dah tak ble keluar sebab jalan tak ble lalu untuk ke border.. 

apa lagi gelabah beruk juga la.. turun daripada tut tut, nampak orang tengah angkat barang, tutup kedai siap letak guna berisi pasir lagi untuk menghalang air masuk ke parking lower ground. Giler ah. Tapi aku sempat juga la buat facial.. tapi buat facial dalam tak sedap hati.. rasa macam nak cepat-cepat jer habis, nak -nak pulak orang yang buat facial tu bagi pesanan tajaan " U cannot move out from Hatyai because flood, after facial u can go to lee plaza buy some food to eat at Hotel" (dalam pelat Thai BI nya) aih.. tak senang duduk juga la aku.. macam la tu juga nak balik packing!

lepas facial and body massage terus balik hotel dan packing. Alhamdulillah.. air area Sadao kembali surut, tapi still dalam.. bersyukur sangat-sangat, sebab masa dalam kedai facial tu ada orang Malaysia juga cita pengalaman dia tahun lepas masa Hatyai banjir. Satu minggu dalam hotel, sepenuhnya ditaja oleh hotel berkenaan semasa banjir. Aku? tak sanggup!

Area Sadao



 

pengalaman juga ni.. tapi best! banyak pengalaman dapat kalau kat negara orang, how to survive cari makan sendiri, dan sebagainya. Aku ni dah la cerewet, tu baru Hatyai.. tapi lagi ke negara Eropah.. aiya. End of 2011 with 1001 sweet memories.. Welcome 2012 =)

1 comment:

  1. salam

    mmg best cuma xseronok sgt la kan..
    sbb xdpt nak berjalan2

    ReplyDelete

Comment