Friday, January 29, 2016

Catatan Perjalanan Lop Buri, Ayutthaya, Bangkok

Baru-baru ini berkesempatan untuk bercuti ke kota negara gajah putih Bangkok, Thailand bagi menyambut tahun baru 2016. Bangkok merupakan salah satu kota yang popular bagi masyarakat Malaysia yang suka membeli-belah. Lalu saja jalan Pratunam dan Asiatique tidak sah jika tidak berlaga bahu dengan pelancong dari Malaysia. Rata mengambil peluang untuk membeli-belah. Walaupun nilai ringgit merosot barangan di Bangkok masih lagi jauh lebih murah berbanding Malaysia. Tujuan saya ke Bangkok adalah untuk mencapai satu misi iaitu menjelajah kawasan pemerintahan Ayutthaya dan Ladang bunga matahari yang terletak di utara Bangkok.

Selama ni memang mengidam nak naik keretapi dari Arau ke Bangkok. Jadi penghujung bulan November terus beli tiket yang berharga RM105.30 bagi katil bawah. Katil atas lain pulak harga. Menurut salah seorang pekerja KTMB yang bertugas pada waktu tu hanya 50 tempat sahaja di sediakan untuk penumpang daripada Malaysia. Jadi bagi mereka yang ingin merasai pengalaman yang mungkin orang lain tidak dapat rasa kena la merancang perjalanan dengan lebih awal. Keretapi ni merupakan koc khas Thailand jadi bila sampai Padang Besar untuk cop passport pengambil alihan tugas daripada Malaysia kepada Thailand. Berhenti dekat Padang Besar pulak hampir dua jam.

Keadaan dalam train masa naik. Kerusi dulu..


Toilet duduk dan cangkung. Ada shower untuk mandi. Sambil membuang sambil tengok alam sekitar.. superb!

Ada orang jual simcard Thai dengan harga 200Baht dalam train..


Sampai di Padang Besar untuk urusan cop passport.. Hampir dua jam. jadi bagi mereka yang ingin membeli makanan boleh beli siap-siap lepas cop dekat tingkat dua stesyen keretapi. Beli banyak-banyak untuk makan malam, supper dan breakfast sebab atas keretapi makanan yang tidak halal..




kerja-kerja menukar daripada tempat duduk kepada katil dilakukan sekitar jam 8 malam. 


Sini boleh basuh mangkuk, panaskan air kalau bawa heater, masak nasi kalau bawa rice cooker.. pagi tempat ni juga tempat berus gigi, basuh muka..


Sunrise.. 





Perjalanan dari Arau ke Bangkok hampir 19 jam atas train. Boleh bayangkan? 







Sampai Bangkok ambil tuk-tuk terus ke hotel yang ditempah melalui atas talian dengan menggunakan laman sesawang AGODA.COM. Malam pertama tido di Ibis Riverside sebab plan nak rest saja di Hotel dan nak kluar petang. Lebih kurang jam 6 terus keluar ke Sathorn Pier untuk ke Asiatique. Harga di sini agak murah la.. water taxi ke Asiatique adalah PERCUMA.

Penumpang berbaris untuk menaiki bot ke Asiatique. Bot free !

















Hari kedua check out dan berjalan area Grand Palace. Umat manusia berduyun-duyun. 





Malam kedua dan ketiga ambil hotel.. lebih kurang macam hostel dekat area Hua Lampong. Specialnya hostel ni berdekatan dengan stesyen MRT dan keretapi. Jalan kaki sekitar 10 minit sampai lah.

Lemahnya soket kat atas. Jadi nak charge phone agak susah





Hari Ketiga...

Lob Buri


Perjalanan dari Bangkok ke Lop Buri mengambil masa 2 jam 30 minit dengan menaiki keretapi tempatan dengan harga 94 baht bagi kelas dua dan 50 baht bagi kelas ekonomi. Perbezaannya cuma kelas dua no tempat duduk diberikan manakala ekonomi bebas untuk duduk atau berdiri. Apabila berada dalam keretapi ini mengembalikan kenangan sebelum KTM menaik taraf kepada ETS. Keretapi melalui sawah padi dan perkampungan yang rata-rata menjadikan sumber alam sebagai sumber pendapatan harian.  


Wilayah Lop Buri merupakan  salah satu ladang bunga matahari terbesar Thailand. Setibanya di ladang ini, satu sudut pandangan dipenuhi dengan bunga kuning yang sangat terang dan indah. Pemandangan menjadi lebih terpesona apabila ladang ini berlatarbelakangkan gunung-ganang. Menurut pemandu teksi, bunga matahari ini berbunga antara November hingga Januari. Bagi memastikan ia sentiasa berbunga mereka perlu membahagikan tanah kepada beberapa bahagian kerana bunga ini hanya kembang lebih kurang dua minggu dan penanaman semula akan dilakukan sehingga tamatnya musim bunga. Lokasi ladang bunga matahari terletak di daerah Phatthana Nikom, lebih kurang 140 kilometer dari ibu kota Bangkok.












Sepanjang jalan berdekatan dengan ladang penduduk mengambil peluang untuk melakukan pelbagai perniagaan dan perkhidmatan. Terdapat gerai makanan dan minuman serta perkhidmatan menaiki kuda jika tidak mahu berjalan kaki untuk masuk ke ladang bunga matahari. Walau bagaimanapun,  menurut warga tempatan yang menjual kuaci bersebelahan dengan ladang, keindahan yang menjadi tarikan pelancong menjadi sumber pendapatan warga setempat. Selain itu, bunga matahari ini juga digunakan untuk menghasilkan minyak bunga matahari yang digunakan untuk memasak dan kuaci. Terdapat juga kuaci yang telah dibuang kulit dijual dengan harga 100 baht bagi tiga bungkus sama ada dalam bentuk asli atau disalut madu. 







Ayutthaya

Selesai melihat keindahan alam ciptaan Tuhan yang tiada tandingannya, persinggahan kedua adalah ke kawasan pemerintahan lama berhampiran dengan Lop Buri iaitu Phra Nakhon Si Ayutthaya. Perjalanan dari Lop Buri ke Ayutthaya, saya mengambil tiket ekonomi dengan harga 20 baht dengan menggunakan kereta api. Ayutthaya merupakan kawasan pemerintahan kerajaan bangsa Thai pada kurun 1351 sehingga 1767 M. Walaupun peninggalannya sudah lama, ia masih lagi utuh sehingga kini bagi membuktikan kepada dunia bahawa kota ini wujud semenjak kurun lamanya.  Sesuai dengan peninggalan bersejarah dalam lingkungan yang tidak jauh antara satu sama lain, Taman Bersejarah Ayutthaya ini telah dimasukkan sebagai salah satu Warisan Dunia oleh UNESCO.






Pelbagai wat atau kuil-kuil lama antaranya seperti Wat Chai Wattanaram, Wat Ratchaburana, Wat Phra Si Sanphet, Wat Mahathat  dan sebagainya menjadi tarikan pelancong. Pelancong boleh menggunakan perkhidmatan menyewa basikal untuk melawat dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Bagi mereka yang belum merasai pengalaman menaiki gajah, terdapat beberapa ekor gajah yang boleh dinaiki dengan bayaran yang telah ditetapkan. Bagi saya berada di kawasan ini seolah-olah berada di satu kota pemerintahan lama yang agak terancang di mana setiap wat berdekatan antara satu sama lain. Mengambil foto dibenarkan bagi setiap wat. Terdapat wat-wat yang hampir runtuh binaannya. Walaupun struktur binaannya semakin rapuh dimakan usia, dapat dilihat kerja-kerja pemulihan dilakukan apabila terdapat wat yang tidak dibenarkan masuk. Kelainan keindahan kota ini dapat dirasai jika pelancong melawat pada waktu terbitnya dan terbenam nya matahari. Kedai-kedai cenderamata kebanyakannya dibuka setiap pintu masuk wat.












Berdasarkan pemerhatian melalui mata kasar saya, Peninggalan kawasan bersejarah ini dijaga rapi oleh kerajaan Thailand. Peninggalan beribu tahun lamanya dapat menjana ekonomi rakyat setempat di mana rata-rata penduduk mengambil kesempatan dalam melakukan pelbagai jenis perniagaan dan perkhidmatan bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka berasaskan pelancongan seperti pemandu pelancong, penjual kraf tangan dan sebagainya. 

Jadi itu serba sedikit info yang dapat dikongsikan bersama. Kalau nak membeli belah boleh ke Platinum Fashion Mall atau banyak lagi Mall yang ada bagi setiap station BTS mahupun MRT.












Jadual perjalanan Local Train. Click untuk besarkan. 



Peta MRT dan BTS



Apa yang boleh dikongsikan:
  • Teksi, Tuk-tuk dan Train: Train (BTS, MRT) lagi murah tapi kalau ramai better teksi. Teksi bermeter warna hijau atau pink. Make sure masa naik tanya dulu guna meter atau tak. Kadang-kadang letak ja meter tapi tak nak guna. Kalau turun Don Mueng nak murah naik train. Hanya 5baht ke Hua Lampong Station lepas tu lintas jalan ikut pintu depan ada station MRT.
  • Senarai hotel dibawah. Nak jimat boleh ambil The Chilli, harga just click kat nama hotel yang telah disenaraikan kat bawah nih. Pilih hotel yang berdekatan dengan station MRT atau BTS untuk jimat. Peta BTS/MRT ada di atas..
  • Makanan Halal ni dekat area Platinum Fashion Mall banyak kedai. Naik jejantas dari Fashion Mall tu sebelah kiri jalan ja terus. Banyak kedai. Kalau budget mewah masuk ja MBK Mall bersepah kedai makanan Halal. 


3 comments:

  1. terima kasih.. info menarik dan padat serta ringkas dan tak meleret.. mcm cikgu BM pulak.
    saya dan fmily akan ke bangkok hujung minggu ni.

    ReplyDelete
  2. Salam...nk tanya ckit..dr stesen kretapi lopburi ke area bunga matahari 2 kena naik tuk2 ker blh jer jln kaki?

    ReplyDelete
  3. Salam..nk tanya ckit...dr stesen lopburi ke kwsn bunga tu kena naik per? Tuk2 ker or blh jer jln kaki?

    ReplyDelete

Comment