Tuesday, March 15, 2016

Pengalaman bersama airlines kedua terbaik dunia yang dianugerahkan oleh Skytrax, Singapore Airlines! (Experiencing flying with the second best airlines in the world awarded by Skytrax, Singapore Airlines!



Selalunya apabila saya menggunakan pengangkutan udara, saya sering kali menggunakan perkhidmatan penerbangan udara tempatan sebagai pengangkutan utama. Tetapi perjalanan kali ini saya mencuba penerbangan milik negara jiran iaitu Singapura menerusi Singapore Airlines. Pengalaman bersama Singapore Airlines bermula dari Kuala Lumpur – Singapura – Copenhagen selama 1 jam (KUL-SIN-KUL) dan 12 jam (SIN-CPH-SIN) pada akhir tahun 2015 sangat-sangat memuaskan hati. Apabila mula melangkah kaki kanan menerusi pintu pesawat Boeing 777-200, ketua pramugara dan pramugari menyapa dengan senyuman ikhlas mereka sambil bertanyakan nombor tempat duduk, terasa seperti dialu-alukan dalam penerbangan kali ini. Penerbangan daripada Kuala Lumpur – Copenhagen – Kuala Lumpur sememangnya sangat selesa.

Bagi saya, perkhidmatan terbaik bagi satu-satu syarikat penerbangan bukan sahaja perkhidmatan dari segi kemudahan dalam penerbangan seperti hiburan semata-mata malah perkhidmatan dari segi layanan dan keselamatan diutamakan. Tidak hairanlah dan sangat setuju apabila Singapore Airlines merupakan syarikat penerbangan kedua terbaik dunia pada tahun 2015.

Normally I travel around using local air transport services in Malaysia. But, last year I flew with Singapore Airlines. The flying experience with Singapore Airlines from Kuala Lumpur - Singapore - Copenhagen took about 13 hours in total, 1 hour (KUL-SIN-KUL) and 12 hours (SIN-CPH-SIN) in the end of 2015 really makes me satisfied with the services provided.Once I started to pass by the main door of Boeing 777-200, the chief steward and stewardess greeted with sincere smiles, asking passenger's seat numbers, it felt like a warm welcoming on the flight as that was my first time using this air transport service. The flights from Kuala Lumpur - Copenhagen - Kuala Lumpur was very comfortable indeed. 

The best services for each airline are not depending on in-flight entertainment only but it may include service terms and safety procedures. It is not a surprising matter and I strongly agree when Singapore Airlines is awarded the second airline in the world in 2015.






Saya kongsi kan beberapa keping gambar sepanjang perjalanan saya ke Copenhagen dan pulang ke Kuala Lumpur:  

I'm sharing a few photos during my trip to Copenhagen and returning to Kuala Lumpur:


Pesawat sangat bersih daripada lantai, kerusi dan semua permukaan dalam kapal terbang. Sebaik sahaja duduk, FA akan memberikan tuala panas yang dikendalikan dalam keadaan selamat.  

The plane is very clean in all aspects. Once we've seated, the FAs will provide hot towels and handle the items in a safe condition.


Sebagai kemudahan dalam penerbangan yang mengambil masa yang lama penumpang diberikan satu bantal dan selimut sesuai dengan suhu yang agak sejuk bagi saya sebagai orang asia

For the convenience, the passengers are given pillows and blankets in accordance with the relatively cool temperature for Asians like me



Selain itu, penumpang juga diberikan satu beg yang berisi stokin, berus gigi dan ubat gigi. Hal ini kerana pesawat akan tiba di destinasi pada jam 0630 pagi.

In addition, passengers are also given bags containing socks,  toothbrush and toothpaste. This is because the aircraft will be arriving  at its destination at 0630 hours in the morning.



Setiap penumpang mempunyai TV sendiri. Perkhidmatan in-flight entertainment disediakan dengan cerita-cerita terbaru serta muzik-muzik terkini.

Each passenger has their own TV. In-flight entertainment service is provided with the latest movies and music.


Bagi saya sepanjang 12 jam berada dalam penerbangan, seperti dalam gambar inilah hiburan saya kerana teruja ingin mengetahui kawasan-kawasan yang dilalui oleh penerbangan ini.

In this 12-hour flight, my only entertainment is this map. I'm excited to see the areas which the airlines passing through.


Semua tandas disediakan sabun, dan hand sanitizer 

Liquid soap and sanitizer are provided in all toilets 


Sinki dan tandas sentiasa bersih dan tidak berbau

Toilet and sink  are always clean 


Majalah-majalah antarabangsa juga disediakan kepada para penumpang 

International magazines provided for the passengers


Selain daripada hiburan, cara pengendalian dan pilihan makanan terhadap penumpang juga merupakan salah satu kriteria pada saya SIA mendapat tempat kedua terbaik.
Penumpang diberikan menu terlebih dahulu untuk supper, lunch, breakfast atau dinner.

Apart from entertainment, I believe food handling and  passenger's choices are the criteria why SIA is awarded the second best airlines. Passengers are given a menu in advance for supper, lunch, breakfast or dinner.


Pemilihan menu pertama

First menu 


pemilihan menu kedua

Second menu


Bagi muslim, penumpang boleh email terlebih dahulu kepada SIA untuk menyediakan msulim meals semasa penerbangan. 

 For Muslims passengers, they can request Muslim meals via email before boarding.


Semasa penerbangan pulang dari CPH ke KUL saya tertarik dengan pasangan daripada Sweden umur dalam lingkungan 80-an. Hari penerbangan merupakan hari lahir salah seorang daripada mereka, SIA telah membuat kejutan setelah empat jam perjalanan dengan menyediakan kek dan satu flight menyanyikan lagu bersama-sama.

During the returning trip from CPH to KUL, I was intrigued by a couple of Swedish in about 80's. Today is their birthday, SIA has made a surprise birthday shout and with  special cake just after the 4-hour flight.

Staff SIA masih lagi tidak jemu melayan penumpang

 SIA Staffs are still not tired entertaining passengers


Selesai makan, lampu dipadamkan dan tidur!

After dining, the lights will dim slowly and sleep!

Terima Kasih Singapore Airlines terutamnya krew SQ352 pada 31 Ogos 2015

Thank You Singapore Airlines for the services and the awesome journey that I had especially to the crew SQ352 (31st August 2015) from SIN to CPH.


2 comments:

  1. Tak pernah lagi naik Spore Airlines. Pernah naik MAS & Emirates je utk long distance. I will try it one day

    ReplyDelete

Comment