Wednesday, April 06, 2016

Pasar Khlong Ngae atau Krongek, Thailand sesuai dengan peminat bundle

Orang Malaysia selalu panggil pasar Khlong Ngae sebagai Krongek. Pasar Krongek atau Nat Krongek atau Bundle Krongek merupakan salah satu tempat bagi peminat-peminat bundle yang ingin membeli barangan ini dengan harga yang lebih murah berbanding harga yang dipasarkan di Malaysia. Kedudukan kawasan ini terletak di wilayah Sadao, Songkhla Thailand dimana jarak diantara Padang Besar ke Khlong Ngae adalah 31.3KM manakala jika melalui pos imigresen Bukit Kayu Hitam jaraknya adalah 32.5KM. 

Apa yang ada di Pasar ni sebenarnya? boleh dikatakan 90% adalah barangan bundle sama ada kasut, baju, seluar, beg dan sebagainya. Harga boleh ditawar dan sangat murah bagi saya. Bagi peminat barangan berjenama yang mahukan harga yang murah disini tempatnya. Selain daripada barangan bundle terdapat juga bahagian barang basah dan tempat jualan buah-buahan yang dijual oleh peniaga-peniaga tempatan. Walaubagaimanapun, pengunjung terutamanya dari Malaysia usah risau kerana boleh dikatakan kebanyakan penjual atau peniaga adalah penduduk pattani yang boleh bertutur Bahasa Melayu. 







Serba sedikit maklumat mengenai Khlong Ngae Market:
  • Pasar yang agak luas dalam kebun getah hampir seluas padang sekolah.
  • Bagi yang membawa anak kecil atau dewasa bersedia dengan kipas tangan, topi dan sebagainya kerana cuaca agak panas.
  • Terdapat tempat meletak kenderaan dengan bayaran 20 baht sekali masuk
  • Terdapat makanan HALAL yang dijual di pasar ini. Jadi boleh menikmati makan tengah hari disini.
  • Waktu perniagaan adalah pada hari SABTU sekitar jam 7 pagi hingga 12 tengah hari waktu tempatan Thailand.
  • Location: Klong Ngae Market, Sadao, drive there using Waze: https://waze.to/lr/hw1pqtujeh

Selingan, jika melalui pos imigresen padang besar, jangan lupa singgah kedai Mee Mee daging bakar. Superb habaq hang! Bagi penggemar daging bakar Danok yang harga naik sekitar RM8 sepinggan boleh makan di kedai Mee Mee dengan harga RM6 sepinggan. Lokasi kedai berdekatan dengan Caltex Padang Besar dan traffic light simpang tiga Kg Kolam. Sebelah kanan jalan kalau dari arah Kangar. Kedai buka dari jam 1 tengah hari sampai jam 10 malam kecuali Isnin. 




Jika ada sebarang pertanyaan boleh e-mail terus ke zwairy86@gmail.com

2 comments:

Comment