Thursday, April 21, 2016

Dekorasi Hipster Moden Homestay Portturu15, Johor Bahru

Jika anda merancanakan percutian di selatan semenanjung Malaysia iaitu Negeri Johor, Potturu15 boleh dijadikan sebagai tempat beristirehat sepanjang berada di Johor Bahru. Homestay yang terletak di kawasan membangun Nusajaya merupakan salah satu homestay yang berada di lokasi strategik berdekatan dengan laluan kedua ke Singapura. 

Setiap tempat sudah pasti mempunyai keunikan yang tersendiri. Begitu juga dengan Homestay Portturu15. Barangan lama selalu dianggap sebagai barang yang boleh dilupuskan dan tidak berharga. Namun bagi pemilik Portturu15, idea, kemahiran dan kreativiti yang ada dipresentasikan melalui hiasan dekorasi dalaman berkonsepkan 'hipster moden'. Barangan seperti kayu dan besi lama juga digunakan untuk menghiasi rumah teres dua tingkat ini dalam merealisasikan impian homestay yang telah lama diidamkan. 

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa menginap di Homestay Portturu15, Nusajaya Johor Bahru:

Ruang Tamu

 Meja Makan

Bilik Tidur Utama


Bilik Tidur Utama

Bilik Tidur Kedua

Bilik Tidur Ketiga

Bilik Tidur Keempat


Workstation

Ruang Dapur Dikala Dahaga

Ruang Dapur bagi mengisi perut yang kelaparan


Lokasi


Kemudahan yang disediakan:
  • TV (Astro dan beberapa saluran TV Singapura dan Indonesia)
  • Mesin Basuh Automatik
  • Katil Queen (Bilik Utama dan Bilik Kedua)
  • Katil Single - 2 (Bilik Ketiga)
  • Bunk Bed (Bilik Keempat)
  • Tiga Tandas dan Bilik Mandi (Bilik Utama, Bilik Kedua + Ketiga, Tingkat Bawah)
  • Kelengkapan dapur
  • Penghawa Dingin (Ruang tamu, bilik utama, bilik kedua dan ketiga)
  • Desktop PC
  • Seterika
Tempat menarik sekitar:
  • Legoland - 17 Minit (14.2KM)
  • Johor Bahru - 20 minit (21KM)
  • Tuas Checkpoint (Singapura) - 25 minit (25KM)
  • Universal Studio Singapore (Singapura) - 1 jam (48KM)
  • UTM, JB - 20 Minit (25KM)
Untuk maklumat lanjut atau tempahan boleh layari laman sosial Instagram atau Facebook. Anda juga boleh e-mail: portturu.15@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Comment