Jalan-jalan Medan – Lake Toba – Berastagi
Zuwairi
Wednesday, April 09, 2014
Kali ni sebagai permulaan tahun 2014 ke luar negara aku pilih Medan sebagai tempat pertama. Kali ni dalam group 8 orang. Bersama rakan-rakan
seuniversiti, rakan blog dan rakan-rakan sekerja UUM. Bertolak pada 5 April
2014 di mana perjalanan mengambil masa satu jam penerbangan untuk ke Medan,
Kualanamu Airport. Sampai ja di Airport supir dah tunggu dengan tag nama.
Sampai pun dah pukul 2 waktu Medan. Jadi perjalanan pertama ke Parapat, Lake
Toba yang mengambil masa hampir 6 jam ok. Tuan-tuan dan puan-puan saya ulang
enam jam. Pergh! Oh. Lupa. Kali ni aku amik pakej. Sebab perjalanan jauh-jauh
dan aku tak dapat bayangkan Parapat, Berastagi dan sebagainya. Jadi aku pilih
pakej yang dikendalikan oleh Mr Daniel George. Bagus orangnya. Jadi untuk pakej ini mereka sudah sediakan
supir, kereta, minyak, parking, duit ferry, hotel empat bintang, makan pagi,
tengah hari, malam sepanjang berada di sana. Jadi Cuma sediakan wang rupiah
untuk berbelanja sahaja mas, ibukkk, bapakkk.. jadi yukkkkkk kita ke Medan.
time ni dah nak sampai Medan
Rombongan dari Penang dan KL bertemu di Medan
Lunch yang disediakan..
Jadi perjalanan hari pertama dari Airport pukul 2.30 petang.
Sampai rumah makan lebih kurang 30 minit dari lapangan terbang, pukul 4 jam Malaysia baru bertolak ke
Parapat. Perjalanan enam jam sangat-sangat mendebarkan dengan keadaan jalan dan
sebagainya, tapi bila dah sampai kawasan Parapat.. fuhhhhhhhhhhhh! Yang letih
sepanjang perjalanan pun hilang. Sampai dalam jam 10 malam, check in dan hotel
sediakan dinner. Pilihan hotel yang terbaik Niagara Hotel Parapat. Kedudukan
hotel ini atas bukit dan sejuk. Aku rasa hotel ni paling tinggi sekali antara
banyak-banyak hotel di situ. Lepas dinner terus.. bummmmmmm tidur! Sebab esok
nak jalan-jalan lagi. Jadi perlu tenaga.
Check In dan Tidoooooooooooooooooo...
Keesokan pagi dengan mood segar bugar!
Hari kedua, kul 730 pagi dah breakfast yang disediakan pihak
hotel. Makan sedap. Pagi ni bak kata pak supir mahu melihat perkampungan batak
asli iaitu Tasik Orang Batak Asli (TOBA). Perjalanan menuju pulau samosir
mengambil masa 45 minit. Sebenarnya sekejap ja.. dalam 15 minit boleh sampai
kot. Tapi, ferry tu aku rasa dalam 30km/j sahaja.. ala-ala memberi peluang
untuk melihat dan menatapi pemandangan ciptaan Tuhan. Subhanallah, cantik
sangat! Siriyesli. Dalam 45 minit perjalanan sampai lah ke Samosir. Dekat situ banyak
kedai-kedai yang jual sebiner, baju dan segala lah. Tapi, berjati-hati. Harga
yang diletakkan terlalu tinggi. Kena pandai tawarlah. Memang kena pandai tawar
kalau tak nak ditipu. Kat di situ juga ada orang kampung yang berperanan
seperti tourist guide. Terpulang nak amik ke tak nak. Kalau ambil seperti
biasalah kena la bagi tips! Dalam pulau tu ada sejarah pasai perkampungan
tomok, dari maharaja atau sultan-sultan terdahulu sehingga kini. Pusing-pusing,
berbelanja jadi pulang ke parapat balik untuk lunch.
Rasa bersyukur kita tinggal di Malaysia, dorang basuh baju pakai air tasik hokey!
Ratu Tomok
Sesampai di Samosir Island.. nah kau.. map!
Tourist guide, kalau nak tau cerita dahulu kala sampai sekarang mengenai Samosir boleh pilih bapak ini.. tapi macam biasalah tips ok. Bukan semua benda percuma. Kalau tak ambil nak jalan-jalan sendiri pun ok.
Rumah Batak..
Hah. Ni baru real kerusi batu
Selepas
selesai lunch, terus ke Simarajunjung, tempat tu ala-ala peak view juga la..
tempat anak-anak muda melepak, bernyanyi bersama-sama, menghabiskan masa
bersama. Gituh. Nice. Tapi kalau tak nak p pun tak pa juga kot tempat ni.
Murah dan berbaloi. Tak rasa kena tipu sangat berbanding
dengan Samosir tadi. Nak beli telekung, batik belilah di Berastagi juga. Kat
area-area orang jual bunga dan kawasan kereta kuda. Ada satu kedai ni tak ingat
nak amik gambar. Makcik tu pakai spek dan ala-ala inspektor polis. Nampak macam
garang. Tapi baik orangnya. Harga pun memang berbaloi. Lepas shopping terus ke
Medan. Perjalanan hampir 3 jam juga dari Berastagi. Sampai medan makan dan
check in hotel di Grand Antares Hotel, Medan. Bilik superb!
makan malam terakhir sebelum pulang keesokan hari.. ayam bakar dan ikan bakar menu utama
malam terkahir check in di Grand Antares Medan (4*)
Hari ketiga merangkap hari terakhir, lepas breakfast di
hotel terus jalan-jalan di Medan sebelum ke bandara. Oh. Lupa. Breakfast sangat
sedap dan banyak pilihan… kat medan tak banyak tempat sangat nak shopping
actually. Harga barang pun melambung. Better shopping kat Berastagi. Bak kata
makcik inspektor polis tu, Medan mahal sebab harga sewa kedainya juga mahal.
Jadi pandai-pandai fikirlah.
Lambaian terkakhir daripada Ratu..
Tips Medan:
- Sediakan wang rupiah yang secukupnya
- Kalau nak senang ambil ja pakej macam ni.. Boleh contact Daniel George menerusi BBM Pin: 75889E08, email travelagentsumatera@gmail.com just inform berapa pax, bapa hari dekat dia nanti dia akan uruskan, kalau nak tempah hotel sendiri pun boleh, dia juga menyediakan kenderaan dan supir.
- Nak makan, g makan kedai yang ada harga siap-siap takut tertipu..
- Nak shopping sebiner ka apa ka boleh shopping kat Berastagi berbanding Samosir. Nego betul-betul.. kalau boleh jadi pelakon pentas untuk seketika..
- Shopping kat Berastagi boleh shop kat kedai makcik ala-ala Inspektor polis, pakai spek mata.. nampak garang tapi baik. kedudukan kedai dekat dengan orang jual-jual bunga dan tempat bas dan kuda..
- Jangan la mengharap Medan tu seperti Bandung yang banyak tempat nak shop.
- Kalau ada apa-apa pertanyaa lagi, boleh drop mesej kat kotak disebelah kanan anda.. sekian.