Showing posts with label Medan. Show all posts
Showing posts with label Medan. Show all posts

Wednesday, April 09, 2014

Jalan-jalan Medan – Lake Toba – Berastagi

Wednesday, April 09, 2014
Kali ni sebagai permulaan tahun 2014 ke luar negara aku pilih Medan sebagai tempat pertama. Kali ni dalam group 8 orang. Bersama rakan-rakan seuniversiti, rakan blog dan rakan-rakan sekerja UUM. Bertolak pada 5 April 2014 di mana perjalanan mengambil masa satu jam penerbangan untuk ke Medan, Kualanamu Airport. Sampai ja di Airport supir dah tunggu dengan tag nama. Sampai pun dah pukul 2 waktu Medan. Jadi perjalanan pertama ke Parapat, Lake Toba yang mengambil masa hampir 6 jam ok. Tuan-tuan dan puan-puan saya ulang enam jam. Pergh! Oh. Lupa. Kali ni aku amik pakej. Sebab perjalanan jauh-jauh dan aku tak dapat bayangkan Parapat, Berastagi dan sebagainya. Jadi aku pilih pakej yang dikendalikan oleh Mr Daniel George. Bagus orangnya.  Jadi untuk pakej ini mereka sudah sediakan supir, kereta, minyak, parking, duit ferry, hotel empat bintang, makan pagi, tengah hari, malam sepanjang berada di sana. Jadi Cuma sediakan wang rupiah untuk berbelanja sahaja mas, ibukkk, bapakkk.. jadi yukkkkkk kita ke Medan.



 time ni dah nak sampai Medan

Rombongan dari Penang dan KL bertemu di Medan


 Lunch yang disediakan..


Jadi perjalanan hari pertama dari Airport pukul 2.30 petang. Sampai rumah makan lebih kurang 30 minit dari lapangan terbang, pukul 4 jam Malaysia baru bertolak ke Parapat. Perjalanan enam jam sangat-sangat mendebarkan dengan keadaan jalan dan sebagainya, tapi bila dah sampai kawasan Parapat.. fuhhhhhhhhhhhh! Yang letih sepanjang perjalanan pun hilang. Sampai dalam jam 10 malam, check in dan hotel sediakan dinner. Pilihan hotel yang terbaik Niagara Hotel Parapat. Kedudukan hotel ini atas bukit dan sejuk. Aku rasa hotel ni paling tinggi sekali antara banyak-banyak hotel di situ. Lepas dinner terus.. bummmmmmm tidur! Sebab esok nak jalan-jalan lagi. Jadi perlu tenaga. 

 
Check In dan Tidoooooooooooooooooo... 


Keesokan pagi dengan mood segar bugar! 



 


Hari kedua, kul 730 pagi dah breakfast yang disediakan pihak hotel. Makan sedap. Pagi ni bak kata pak supir mahu melihat perkampungan batak asli iaitu Tasik Orang Batak Asli (TOBA). Perjalanan menuju pulau samosir mengambil masa 45 minit. Sebenarnya sekejap ja.. dalam 15 minit boleh sampai kot. Tapi, ferry tu aku rasa dalam 30km/j sahaja.. ala-ala memberi peluang untuk melihat dan menatapi pemandangan ciptaan Tuhan. Subhanallah, cantik sangat! Siriyesli. Dalam 45 minit perjalanan sampai lah ke Samosir. Dekat situ banyak kedai-kedai yang jual sebiner, baju dan segala lah. Tapi, berjati-hati. Harga yang diletakkan terlalu tinggi. Kena pandai tawarlah. Memang kena pandai tawar kalau tak nak ditipu. Kat di situ juga ada orang kampung yang berperanan seperti tourist guide. Terpulang nak amik ke tak nak. Kalau ambil seperti biasalah kena la bagi tips! Dalam pulau tu ada sejarah pasai perkampungan tomok, dari maharaja atau sultan-sultan terdahulu sehingga kini. Pusing-pusing, berbelanja jadi pulang ke parapat balik untuk lunch.






 Rasa bersyukur kita tinggal di Malaysia, dorang basuh baju pakai air tasik hokey!


Ratu Tomok


Sesampai di Samosir Island.. nah kau.. map!

 

Tourist guide, kalau nak tau cerita dahulu kala sampai sekarang mengenai Samosir boleh pilih bapak ini.. tapi macam biasalah tips ok. Bukan semua benda percuma. Kalau tak ambil nak jalan-jalan sendiri pun ok.




Rumah Batak.. 

 
Hah. Ni baru real kerusi batu


Selepas selesai lunch, terus ke Simarajunjung, tempat tu ala-ala peak view juga la.. tempat anak-anak muda melepak, bernyanyi bersama-sama, menghabiskan masa bersama. Gituh. Nice. Tapi kalau tak nak p pun tak pa juga kot tempat ni. 




Lepas singgah sini terus pak supir pecut ke satu tempat air terjun Sipiso.. perjalanan daripada Parapat ke Simarajunjung mengambil masa satu jam lebih dan daripada Simarajunjung ke Waterfall tu satu jam lebih juga. Capet! Jalannya pusingggg… jadi kalau cepat mabuk, makan ubat mabuk ya.. bisa tidur aja sepanjang perjalanan. Lepas daripada waterfall ni terus ke Berastagi yang mengambil masa 2 jam. Fuhhhh.. kat berastagi ni ala-ala Cameron. Sejuk ya amat. Sejuk lagi pada Cameron. Tapi g sana tak tido pun. Rugilah. Oh. Kalau bab shopping, shopping lah di Berastagi. 



Murah dan berbaloi. Tak rasa kena tipu sangat berbanding dengan Samosir tadi. Nak beli telekung, batik belilah di Berastagi juga. Kat area-area orang jual bunga dan kawasan kereta kuda. Ada satu kedai ni tak ingat nak amik gambar. Makcik tu pakai spek dan ala-ala inspektor polis. Nampak macam garang. Tapi baik orangnya. Harga pun memang berbaloi. Lepas shopping terus ke Medan. Perjalanan hampir 3 jam juga dari Berastagi. Sampai medan makan dan check in hotel di Grand Antares Hotel, Medan. Bilik superb!

 

makan malam terakhir sebelum pulang keesokan hari.. ayam bakar dan ikan bakar menu utama



malam terkahir check in di Grand Antares Medan (4*)





Hari ketiga merangkap hari terakhir, lepas breakfast di hotel terus jalan-jalan di Medan sebelum ke bandara. Oh. Lupa. Breakfast sangat sedap dan banyak pilihan… kat medan tak banyak tempat sangat nak shopping actually. Harga barang pun melambung. Better shopping kat Berastagi. Bak kata makcik inspektor polis tu, Medan mahal sebab harga sewa kedainya juga mahal. Jadi pandai-pandai fikirlah.

 





Lambaian terkakhir daripada Ratu..

Tips Medan:
  • Sediakan wang rupiah yang secukupnya
  • Kalau nak senang ambil ja pakej macam ni.. Boleh contact Daniel George menerusi BBM Pin: 75889E08, email travelagentsumatera@gmail.com just inform berapa pax, bapa hari dekat dia nanti dia akan uruskan, kalau nak tempah hotel sendiri pun boleh, dia juga menyediakan kenderaan dan supir.
  • Nak makan, g makan kedai yang ada harga siap-siap takut tertipu..
  • Nak shopping sebiner ka apa ka boleh shopping kat Berastagi berbanding Samosir. Nego betul-betul.. kalau boleh jadi pelakon pentas untuk seketika.. 
  • Shopping kat Berastagi boleh shop kat kedai makcik ala-ala Inspektor polis, pakai spek mata.. nampak garang tapi baik. kedudukan kedai dekat dengan orang jual-jual bunga dan tempat bas dan kuda..
  • Jangan la mengharap Medan tu seperti Bandung yang banyak tempat nak shop. 
  • Kalau ada apa-apa pertanyaa lagi, boleh drop mesej kat kotak disebelah kanan anda.. sekian.