Thursday, February 17, 2011

Amazing Padang, Indonesia: Makan!!! Nasi Padang, Bakso, Murtabak Mesir!

cerita bab makan di Padang, memang syurga makanan la.. sedap-sedap weh! boleh bayangkan?? sedap weh! sedap! sedap! *jerit-jerit skit* keluar ja dari Airport, Diah bawa kami makan Nasi Padang di Lamun Ombak.. sudah semestinya Nasi Padang menjadi santapan pertama kalau menjejaki Padang.. itu makanan utama disini.. jadi kalau nak pilih gerai makan.. pilih yang terbaik terutamanya kebersihan.. kedai yang Diah bawa semua anugerah dekan *boleh?*



Lamun Ombak.. Nasi Padang!



Pelayang sedia melayan anda.. jangan terkejut kalau dia sediakan makanan anda macam dibawah nih!




ha.. panjang gila! dari hujung meja ke hujung meja.. tak cukup meja siap bertingkat lagi.. pelbagai lauk-pauk ada.. sedap-sedap semuanya.. termasuk makanan eksotik.. iaitu perut lembu telur ikan.. dalam perut lembu yang bulat tu ada telur ikan.. macam sosej. Aku kategorikan dalam makanan eksotik coz kat sini takdak..



gambar atas ni.. kat Aie Badarun.. kalau tak salah aku la.. time ni bertolak balik dari Bukit Tinggi ke Padang.. malam sudaaaa..


itu bab Nasi Padang... BAKSO? wowowowowowow!! kepada sesiapa yang nak datang Padang jangan lupa singgah Bakso Lapangan Tembak.. sedap! siriyes! sedap! boleh bayangkan? bukan tipu-tipu ni.. betul! lain dengan Malaysia..



Bakso Lapangan Tembak



Memilih makanan


ni Sup Daging..



Nasi Ayam Goreng



Bakso.. nampak kosong skit. coz kawan aku ni tak makan sayur dan segala macam.. kuah dia sedap!



Nasi Ayam kuah Padang.. kalau tak silap aku la..

pelbagai jeni makanan anda boleh pilih di Bakso Lapangan Tembak.. harganya? jangan risau.. murah! sekitar bawah RM5.. air teh o panas harganya cuma RM 0.30 sen! boleh bayangkan?? betapa murahnya! murah!


pagi-pagi sarapan dulu di rumah Diah.. sedap bapak Diah masak.. tapi jangan terkejut mereka hanya menyediakan air kosong sahaja.. bukan pada waktu pagi, malah untuk tetamu yang datang.. menjaga kesihatan lebih diutamakan.. bukan kedekut ke ape.. tapi memang macam ni...



sedap! thanks Papi. :)

malam sebelum berangkat pulang kami dibawa ke makan Murtabak Mesir.. tapi lebih komersial dengan nama Murtabak Bandung.. makan sampai berry-berry la Norli kan?





Mee goreng dia pun unik. tak letak apa.. macam kita letak kicap, daging, ayam segala bagai.. tapi dorang goreng kosong..



Murtabak bersama pencicah



dalam masa yang sama.. celebrate bufday Diah..

Happy Belated Bufday Diah



"semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. dan berjaya mengharungi cabaran dalam membuat thesis.. keh3.."

tu diaaaaaa.. bab makan di Padang Indonesia.. sedap-sedap la weh.. jangan risau bab makan senang cari.. tak susah pown.. banyak ja kedai Islam.. tapi kena pilih betul-betul la yang bersih.. Kebersihan dan Kesihatan perlu diutamakan semasa travel!

11 comments:

  1. jom kite g padang lg.....seronokkkkkk

    ReplyDelete
  2. perh menyelerakan

    bakso nyam3...

    ReplyDelete
  3. teringin nak cuti2/jalan2 kat sane...=)

    ReplyDelete
  4. jalan ke mana2 pun, makanan mesti nak sedap dan jarang2 dijumpa.. baru la best.. hehe

    ReplyDelete
  5. wah sedapnya blew cite bab mkan..
    tgh lapa nie blh pass kat cini x?
    hehe

    ReplyDelete
  6. aaaaaaaaa!rindunye nak makan nasi padang..rindu sambal merah dengan ayam penyet..huuu..;)

    ReplyDelete

Comment