Showing posts with label Padang Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Padang Indonesia. Show all posts

Friday, March 18, 2011

cita semalam "Imbau Tragedi Gempa Bumi"

Friday, March 18, 2011
rupanya ayah aku beli paper BH yang aku cari semalam.. ushar-ushar.. selak celah bedah jumpa la rencana yang aku tulis tu.. tajuk besar IMBAU TRAGEDI GEMPA BUMI.. fuh! gempak tajuk..

anak sedara aku la jadi mengsa.. konon-konon baca rencana tu.. keh3.. walhal dia bising, ganggu dia main PS.. peduli apa kan.. aku Pak Usu kejam.. main-main juga apa yang aku suruh kena buat.. ngeh3..
dan lagi...

kepada yang nak membaca rencana yang tak seberapa ni boleh click untuk tumbesaran.. hasil ku tak sehebat wartawan melodi nas ahmad dan michelle *ada kena mengena ke?*


kalau nak baca yang ori aku story mory dalam blog..
bleh click sini --> Amazing Padang Indonesia

pesanan akhbar:
bagus juga akhbar ni nak share info-info berguna.. ada sekali tu pasai aduan Maxis.. amik kau.. maxis terus kol aku..

Thursday, March 17, 2011

cer cuba ushar tengok kat Berita Harian sisipan varsiti.. ada tak gambar ni?

Thursday, March 17, 2011
kawan aku mesej ucap terima kasih sebab muka dia keluar paper.. aku bingung lagi... kenapa pulak dia keluar paper sedangkan latest aku hantar isu krisis air di kolej kediaman.. pelik pulak. Capai fone, call terus.. owh.. salah! rupanya mengenai artikel aku ke Padang, Indonesia baru-baru ni.. Oo..OK.

dah p cari paper tu tapi dah habis pulak kat kedai area rumah aku.. kalau tak boleh jumpa.. nanti aku scan.. ngeh3... sesapa yang beli Berita Harian dalam sisipan Varsiti bahagian Nostalgia boleh baca rencana aku.. bukan untuk dibanggakan tapi hanya untuk berkongsi pengalaman dengan anda semua..

aku letak gambar

ini!



dan

ini!


pesanan akhbar:
rugi la ambil bidang media tak praktik kan? walaupun tak masuk industri sekurang-kurangnya cuba juga untuk menulis:)

Sunday, February 20, 2011

Amazing Padang, Indonesia: Terima Kasih Diah Sekeluarga!!

Sunday, February 20, 2011
Entry Khas.. ngeh3... Terima Kasih yang tak terhingga untuk Diah Sekeluarga kerana menyediakan tempat tido, kenderaan, makan, dan segalanya atas layanan lima bintang yang diberikan selama tiga hari dua malam di Padang, Indonesia.. nanti ada peluang nak g lagi :)

bersama kakak Diah

bersama bapak Diah

bersama Abg *tak ingat nama dia* yang tak pernah letih memandu selama dua hari, bapak diah dan kak ayu


ok.. angkat beg, check in dan pulang:)


Video X-klusif!! Selamat Menonton!



kepada yang terlepas dan ingin melihat kembali entry-entry lepas mengenai
Amazing Padang, Indonesia.. boleh click gambar bawah ni.. semua entry mengenai Padang akan keluar..



trip seterusnya?
jom piknik!

Saturday, February 19, 2011

Amazing Padang, Indonesia: Lembah Harau~

Saturday, February 19, 2011
story last dari Padang, Indonesia.. keh3.. mesti ada blogger yang jemu dah kan? niat ni disini cuma ingin berkongsi pengalaman dan mungkin juga panduan bagi anda yang teringin nak ke Padang kan? senang.. lepas ni nak g Padang terus gtau nama tempat kat tourist guide tu, dia akan bawa..

Okkes.. air terjun Lembah Harau terletak di Sumatera Barat, Indonesia.. macam biasalah tempat begini sesuai untuk berkelah, mandi manda dan sebagainya..


Air terjun dia tinggi gila-gila... ni boleh dikatakan musim panas di kawasan ni, air sedikit.. kalau air banyak.. xtau la camna.. boleh bayangkan?






mandi-manda la.. tggu apa lagi.. tapi aku tak mandi pun.. huhuhu :) take time lorh.. banyak lg tempat nak g melawat.. kui3..



okkkkess.. itu story bab jalan-jalan di Padang..
korang apa lagi.. cepat tempah tiket.. yukkkkk.. kita pusing-pusing wisata sumatera barat:)

jangan lupa Bigger Than Big dari AirAsia..
mari kita merencana dari sekarang,
jom piknik!



sesapa yang nak g jalan2 jangan lupa ajak aku.. keh3..

Friday, February 18, 2011

Amazing Padang, Indonesia: Teh Botol!

Friday, February 18, 2011



Teh botol merupakan minuman popular dalam botol di Indonesia.. malah teh botol ini menjadi pesaing terhadap minuman botol yang lain seperti Coca Cola..
sebelum ni, kalau aku tengok kawan-kawan g Indonesia pasti minum teh ni.. jadi alang-alang dah berada di Padang aku pun cuba la.. Not bad, rasanya kurang manis,
macam ada herba-herba skit.. sedap!
pernah cuba?

Amazing Padang, Indonesia: Terkenal dengan pantai.. pantai carolina, pantai air manis manusia jadi batu pun ada!

Friday, February 18, 2011
struktur muka bumi Padang lebih kepada bukit bukau dan berpantai.. banyak gila la jenis pantai di Padang, kalau dua hari tak cukup untuk melawat semua.. kata sepupu Diah kalau nak melawat semua, kena duduk seminggu.. pergh! depan rumah Diah pun pantai juga.. nyaman giler! boleh bayangkan?


Lorong ke pantai dari rumah Diah

pantai depan rumah Diah yang kami stay ni dinamakan pantai Air Tawar..




stop sat bab pantai.. pernah tengok cita Siti Nurbaya.. masa g padang pun kami dibawa ke Jambatan Siti Nurbaya..

Info tentang Siti Nurbaya:
Siti Nurbaya ialah sebuah novel Indonesia hasil karya Marah Roesli yang diterbitkan oleh Balai Pustaka di era 1930-an. Latar belakang novel ini ialah adat budaya Minangkabau di Padang. Ia mengisahkan percintaan sepasang kekasih, Siti Nurbaya dan Samsul Bahri yang gagal kerana keadaan dan budaya pada masa itu.


keadaan muara sungai dari atas jambatan



Pose!

ok. berbalik kepada pantai.. pantai seterusnya yang kami g, Pantai Air Manis yang terkenal dengan lagenda Malin Kundang.. pernah tengok cita Malin Kundang.. kalau kat Malaysia, kisahnya seperti Si tanggang.. Pantai ini sesuai untuk surfing.. kerana ombaknya yang kuat..





kalau pergi, anda akan disambut oleh Lagenda Malin Kundang.. Menurut lagenda rakyat, malin kundang ni disumpah menjadi batu kerana menderhaka kepada orang tuanya..




batu-batu yang berbentuk seolah-olah sebuah kapal, tali dan malin kundang ini menghiasi dan menjadi tarikan pelancong utama ke Pantai Sri Manis..




sebelum sampai ke Pantai Sri Manis.. perlu mengharungi keadaan bukit bukau, tetapi amat indah dan nyaman jika diamati:)




malin kundang pun dah jadi batu.. next Pantai Carolina.. pantai yang bersih persis Bali ini merupakan salah satu pantai yang terkenal di Padang.. Pantai Carolina terletak di Teluk Bungus, 25 KM dari Padang, anda boleh sampai dengan menyewa teksi atau bas mini (Van).. tarikan lain, dari pantai ini, boleh sewa bot untuk pergi ke pulau-pulau berdekatan yang indah dengan pepohonan yang menghijau..




ni OTW nak gerak balik ke Padang pantai pelabuhan kalau tak silap.. singgah snap jer:)




fuh!! Pantai.. kena amik masa seminggu ni kalau nak mandi mandi.. pantai sama seperti Malaysia.. tapi ombak dia besar gila.. sesuai sangat untuk kaki-kaki surfing!

Thursday, February 17, 2011

Amazing Padang, Indonesia: Fenomena yang cantik dan janggal, unik dimata

Thursday, February 17, 2011
Malaysia dan Indonesia bentuk muka bumi lebih kurang sama.. tapi keadaan di Padang banyak kawasan yang berbukit-bukau dan banyak kawasan pantai.. tetapi di Malaysia kawasan bukit yang didiami cuma kawasan terkenal seperti Cameron, tetapi di Padang Panjang *kalau tak salah aku* daripada kaki bukit sehinggalah kawasan puncak bukit.. boleh dikatakan dipenuhi rumah yang diduduki oleh penduduk tempatan.. terdapat juga fenomena yang janggal, unik dan cantik di mata kita sebagai pelancong..

1. Kawasan bukit bukau yang penuh dengan rumah dan ada sawah padi..



2. Penduduk disini lebih suka membawa barang seperti gambar ini..



3. Jangan rasa terkejut, kalau ada orang minta derma ditengah jalan begini..



4. Singkatan perkataan amat popular di Indonesia.. Warkop= Warung Kopi, Warnet= Warung internet dan sebagainya..



5. Masih ada lagi kesan-kesan gempa bumi pada tahun 2008@2009 *tak ingat*



6. Unik no plat kereta.. BA untuk kawasan Padang, sama seperti Malaysia.. no pun boleh dipilih sama seperti Malaysia.. tetapi huruf dibelakang, boleh diletak sesuka hati.. RR dibelakang nama pemilik kenderaa.. *aku nak letak BA 281 ZUE86.. boleh?*




itulah yang unik serba sedikit.. banyak lagi, tapi gambar tak sempat nak snap.. :)

Amazing Padang, Indonesia: Makan!!! Nasi Padang, Bakso, Murtabak Mesir!

Thursday, February 17, 2011
cerita bab makan di Padang, memang syurga makanan la.. sedap-sedap weh! boleh bayangkan?? sedap weh! sedap! sedap! *jerit-jerit skit* keluar ja dari Airport, Diah bawa kami makan Nasi Padang di Lamun Ombak.. sudah semestinya Nasi Padang menjadi santapan pertama kalau menjejaki Padang.. itu makanan utama disini.. jadi kalau nak pilih gerai makan.. pilih yang terbaik terutamanya kebersihan.. kedai yang Diah bawa semua anugerah dekan *boleh?*



Lamun Ombak.. Nasi Padang!



Pelayang sedia melayan anda.. jangan terkejut kalau dia sediakan makanan anda macam dibawah nih!




ha.. panjang gila! dari hujung meja ke hujung meja.. tak cukup meja siap bertingkat lagi.. pelbagai lauk-pauk ada.. sedap-sedap semuanya.. termasuk makanan eksotik.. iaitu perut lembu telur ikan.. dalam perut lembu yang bulat tu ada telur ikan.. macam sosej. Aku kategorikan dalam makanan eksotik coz kat sini takdak..



gambar atas ni.. kat Aie Badarun.. kalau tak salah aku la.. time ni bertolak balik dari Bukit Tinggi ke Padang.. malam sudaaaa..


itu bab Nasi Padang... BAKSO? wowowowowowow!! kepada sesiapa yang nak datang Padang jangan lupa singgah Bakso Lapangan Tembak.. sedap! siriyes! sedap! boleh bayangkan? bukan tipu-tipu ni.. betul! lain dengan Malaysia..



Bakso Lapangan Tembak



Memilih makanan


ni Sup Daging..



Nasi Ayam Goreng



Bakso.. nampak kosong skit. coz kawan aku ni tak makan sayur dan segala macam.. kuah dia sedap!



Nasi Ayam kuah Padang.. kalau tak silap aku la..

pelbagai jeni makanan anda boleh pilih di Bakso Lapangan Tembak.. harganya? jangan risau.. murah! sekitar bawah RM5.. air teh o panas harganya cuma RM 0.30 sen! boleh bayangkan?? betapa murahnya! murah!


pagi-pagi sarapan dulu di rumah Diah.. sedap bapak Diah masak.. tapi jangan terkejut mereka hanya menyediakan air kosong sahaja.. bukan pada waktu pagi, malah untuk tetamu yang datang.. menjaga kesihatan lebih diutamakan.. bukan kedekut ke ape.. tapi memang macam ni...



sedap! thanks Papi. :)

malam sebelum berangkat pulang kami dibawa ke makan Murtabak Mesir.. tapi lebih komersial dengan nama Murtabak Bandung.. makan sampai berry-berry la Norli kan?





Mee goreng dia pun unik. tak letak apa.. macam kita letak kicap, daging, ayam segala bagai.. tapi dorang goreng kosong..



Murtabak bersama pencicah



dalam masa yang sama.. celebrate bufday Diah..

Happy Belated Bufday Diah



"semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. dan berjaya mengharungi cabaran dalam membuat thesis.. keh3.."

tu diaaaaaa.. bab makan di Padang Indonesia.. sedap-sedap la weh.. jangan risau bab makan senang cari.. tak susah pown.. banyak ja kedai Islam.. tapi kena pilih betul-betul la yang bersih.. Kebersihan dan Kesihatan perlu diutamakan semasa travel!