Friday, February 18, 2011

Amazing Padang, Indonesia: Terkenal dengan pantai.. pantai carolina, pantai air manis manusia jadi batu pun ada!

struktur muka bumi Padang lebih kepada bukit bukau dan berpantai.. banyak gila la jenis pantai di Padang, kalau dua hari tak cukup untuk melawat semua.. kata sepupu Diah kalau nak melawat semua, kena duduk seminggu.. pergh! depan rumah Diah pun pantai juga.. nyaman giler! boleh bayangkan?


Lorong ke pantai dari rumah Diah

pantai depan rumah Diah yang kami stay ni dinamakan pantai Air Tawar..




stop sat bab pantai.. pernah tengok cita Siti Nurbaya.. masa g padang pun kami dibawa ke Jambatan Siti Nurbaya..

Info tentang Siti Nurbaya:
Siti Nurbaya ialah sebuah novel Indonesia hasil karya Marah Roesli yang diterbitkan oleh Balai Pustaka di era 1930-an. Latar belakang novel ini ialah adat budaya Minangkabau di Padang. Ia mengisahkan percintaan sepasang kekasih, Siti Nurbaya dan Samsul Bahri yang gagal kerana keadaan dan budaya pada masa itu.


keadaan muara sungai dari atas jambatan



Pose!

ok. berbalik kepada pantai.. pantai seterusnya yang kami g, Pantai Air Manis yang terkenal dengan lagenda Malin Kundang.. pernah tengok cita Malin Kundang.. kalau kat Malaysia, kisahnya seperti Si tanggang.. Pantai ini sesuai untuk surfing.. kerana ombaknya yang kuat..





kalau pergi, anda akan disambut oleh Lagenda Malin Kundang.. Menurut lagenda rakyat, malin kundang ni disumpah menjadi batu kerana menderhaka kepada orang tuanya..




batu-batu yang berbentuk seolah-olah sebuah kapal, tali dan malin kundang ini menghiasi dan menjadi tarikan pelancong utama ke Pantai Sri Manis..




sebelum sampai ke Pantai Sri Manis.. perlu mengharungi keadaan bukit bukau, tetapi amat indah dan nyaman jika diamati:)




malin kundang pun dah jadi batu.. next Pantai Carolina.. pantai yang bersih persis Bali ini merupakan salah satu pantai yang terkenal di Padang.. Pantai Carolina terletak di Teluk Bungus, 25 KM dari Padang, anda boleh sampai dengan menyewa teksi atau bas mini (Van).. tarikan lain, dari pantai ini, boleh sewa bot untuk pergi ke pulau-pulau berdekatan yang indah dengan pepohonan yang menghijau..




ni OTW nak gerak balik ke Padang pantai pelabuhan kalau tak silap.. singgah snap jer:)




fuh!! Pantai.. kena amik masa seminggu ni kalau nak mandi mandi.. pantai sama seperti Malaysia.. tapi ombak dia besar gila.. sesuai sangat untuk kaki-kaki surfing!

7 comments:

  1. Whoaaa!!! Encik zuewairy sangatlah tinggi di situ.. :p

    Bestnye jalan-jalan.. Bila entah nk dpat peluang jenjalan camni.. Enjoy enjoy..

    ReplyDelete
  2. Hai Dr Farhana!!

    huhuhuhu.. yeke:)
    enjoy sgt!

    ReplyDelete
  3. amin:
    ada ole2 utk diri sendiri

    ReplyDelete
  4. kalau kt trgnu, dkt ngan smpadan klntn-trgnu, ada satu pantai nama dia pun Pantai Air Tawar. tpi xde la lagenda malin kundang kt sana.. hehehe

    ReplyDelete

Comment