Friday, April 08, 2011

Ceritera 3 hari 2 malam Kuching dan Kota Kinabalu: Gambir Sarawak best! hek3...

5 April 2011

4.30 pagi: bertolak dari Bangi ke ERL Putrajaya untuk ke KLIA

7.10 pagi: sudah berada dalam flight firefly untuk ke kuching, tali kaledar sudah dipasang.. mata mula nak terlelap..tersentak seketika apabila pengunguman "diminta semua penumpang menukar kapal terbang, terdapat sedikit kerosakan" dalam hati berbisik.. "nasib berlaku kerosakan di darat, kalau di udara?"

8.30 pagi: macam pendatang tanpa izin berlari-lari anak ke gate A3 untuk menaiki pesawat MAS.. setibanya di pintu.. semua penumpang tidak dibenarkan masuk kerana tiada tiket khas dari MAS
terasa kecewa seketika.. seperti dipermainkan.. guest assistant fire fly mula memekik nama-nama untuk memberi tiket MAS..
rasa seperti di zaman persekolahan semasa cikgu dalam mood "naik angin" semasa memanggil nama anak murid masa bagi keputusan peperiksaaan.. mendapat nama baru di balai perlepasan.. Mohd Quwairim ok!

9.35 pagi: bertolak ke Kuching dengan menaiki Airbus MAS MH2504.. terdengar suara-suara penumpang lain..
hampeh 1:"ish! asal lambat sangat neh! firefly punya pasal la ni!
hampeh 2: untungla badan penumpang firefly.. tak payah bayar ribu-ribu dapat naik MAS..
mulut longkang kan dorang neh!
ok fine~ ada aku kisah ke.. duduk betulkan kaki.. tido! tetiba.. sir.. breakfast, nasi lemak or murtabak..wah! aku pun tibai la.. Murtabak! dapat breakfast freekan..rupanya dalam satu kapal.. 3 penerbangan bergabung.. MAS+Firefly+Southern China.. boleh bayangkan betapa besarnya kapal tersebut.. terfikir "dah macam Yuna dalam Inspired Me yang terbang bersama pesawat Airbus MAS ke London"

11 pagi: masa penerbangan mengambil masa lebih kurang satu jam 35 minit untuk sampai ke Kuching..
sesampai ja Kuching terus ambil teksi ke Tune Hotels Waterfront..
harga teksi berkupon RM26 ke Tune Hotels mengambil masa lebih kurang 25 minit dari Airport Kuching..
sampai ja.. tak boleh check in lagi.. jalan-jalan dulu..


sampai ja nampak bangunan nih.. DUN kalau tak silap aku.. cantik struktur bangunan dia


bot penambang


ni replika kuching anak-anak ikan..


korang boleh baca mengenai Kuching di sini


history walk

12 tengah hari: jalan-jalan area sungai sarawak.. naik bot penampang untuk ke sebarang.. jalan-jalan mencari kek lapis..dapat satu pesanan dari rakan di UM melalui FB mengenai Sarawak "ko boleh pergi ke Dayang Salhah untuk mencari kek lapis "apa tunggu lagi.. cari la.. makan free beb wa cakap lu.. tuan kedai amat ramah sekali.. kalau tak aku nak bawa balik yang tester jer, tapi kang pelanggan seterusnya tak boleh nak rasa pulak.. hek3..


bersedia untuk boarding.. hek3..


nasib baik kejap jer.. kalau tak pening dah aku rasa.. sebab tehuyung hayang..


fuh! bayangkan kalau ada buaya


sokong BN! tetibe politik pulak.. rupanya time aku g ni penamaan calon


kedai kek lapis..


boleh cuba.. makan sampai kenyang nak balik tak beli pun boleh.. hek3..

2 petang: check in di Tune.. Tido!

5 petang: jelajah waterfront.. melihat pemandangan sepanjang kaki lima sungai.. jangan risau.. jalan kaki anda akan diisi oleh maklumat-maklumat berguna yang diberi nama "history walk" sampai di depan Astana terdengar bunyi meriam.. kalau tak silap aku.. mybe bunyi-bunyi tersebut merupakan salah satu tarikan kenapa ramai sangat yang suka lepak kat area tuh.. sungai sarawak juga dijadikan tempat untuk latihan dragon boat.. kalau tak silap aku..


patung meow2...


Kuching North City Hall


tempat makan korang jangan risau.. banyak tempat yg boleh dimakan..


sebelum ni dorang berenang ke?


River Cruise..




naga!


bot naga! kayuh jangan tak kayuh!


duduk lepak sampai kematu bontot


ni pun macam bersejarah juga.. tapi tak tau nama dia..


monumen bot tambang

7 petang: makan.. layan laksa sarawak.. cantik suasana petang di tepi sungai

8 malam: jalan-jalan bandar Kuching diteruskan dengan mengambil gambar "replika kuching" berasa seperti model seketika coz "kuching-kuching" tu duduk kat dua traffic light.. gila ah.. semua yang lalu lalang tengok.. hek3.. tak kisah.. sah-sah la orang luar kalau ambil gambar kat situ.. aktiviti diteruskan dengan menerjah Tun Tujah, Sarawak Plaza..


laksa sarawak! wajib!


pemandangan waterfront waktu malam




Tun Tujah


Sarawak Plaza

11 malam: minum malam.. tido! kumpul tenaga untuk keesokan hari.. destinasi seterusnya.. Kota Kinabalu..

pesanan kuching:
banyak tempat boleh melawat.. kalau kat Kuching, tempat-tempat macam ni la.. kalau stay lama skit.. korang boleh g banyak lagi tempat seperti kampung budaya dan lain-lain lagi..

10 comments:

  1. DAH DUYA TAHUN TAK PG KUCHING.. I LIKE PASAR SATOK

    ReplyDelete
  2. wahh.. besnyer bercuti.. xmacam aku... negeri kelantan terengganu,perlis pun xpenah jejak tanah ke sana.. apatah lagi sarawak n indon.. isk3..

    http://nash121.blogspot.com/2011/04/perlukah-kita-kaya-raya-dengan-berniaga.html

    ReplyDelete
  3. nas:
    ada peluang nanti pergi la.. hek3..

    ReplyDelete
  4. sarawak memang best!! lain kali datang la lagi tau tapi roger2 la sy ye *sbb sy org Kuching*.heee~

    ReplyDelete
  5. awl thun depan baru nk g travel kat kuiching...x pernah lagi g kuching......ohyaa, lau ke sabah utk kali-3 nnt...g la panjat Gunung Kinabalu ek...

    ReplyDelete

Comment