Saturday, April 09, 2011

Ceritera 3 hari 2 malam Kuching dan Kota Kinabalu: KK banyak juga tempat menarik satu hari tak cukup, nk jumpa kawan lama lagi.. kawan baru lagi!

6 April 2011

6.10 pagi: berlepas ke Kota Kinabalu dari Kuching

7.45 pagi: tiba di terminal dua KKIA, perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam tiga puluh minit dari Kuching.. dalam fikiran "balik kg turun kat Aloq Staq baru 45 minit dari KL" rupanya gedabak kan Sabah ngan Sarawak..

8 pagi: kali ni breakfast tak ditaja oleh pihak penerbangan, malah semasa jualan makanan dan cenderahti penumpang masing-masing senyap..mungkin semua sedang tidur! semasa penerbangan, dua orang pramugari sedang makan nasi lemak sebaris dengan tempat duduk aku bernombor 33.. dalam hati "kesian juga.. nasi lemak 50sen kak limah juga menjadi santapan diudara" walhal dorang jual je nasi lemak kat atas tu.. mybe AirAsia tidak sediakan meal untuk pramugara dan pramugarinya..

9 pagi: bermula jelajah bandar KK.. hek3... pasar filiphina dulu menjadi tempat persinggahan.. tengok apa yang patut.. mutiara, kristal, butang baju... layan.... cantik-cantik belaka... hemoi juga orang-orang Sabah ni.. kak tu suggest p melawat muzium, dan sebagainya..

11 pagi: perjalanan diteruskan dengan melawat muzium Sabah dan Kampung Warisan...


muzium Sabah


Selamat Datang!


Lepa Pasil




nak masuk Muzium Rm2 ja




Koleksi kereta-kereta klasik


Kampung Warisan.. tak jauh dari Muzium

12.30 tgh hari: takdak arah tuju.. kata kak yang jual mutiara kat pasar filiphina tak jauh ngan muzium tu Jambatan Tamparuli.. aku pun tingin nak ushar tengok.. apa yang best!


menggatal hang no!


ni dia Jambatan Tamparuli.. tapi menurut sumber FF (bukan fafau) jambatan ni baru.. yang lama sudah roboh bah...



2 petang: nak singgah juga UMS.. sebab dulu memang rancang nak g, tapi atas sebab-sebab tertentu tak jadi g.. time tu konvo kawan aku A'an.. hek3.. aman ja UMS ni.. dulu kawan aku si A'an ni ada amik gambar nampak sunset, tapi aku tak tau lak tang mana kedudukannya.. best3.. ada rezeki boleh jejak lagi ke sini.. mana tau kot jadi pengajar pulak (doakan) hek3..


masjid UMS

3 petang: check in Tune Hotel 1 Borneo.. letak barang, buat perkara wajib.. terus keluar makan.. bapak besaq gila 1B neh.. cari kedai makan tak jumpa.. rupanya kat Lower Ground.. "mau makan apa bah?"

5 petang: jumpa my senior kat UKM di salah satu restoren dalam 1B.. dia skg menjadi pengajar kat sekolah komunikasi UMS.. borak, gosip, makan, minum.. sampai petang... isu-isu akademik menjadi topik utama..

6 petang: aktiviti diteruskan dengan berjumpa dengan sorang bloggger ini.. Blogger Sabah bah!


siapakah gerangan mamat Sabah ini.. jeng3....

tunggu next entry!

pesanan Sabah:
banyak kawasan yang boleh dilawati di Sabah tapi perjalanan agak jauh.. mengambil masa berjam-jam untuk sampai.. tapi nama pun sesi jelajah kota borneo.. jadi yang ni saja la yang dilawati.. hek3..

6 comments:

  1. Sorry, I Not Really Sabahan 4 Sure.. hahahahahaa

    ReplyDelete
  2. faiz: bukan ko la kiranya!

    ReplyDelete
  3. haha.. ada orang tak ngaku tempat sndiri.

    oow.. patut la, ada dtg jugak UMS ari tu.. errk.. rasanya bukan sekolah komunikasi, nama sekolah tu sekolah sains sosial. mungkin lctrr tu mengajar komunikasi. kan? hehe..

    pesanan terakhir itu sya setuju. haha.. even 3 tahun kat sabah, sya sndiri tak pernah pergi muizum sabah.. sob3!

    ReplyDelete
  4. wan:
    aha.. betul tu.. sekolah sains sosial.. ajar komunikasi.. hek3.. :)

    ReplyDelete
  5. tiba-tiba rasa nak bercuti pula..hehehe

    ReplyDelete
  6. puteri kasih>: yuuuuuuuuuuuk!

    ReplyDelete

Comment