Monday, April 11, 2011

Ceritera 3 hari 2 malam Kuching dan Kota Kinabalu: Sahabat atas talian, menjadi sahabat luar talian dan kekalkan persahabatan diatas talian..

"Dari Perlis sampailah ke Sabah
Kita sudah merdeka
Negara makmur rakyat mewah
Kita sudah berjaya"

Lirik: Malaysia Berjaya

bermakna sangat lirik tuh! kat Sabah ni banyak pulak program.. hek3.. macam menteri suda.. jumpa orang nu, jumpa orang ni.. lepas ja jumpa Kak Hani yang tengah mengajar kat UMS, terus jumpa seorang blogger ni.. rasanya ramai yang dah kenal kot.. kalau tak kenal meh sini aku perkenalkan.. Faiz Farish..

lebey kurang pukul 6 ktorg jumpa kat Lobi Tune.. borak-borak.. dalam kul 8 malam camtu, dengan baik hati Mr Faiz bawa aku jalan-jalan bandar Kota Kinabalu.. malam tu hujan lebat sangat.. jadi, redah juga.. tempat pertama dibawa ke Signal Hill KK.. tempat ni ala-ala macam menara tinjau tapi kedudukan dia atas bukit..snap-snap turun..


berjalan-jalan bersama BINI NO 1 Faiz..


glamer kau Faiz..


FaizFarish blog on BB

walaupun hujan ktorang redah juga pasar malam tu.. mula hujan lebat.. redah pilih apa yang nak beli.. punya pilih lama.. sehinggakan hujan berhenti dan mula turun kembali.. hek3.. susah beb buat pilihan.. dengan bantuan Mr Faiz pilih apa yang patut, kalau nak aku sorang pilih.. mau tiga jam letak ambil, letak ambil..


mau tak rambang mata..


pilih2.. murah2..




menara tinjau bandar KK


snap2.. muka aku macam nak terberak..

balik dari ronda-ronda bandar Kota Kinabalu.. si Faiz ni bawa lepak kat kedai makan ape tah.. aku pun dah tak ingat.. ada orang nyanyi-nyanyi.. ada orang minum-minum.. maksud aku minum air milo, fresh orange macam tu la.. hek3..

lepas lepak, dengan baik hatinya tanpa disuruh si faiz ni tunjuk jalan dan kedudukan terminal satu supaya tak sesat keesokan hari.. coz awal-awal pagi dah nak kena bertolak ke KKIA sebab flight kul9 pagi..

bagus ada kawan macam ni.. dari A sampai Z cita mengenai Kota Kinabalu.. hotel lama, hotel ahli politik dibunuh, jalan banyak hantu, kedai mamak jadi kedai baju melayu sempena hari raya macam-macam lah..

snap-snap dulu sebelum si Faiz ni balik..artis la katakan susah nak ambil gambar! hek3.. nanti aku nak request satu lagu kat kau faiz..





tentang Mr Faiz pada pandangan mata aku *jaga kau faiz, aku kutuk gila-gila nih*:
-aku kenal dia penghujung 2009, sebelum dia keja ngan AirAsia lagi..hanya melalui blog dan YM dan baru-baru ni FB..
-macam mana trend@corak penulisan dia kat blog, macam tu la dia kat luar
-terlalu humble.. sampai tahap aku nak sekeh jer!
-sora kau sedap weh, patut la ko minat menyanyi eh..
-ramah tahap gaban..
-ko cakap, bila org first time jumpa ko, cakap ko poyo.. tapi bagi aku.. memang ko poyo.. hek3.. tapi first time jumpa la..dalam 10 minit pertama jumpa dan agak kemaluan juga! hek3.. maksud aku malu-malu kucing..


click header untuk ke blog beliau

To Faiz,
terima kasih banyak-banyak coz sudi luangkan masa bawa aku jalan-jalan sekitar Kota Kinabalu.. ko kata stay lama ko boleh bawa aku jalan-jalan tempat jauh kan.. next time aku pergi lagi ok! ku nak g Lok Kawi skali..ko tak bawa jalan-jalan.. aku publish apa yang patut kat hp aku.. hek3... eh lupa.. say thanks kat abang kau juga eh.. sebab sudi wakilkan adik dia, menyusahkan abang kau ja *wek*!

pesanan blogger:
ni pertama kali aku jumpa blogger yang dirancang...maksudnya bukan secara kebetulan.. kawan biar beribu kan.. yang jauh senang dijumpa, yang dekat susah bangat nak berjumpa... persahabatan di atas talian melalui YM, FB dan blog.. menjadi erat apabila bertukar kepada persahabatan diluar talian dan kekalkan diatas talian!

"kawan dari Perlis sampailah ke Sabah"

4 comments:

  1. nk g sabah lah...mesti menarik KK..

    ReplyDelete
  2. wahh.. bestnye... destinasi lain la pulak kat sabah.. hehehe.. bro.. ko ade blackberry ker? adehh.. aku teringin la nk ade smartphone.. hehe

    ReplyDelete
  3. urm... sama je nas KK..

    aha pakai BB.. pakai la.. ble BBM.. hek3..

    ReplyDelete

Comment