Sunday, February 26, 2012

Mengeksplorasi Alam di Gunung Berembun dan Air Terjun Chemerung: Hari Terakhir

rupanya tertinggal satu lagi entry untuk siri panjat gunung neh.. hari kedua tu sampai dah jam 2 petang.. jadi masak meggi ja untuk makan tengah hari.. kat rumah makanan ni pandang sebelah mata ja.. tapi kalau dalam aktiviti macam ni.. haiyooo.. nampak meggi macam nampak ayam goreng! sedap! sehingga menjilat jari.. selesai makan tengah hari.. pasang khemah.. tido! aku lah.. kalau orang lain.. dorang g aktiviti bermandi manda..

  bekerjasama dalam menyediakan makanan 


 Pemandangan air terjun lansir dari atas..masa ni ada kabus skit.. kalau tak dah nampak bawah.. kecil jer jalan raya..



 dah makan tengah hari.. tido.. malam makan then tido..

pic bawah ni jam 7 pagi.. kabus!
 









hari ketiga ni turun dah agak lewat.. jam 1030 pagi.. sebelum turun sempat snap pic berjemaah..
 


turun jam 1030 pagi.. sampai bawah jam 630 petang.. boleh bayangkan 8 jam berjalan naik turun bukit.. giler ah.. dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu.. penat.. sungguh penat.. dengan hujan sepanjang perjalanan.. basah kuyup.. dengan bawa beg basah.. jinjing khemah lagi.. fuhh!


sampai bawah.. solat, makan makanan ringan skit.. sebab sini takde jual makanan yang berat.. eh lupa..ade meggi jer makanan berat yang dijual.. meggi lagi... kul1030 malam baru keluar dari Hutan Lipur Gunung Berembun ni.. sampai Taman Desa Bayu Melaka jam 1030 malam.. perjalanan yang agak panjang sebab ada kejadia yang tak dijangka berlaku.. aku boleh katakan ekspedisi ni 3 Rasa.. dan membawa 1001 kenangan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata ;)

1 comment:

Comment