Showing posts with label Mengeksplorasi Alam di Gunung Berembun dan Air Terjun Chemerung. Show all posts
Showing posts with label Mengeksplorasi Alam di Gunung Berembun dan Air Terjun Chemerung. Show all posts

Sunday, February 26, 2012

Mengeksplorasi Alam di Gunung Berembun dan Air Terjun Chemerung: Hari Terakhir

Sunday, February 26, 2012
rupanya tertinggal satu lagi entry untuk siri panjat gunung neh.. hari kedua tu sampai dah jam 2 petang.. jadi masak meggi ja untuk makan tengah hari.. kat rumah makanan ni pandang sebelah mata ja.. tapi kalau dalam aktiviti macam ni.. haiyooo.. nampak meggi macam nampak ayam goreng! sedap! sehingga menjilat jari.. selesai makan tengah hari.. pasang khemah.. tido! aku lah.. kalau orang lain.. dorang g aktiviti bermandi manda..

  bekerjasama dalam menyediakan makanan 


 Pemandangan air terjun lansir dari atas..masa ni ada kabus skit.. kalau tak dah nampak bawah.. kecil jer jalan raya..



 dah makan tengah hari.. tido.. malam makan then tido..

pic bawah ni jam 7 pagi.. kabus!
 









hari ketiga ni turun dah agak lewat.. jam 1030 pagi.. sebelum turun sempat snap pic berjemaah..
 


turun jam 1030 pagi.. sampai bawah jam 630 petang.. boleh bayangkan 8 jam berjalan naik turun bukit.. giler ah.. dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu.. penat.. sungguh penat.. dengan hujan sepanjang perjalanan.. basah kuyup.. dengan bawa beg basah.. jinjing khemah lagi.. fuhh!


sampai bawah.. solat, makan makanan ringan skit.. sebab sini takde jual makanan yang berat.. eh lupa..ade meggi jer makanan berat yang dijual.. meggi lagi... kul1030 malam baru keluar dari Hutan Lipur Gunung Berembun ni.. sampai Taman Desa Bayu Melaka jam 1030 malam.. perjalanan yang agak panjang sebab ada kejadia yang tak dijangka berlaku.. aku boleh katakan ekspedisi ni 3 Rasa.. dan membawa 1001 kenangan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata ;)

Thursday, February 16, 2012

Mengeksplorasi Alam di Gunung Berembun dan Air Terjun Chemerung: Hari Kedua

Thursday, February 16, 2012
pendakian di teruskan untuk hari kedua..tujuan utama adalah untuk menawan puncak Gunung Berembun bermula jam 730 pagi semua dah berkumpul, aktiviti dimulakan dengan memanaskan badan dan terus jalan...






macam biasa.. terpaksa harung air terjun, anak-anak sungai... dan check point yang pertama untuk hari yang kedua ialah di kawasan Kem Y



 Orked Hutan

perjalanan diteruskan lagi untuk sampai ke klimaks iaitu Puncak Gunung Berembun.. 



sampai di puncak gunung berembun tepat jam 1130 pagi.. empat jam amik masa dari Kem Balak ke puncak.. berehat seketika..




selesai bergambar.. perjalanan diteruskan ke Kem Lansir.. iaitu kawasan bermalam untuk hari kedua.. penat wohhh! hari sebelum semua bising sebab kena panjat bukit curam segalanya.. kali ni turun pun still bising sebab turun memerlukan kekuatan otot kaki yang sangat kuat.. kalau tak kuat.. sebelum nak sampai.. rebah, terpelecot, terseliuh dan sewaktu dengannya..



gambar di kawasan Kem Lansir.. tapi belum sampai lagi neh.. ada lima minit lagi perjalanan untuk ke Air Terjun Lansir..

Tuesday, February 14, 2012

Mengeksplorasi Alam di Gunung Berembun dan Air Terjun Chemerung: Hari Pertama

Tuesday, February 14, 2012
10 hingga 12 Feb lepas diberi peluang untuk menjadi pengiring kepada team Kelab Kembara Biro Sukan dan Rekreasi KUIM.. panjat gunung woh! ni buat pertama kalinya aku join bendalah yang agak mencabar bagi aku.. sebab satu, tandas ntah ke mana.. susah kot nak buang air besar.. tu yang paling mencabar..

perjalanan bermula 9 Feb 930 malam dari KUIM dan sampai di Hutan Lipur Chemerung pada jam 630 pagi.. lama juga tu.. owh! satu.. setibanya aku di Terengganu maknanya baru langkaplah cuti-cuti satu Malaysia.. sebab sebelum ni cuma Terengganu saja yang belum ku jejak!.. jadi sekarang dah lengkap! ngeh3..

setibanya di hutan lipur, aktiviti diteruskan dengan aktiviti memanjakan diri di bantal wokkey~ giler ko drive dari KUIM sampai Terengganu.. sape cakap tak letih? even bukan aku yang drive.. keh3.. aku cuma menjadi badut untuk untuk berjaga dan merapu supaya driver tak tido..


thanks Kak Aini.. candid pic ni.. masa ni dah kelaut mimpinya..

lepas tido berkumpul dan diteruskan dengan aktiviti memanaskan badan.. panjant gunung jam 1030 pagi..






bukan setakat panjat gunung, kena meneberangi sungai lagi.. mencabar-mencabar..



yang bestnya bila naik gunung ni tenang sangat.. tenang bila dah sampai la.. sebab masa panjat penat gila.. yang tak minat panjat gunung ni dalam hati asyik "bila la nak sampai" "kenapalah aku join panjat gunung" "asal la tinggi sangat" "kenapa la tak buat eskelator".. korang boleh lihat keindahan alam ciptaan Tuhan.. indah-indah belaka.. dengan bunganya, daun serta pokoknya.. hijau.. sejuk ja mata memandang..

Periuk Kera

dalam pukul 130 petang juga sampai di Kem pertama iaitu Kem Balak.. bila nampak ja sungai ni.. terus hilang rasa letih.. cantik dan sejuk gila!






kat sini masak untuk makan tengah hari ja.. makan makanan yang paling sedap! maggi pilihan utama.. kat rumah selalunya tak pandang langsung.. tapi atas gunung.. kalau baju kasut boleh makan.. semua nak makan.. menunjukkan batapa laparnya.. pada awalnya dalam perancangan tak bermalam kat sini tapi disebabkan ada satu masalah besar.. jadi terpaksalah bermalam di sini satu malam...perjalanan diteruskan esok hari tepat jam 730 pagi..