Friday, October 19, 2012

Catatan Perjalanan: Krabi, Ao Nang Beach, Phi Phi Islands (31 Ogos - 2 Sept 2012)

Catatan Perjalanan: Krabi, Ao Nang Beach, Phi Phi Islands (31 Ogos - 2 Sept 2012)

Rombongan Cik Kiah yang diketuai oleh Kak Suraya bersama committee yang lain Abg Winit, Linda dan Suami, Tati dan suami, Kak Linda, Suhana, Nadia, Pony, Farid dan Hasren.. bertolak seawal jam 7.45 pagi pada 31 Ogos *merdeka tu check point tempat jumpa Danok. Jadi dari rumah ke Danok tak jauh.. dalam 5 minit boleh sampai tanpa nak cop passport segala.. tapi dah kena cop, tahan ngan UPP dan segala.. jadi la lebih kurang 10 minit.. 

berbalik kepada perjalanan ke Krabi mengambil masa lebih kurang 4-5 jam dari Danok.. tapi disebabkan singgah makan dan ke tempat riadah yang lain jadi la 7 jam baru sampai Krabi.. sebab apa memilih van? sebab nak tengok alam sekitar Thailand.. baru boleh kata jauh perjalanan luas pemandangan.. kalau naik flight.. tak nampak la alam sekitar Thai yang cantik.. apa yang lebih dan apa yang kurang dari negara kita..




Persinggahan pertama di Le Khaokob Cave.. pergh! terbaik! harga satu sampan tu lebih kurang 90 ringgit kalau tak silap.. kawasan ni tak sampai lagi Krabi.. kat Trang.. satu sampan boleh naik 4-5 orang.. masuk gua guna sampan.. biar gambar yang menceritakan..



Boleh bayang nak masuk lubang kat depan tu??










dalam pukul 3 juga sampai.. stay kat PK Mansion.. tak jauh dari pantai Ao Nang.. tak sampai 5 minit pun.. bilik ok... bilik harga sekitar RM 70-80 untuk satu malam.. ikot musim katanya..






Pantai Ao Nang..



Big Boss bersama suami.. honeymoon katanya.. hehehe





sampai jalan-jalan pantai Ao nang.. malam g night market krabi.. cuci mata.. buka sampai jam 10 malam.. waktu Thai ya.. 


gambar atas lori.. hari kedua nak ke Phi Phi Island.. untuk Phi Phi Island.. boleh ambil pakej.. satu kepala dalam RM90+ Makan Tengah hari.. BERBALOI! bawa p pulau-pulau sekitar Phi Phi Island.. kalau g krabi tak g Phi Phi Island tak sah la.. pakej bawa snorkeling dua tempat.. bukan tepi laut ya snorkeling.. tapi tengah laut.. mencabar kot.. kalau kat Malaysia.. bot tinggal kat pulau, pastu p snorkeling sendiri tapi ini tidak.. di tengah laut ushar ikan-ikan cantik OK.



diberi penerangan sebelum bertolak.. 




tengok yang baju hitam ngan merah sudah.. jangan tengok kiri kanan dia.. sat lupa habis ilmu yang ada di kepala.. kah kah kah..


Persinggahn pulau yang pertama







ni dah sampai tempat snorkeling.. tengah laut Ok.. bukan pesisir pantai..

Maya Beach... kalau sapa tengok cerita Hollywood The Beach.. sinematografi dilakukan disini..





itulah serba sedikit catatan perjalanan Krabi.. modal tak banyak.. semua dalam RM250.. termasuk van, tdo dan pakej ke Phi Phi Island.. makan tak banyak pun... ikot perut la senang.. kalau perut kecik wangnya juga kecil untuk makannya, kalau perut besar? pandai-pandai la kira..



Thanks a bunch sahabat-sahabat sekalian.. impian untuk naik van ke Krabi ni dah lama impikan.. akhirnya ku jejaki Krabi, dan Phi Phi Island... Next trip??? Phuket? Indonesia?

6 comments:

  1. nak tanya pakej ke phi-phi ambil kat mana?

    ReplyDelete
  2. Ambil kat hotel yg saya stay tu :)

    ReplyDelete
  3. Klw dari danok ke karabi naek keta sndiri ok ke sewa taxi je sb g b2 honeymoon. Pastu bpa jam ae pjalanan? Sya g gamble je xde mek pakej2 pun. Ke karabi xperlu naek feri ke

    ReplyDelete
  4. Nina, better naik kereta sendiri.. Dalam 4 jam perjalanan. Pastikan declare kereta sebelum masuk.. Tak perlu.. Kecuali nak g round2 pulau..

    ReplyDelete
  5. Ada no contact van siam x?..

    ReplyDelete
  6. Ada no contact van siam x?..

    ReplyDelete

Comment