Friday, October 19, 2012

Bandung Syurga Membeli Belah!

Catatan: Perjalanan 28 Jun 2012 hingga 1 Julai 2012

sampai juga akhirnya di Bandung dengan menaiki penerbangan Air Asia dari Penang ke Bandung yang mengambil masa lebih kurang 2 jam 45 minit.. 

apa yang boleh aku kongsikan Bandung tempat wajib yang patut dilawati jika ingin ke Indonesia selain-selain tempat lain yang menarik.. kepada mereka yang gilakan shopping... ya! ini memang tempatnya..  

pada hari pertama sampai.. sampai pun dah lewat jadi terus check ini.. tapi ada masalah skit.. gaduh segala baru la dapat transfer ke motel lain... Bantal Guling kedudukan di atas Bukit.. cantik kot tempat dia.. keindahan alam ciptaan-Nya.. sejuk! macam Cameron juga la lebih kurang.. By the way.. Bandung ni pun kedudukan dia tanah tinggi.. pada waktu malam suhu dia boleh mencecah 21-25C sejuk! jadi bawa la baju sejuk.. kalau siang tu panas la juga.. tapi tak la panas macam kita sekarang ni.. 

Tempat yang wajib dilawati, Ladang Strawberry, Tengkuban Perahu, Kawah Putih dan beberapa tempat lagi.. nak diingatkan sesiapa yang nak g jalan-jalan.. jangan amik pakej dari Malaysia.. sampai sana baru pilih pakej.. hotel/motel/rumah tumpangan/pink house yang bakal anda stay mungkin ada pakej-pakej yang menarik yang lebih murah jika ambil di Malaysia...

Untuk kaki shopping.. macam biasalah kalau nak beli kain-kain sulam dan sebagainya.. Pasar Baru tempatnya... kalau nak barang brand factory outlet boleh pergi ke Jalan Riau dan Jalan Dagor kot.. tak ingat dah.. tapi nak bagitau siap-siap.. tolong sediakan wang yang mancukupi... sebab???? sangat-sangat-sangat murah OK!!! RM1000 anda boleh beli untuk stok 1 tahun punya.. siriyes!! kalau nak beli kasut ada tempatnya juga.. Cibaduyut kalau tak silap... murah!!!

 pemandangan dari Bantal Guling












jadi kepada sesiapa yang nak g ke Bandung

  1. Bawa wang yang cukup.. nak beli kain baju, brand, kasut.. ambil hotel yang berdekatan tempat yang anda aim nak g.. kalau nak pergi ke pasar baru.. pilih hotel/motel yang berdekatan.. yang paling dekat Jalan Pak/Che Ajis..
  2. Kain- Pasar Baru, Factory Outlet - Jalan Riau dan Jalan Dagor, Kasut - Cibaduyut
  3. Wallet/ hand beg kecik sudah tempat buh duit.. banyak penyeluk saku.. especially tempat menjadi tumpuan ramai seperti Pasar Baru
  4. Kalau ke kawah domas - jangan tertipu dengan tourist guide dia yang melengah-lengahkan masa anda.. nanti duit jadi ratus ribu sebagai upah 

Selamat Bercuti!

1 comment:

  1. Assalamualaikum Wr,Wb,. Tuan /Puan

    salam ... terimakasih banyak banyak sudah sudi memberikan ruang kosong untuk promote pengkhidmatan transport saya di blog yang best sangat ini

    Yuk!! ke Bandung shoping & liburan. dika ada menyediakan Khidmat Transport Di Bandung & Jakarta. Pemandu berpengalaman, berterampilan kemas, jujur, peramah & sopan
    (Company Name : diekha tour)
    Jenis Kereta: Innova, Avanza, Apv Suzuki, Coster & Bas.

    Anda boleh melawat beberapa tempat menarik di Bandung dengan menggunakan perkhidmatan yang menyediakan kereta yang dikhaskan untuk di sewa di Bandung, dan anda boleh memilih kereta yang sesuai untuk anda gunakan di Bandung. Anda hanya menulis e-mel kepada kami atau hubungi kami, pemandu kami dengan kereta yang anda perlukan akan mengambil anda di mana-mana di Bandung.

    diekha tour membantu anda untuk meneroka Bandung, tempat untuk membeli-belah di Bandung, tempat untuk makan dan melihat pemandangan di Bandung, panduan kami akan membantu anda meneroka Bandung City. Dan membawa memori manis.

    Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej) Bandung Dalam Bandar

    Kereta Taip Daily/14 jam

    Suzuki APV ( 7seat )
    Toyota Avanza ( 6seat )
    Toyota Innova ( 7seat )
    KIA Pregio ( 10seat )
    Isuzu Elf ( 11-15 seat )
    Isuzu Elf Long ( 16 seat )

    * semua dalam pakej termasuk pemandu, petrol, tol, makan pemandu.



    Email: diekha38@gmail.com;
    phone +whats app: +6281 320 627 412
    Fb. : diekha38@gmail.com / pusing pusing bandoeng

    ReplyDelete

Comment