Saturday, July 27, 2013

Phuket, Thailand. Nightlife!

Krabi dah sampai kali ni ke Phuket pula.. haritu ke Krabi naik van juga, kali ni ke Phuket pun tempah van untuk tiga hari dua malam dari 5 sampai 7 July 2013. Perjalanan ke Phuket cuma tambah lebih kurang dua jam lebih sikit dari Krabi.. perjalanan dari Bukit Kayu Hitam ke Phuket mengambil masa lebih kurang 9 jam perjalanan. Kami bertolak lebih kurang jam 7 pagi dari check point pertama iaitu Bukit Kayu Hitam. 

Sampai Check point kedua Danok orang sangat ramai nak cop passport. Terpaksa beratur panjang dan mengambil masa lebih kurang satu jam juga untuk beratur. Perjalanan dari Danok bermula jam 9 pagi dan sampai ke Phuket lebih kurang jam 5:30 petang.. kali ni p dua biji van sebab 21 orang yang join. 

Phuket aku boleh katakan sebagai kota kecil hiburan. Especially Bang La Road dan Paradise Complex. Kalau ke Bang La Road tu tak payah la nak bawa budak kecil aku rasa.. kurang sesuai. Sebab banyak perempuan-perempuan seksi meksi seksa kat jalan tu.. ala-ala tarian tiang.. ado faham? jadi kurang sesuai lah.. sepanjang jalan akan nampak perempuan-perempuan yang macam tu.. Jadi kalau nak p Bang La Road. Tinggal anak, tinggal bini.. boleh? Kah Kah Kah..

Hari pertama tak ke mana-mana.. sampai pun dah letih jadi ke Bang La Road saja lah.. cuci mata. Check In kat Hotel Area Patong Beach dengan Rate RM60-80 ringgit sahaja satu malam. Kedudukan hotel ini berhadapan dengan Andaman Beach and Resorts Patong Beach Thai. Bab nak tido ni janganlah risau sebab banyak sangat hotel-hotel atau motel murah di sini.

Sebelah malam g Bang La Road.. Thai ada, Russian ada.. mana mau? pilih-pilih. Kah kah kah. Bab makan jangan risau. Sebab kedai makanan Islam banyak juga.. tapi kena pandai pilih kawasan. Kena amik tut tut dan suruh bawa ke kedai makanan Islam. Kedudukan lorong kedai makanan Islam tu ada masjid. Tak ingat la nama-nama kedia makanan tersebut. Kalau tak bawa ja maggi ke, roti ke.. sebab kat Seven Eleven kebanyakan makanan kurang halal.. jadi untuk selamat bawa la apa yang patut.

Hari kedua Island Tour ke Phi Phi Island.. sebenarnya kalau nak ikutkan aku dah pergi pulau-pulau ni masa ke Krabi dulu.. last year. Tapi nak bawa kawan-kawan aku yang datang dari jauh, ada yang dari Shah Alam, Kuantan, Jengka, Skudai jadi pergi skali lagi.. cuma berbeza dengan trip Krabi dulu yang di Phuket ni ke Kai Island.. harga pakej untuk seorang lebih kurang RM125. Tour dari jam 9 pagi sampai jam 4 petang. Lebih kurang sehari.. termasuk Lunch. Kalau di Krabi nak ke Jetty sekejap saja. Tapi di Phuket perjalanan dari Patong Beach ke Jetty untuk ke Island tour mengambil masa lebih kurang 45 minit. Boleh layan gambar dulu..




























jangan lupa cuba makanan-makanan Halal di tepi jalan.. kalau bersih boleh la beli.. kalau bab berjalan ni kebersihan jangan dilupakan. Cuba Banana Pancake. Sodap!



dan satu lagi.. luangkan masa untuk massage kaki ka, badan ka.. terpulang.. jangan risau massage ni tak dak unsur 18SX. Kalau ada laki bini nak p jangan risau.. boleh masuk skali dan buka tirai yang menjadi penghadang tu. Risau takut diapa-apakan. Sebab massage Thai ni tabooo skit. Kalau sebab massage thai mesti orang akan fikir *ting! *18SX










Hari ketiga check out jam 9 pagi waktu Malaysia.. terus ke kedai-kedai sekitar Phuket beli buah tangan untuk dibawa pulang.. keluar dari Phuket dah lewat lebih kurang jam 2 petang dan sampai di Hatyai lebih kurang jam 8.30 malam 7 July.. sampai Hatyai singgah ASEAN Trade jap. Shopping apa yang patut.. jadi trip ni bukan sahaja ke Phuket malah ke Hatyai.. sampai di border jam 11 malam. 


Tips:

  • Hotel boleh g cari terus di Phuket. Disarankan stay area Patong Beach. Nightlife Beb!
  • Tut-tut banyak tapi bahaya skit. Takut kena ketuk. Jadi disarankan jangan guna tut tut. Sebab kawan aku sendiri sesat dia amik tut tut RM20 untuk perjalanan yang tak sampai 1KM.
  • Kedai makanan Islam ni kurang skit.. kalau jalan ke Bang La Road banyak kedai makanan. Janganla dok percaya sangat sebab kadang-kadang depa bagi salam dan sebagainya. Jadi kena pandai betul-betul. Bagi aku Phuket ni tak la darurat lagi la.. sebab ada kedai makanan Islam tapi kena pandai cari.
  • Beg tangan especially perempuan.. kena jaga-jaga sebab sini bukan sahaja lelaki yang boleh jadi pencopek tapi golongan maknyah juga merupakan pencopek utama di area Patong Beach ini.

3 comments:

  1. wahhh mcm best ja, pantai pun bersih. . . . kena jgak g mlawat ni :)

    ReplyDelete
  2. blog awak masuk majalah REMAJA! tahniah! ^_^

    ReplyDelete
  3. The characteristic magnificence of this island will make voyagers enamored and everybody will craving to visit this place over and over. There is much excitement zones accessible in this Thai island that will make you captivated. luxuryrentalphuket.com

    ReplyDelete

Comment