Sunday, October 20, 2013

Ho Chi Minh, Vietnam sebagai pilihan destinasi Travellog September 2013




Kali ni Ho Chi Minh City menjadi pilihan untuk bercuti hujung minggu seketika. Macam biasa konsep backpacker lah menjadi pilihan dan masih mengekalkan moto 'meminimumkan kos' boleh? HAHA

Tarikh perjalanan 27-29 September 2013 pilihan kapal kali ini adalah MAS.. sebab saya merupakan salah satu family MAS.. ada special price skit kat situ. Perjalanan Jumaat tu ambil flight tengah hari dan perjalanan dari KL ke Ho Chi Minh City tak lama mana pun dalam Dua jam lebih sikit. Sempat la nak tengok satu movie + makan minum dulu sebelum sampai. 







Bertolak dalam pukul 250 petang dan sampai di HCM dalam pukul 5 lebih macam tu. Waktu di HCM lewat sejam daripada Malaysia, dalam kata lain kalau pakai jam Malaysia tolak (-) sejam sahaja. Sampai kat sana ada kawan aku dah tunggu si Son Nguyen Thai..memang jati Vietnam. Kawan masa zaman master dulu kat UKM. Kami kenal pun bukan atas dasar classmate, tapi dia yang nak kawan ngan aku masa tu. Boleh macam tu? #bajetartis

Aku dah janji dengan dia awal-awal bagitau siap-siap flight pukul bapa dan bapa hari kat sana. Senang. Tapi tu la.. nak bawa aku makan tempat yang tak halal.. aiseyyyy.. No. No. No.



Tapi jangan la dok risau bab makan.. sebab makanan senang dapat kalau kat District 1 ni.. kedai makanan Islam berlambak.. jangan was-was na.. makan ja. Bukan apa.. sebelum pi ni aku buat juga la research pasai semua ni.. ada yang kata owner dia memang Vietnam la.. kedai saja buh pelekat halal la.. sebab pelekat halal kat sana macam sticker motosikal senang nak dapat kat mana-mana. Tu aku tak pasti. Yang pasti. Yakin dan makan tanpa was-was.. kalau nak was-was juga.. bawa roti+maggi. #feelingkurus


snack berperisa lipas dan ulat.. sedap dimakan begitu saja! 


Pilihan hotel ni masalah. Geram pun ada. Pada awalnya aku tempat kat Agoda Saigon Pink 2 Hotel. Tapi bila sampai sana hampagas betul dia kata full dan dia bagi hotel yang tak jauh daripada hotel tu. Jauh tak jauh pun, lapaq juga la bila dah sampai. Agoda ni sesekali fikir macam melampau pulak. Tapi fikir balik nak salah Agoda ke nak salah owner hotel. Masa p Bandung dulu pun macam ni juga. Nasib baik la p letak hotel yang ok juga. Jadi selama dua malam tu aku stay kat Halo Hotel. Hotel not bad.. sesuai lah dengan moto "meminimumkan kos" #bajet2013


sempat juga la buat networking.. hahaha.. ni Ass Manager Halo, Mr Hiroshi owner dia orang Jepun. Puji-puji skit lepas ni senang tak payah nak booking Agoda kalau nak p pulak.

boleh bersiram dengan tenang.. dan boleh membuang hajat sambil tengok pemandangan di luar.. jangan risau tingkat 5 ni.. dan buang hajat pun tak tension sebab dapat tengok view.. HAHA


ni view dari bilik.. tu bangunan Ban Than Market yang popular tu.. kain cotton lah.. barang kulit lah MURAH GILA! yang tu ja cheq buleh habaq kat hampa.

Ben Than Market tu dalam seminit ja jalan kaki.. ntah. rasanya tak sampai seminit dari hotel. Kedudukan hotel amatlah strategik. Malam jangan lupa p night market pulak. Yang tu best.. Selama dua malam berturut-turut aku p lepas maghrib. Pukul 130 pagi baru balik bilik. Night market tak la besar pun tapi seronok p menyembang survey harga. Orang yang berniaga kat night market ni sangatlah bagus. Baik. Cuma broken english. Ayat yang simple-simple depa fahamlah. Kalau nak beli sebiner ka, better beli kat night market ni lah. Murah. Ben Than tu cekik darah.. kalau nak beli kat Ben Than Market depa letak sampai 600 ribu dong bargain dengan harga yang paling rendah serendah 50 ribu dong. Nampak tak permainan disitu. Kalau nak tukar duit tukar kat HCM murah lagi dari Malaysia. Nak beli kat pasar Ben Than Market pakai RM lagi ok. Tapi kalau pakai Dollar lagi untung.. sebab kat tangan aku ni ada kalkulator jadi.. KIRA! jangan malas. KAH3 #bajet2013


nak naik teksi pilihla Vinasun sebab teksi ni pakai Meter. Naik ja teksi suruh dia On Meter. Takut satg dia tipu. Sampai sekerat jalan dia letak harga tinggi, kalau setuju diateruskan perjalanan kalau tak setuju dia turunkan ntah kat mana-mana.. ada berani? #watakkenabeb #Alhamdulillah



yang tu la serba sikit. Boleh p melawat Post Office dia dan Church lama nama dia Saigon Notre Deme Basilica cantik tempat dia.. aku p tapi round-round naik motor tak sempat nak snap pic. Hari ketiga tu nak p lepak.. tengok-tengok hujan la pulak. Habis camne? #kesian







see.. apa yang aku rompak dengan duit kat sana.. Jangan tak tau.. Prada Lace 25 meter, Kain satin 48 meter. Iols jadi tukang jahit ler lepas ni uols.. HAHAHAHA.. 

itulah serba sedikit.. time balik Son bawa kawan dia.. ada la sesi soal jawab skit. Pasal agama dan sebagainya.. yang menarik kawan Son tanya pasai apa tak ble makan daging B.A.B.I.. oinkk oinkk oinkk.. ha langkap ngan bunyi.. aku pun terang la.. depa ni susah skit nak faham dulu masa kat UKM si Son ni pernah bagi Maggi perisa oink onik tau. Terkejut aku. Dia kata ni bukan bagi daging, just perisa ja. 

Dik oi, pintu neraka nun p makan bendalah tu. 


sembang, gelak segala salam peluk bagai.. Terbanglah pulang... 



Tips:
  1. Tukar duit sikit kat Malaysia sebab nak naik teksi Vinasun bermeter tuh, selebihnya tukar kat sana better pakai RM atau Dollar lagi ok. Bawa Kalkulator.
  2. Makan jangan risau ada.. makan tanpa was-was ok. 
  3. Peniaga sana ada yang boleh bertutur bahasa Melayu jadi tak perlu risau.. 
  4. Tak payah la nak guna BI Amerika ka, British ka.. guna simple-simple sudah bagi depa senang faham
  5. Kalau nak beli kat night market beli kat orang jual tak dak khemah.. sangat-sangat murah.. sebab depa ni tak bayar tapak rasanya, sebab aku dan nampak malam tu polis lalu depa lari merata ala-ala bom nak meletup. 
  6. Ada pakej ke Mekong per pax dalam RM90 macam tu.. dan banyak travel agent jadi jangan risau. 
  7. Ada apa-apa soalan mengenai vietnam tinggal la komen atau email sahajo ke zwairy86@gmail.com







3 comments:

  1. AS SALAM REALLY INTERESTED TO BUY WHOLESALE OF PRADA LACE AT VIETNAM BUT DONT KNOW THE EXACT PERSON TO CONTACT AND LIASE BUSINESS ONLINE. PLEASE EMAIL ME AT ctnina301@yahoo.com IF YOU CAN HELP ME ON THIS THANKS

    ReplyDelete
  2. Bulan 5 ni baru travel pi vietnam tak sabar nk beli prada lace 2..

    ReplyDelete
  3. KEDAI KAIN D BEN NATH MARKET +84909712634 (PE LIN)

    ReplyDelete

Comment