Showing posts with label Langkawi 2012. Show all posts
Showing posts with label Langkawi 2012. Show all posts

Friday, June 01, 2012

Keindahan Pulau Payar Pulau Langkawi bersama Payar Rangers!

Friday, June 01, 2012
Cerita 25 May.. a.k.a Jumaat lepas.. harini baru update.. sebelum ni bila dikatakan kerap juga aku g Langawi tetapi tidak pernah sama sekali menjejak kaki ke Pulau Payar.. cuma kali ni ambil kesempatan.. menyelam sambil minum air.. sambil makan kenduri ambil la peluang ini untuk menjejaki Pulau Payar yang dikatakan begitu indah panoramanya.. kali ni bersama ahli-ahli akademik UUM..

Perjalanan dari Kuala Perlis awal-awal pagi lagi.. Feri jam 7 Pagi... sampai Jetty Langkawi Jam 8.15 pagi... sempat lagi untuk breakfast dan simpan beg..


Bruno Marikh dan Lady Gagah!

 Maria Ozawa.. hahaha..

lepas simpan beg terus breakfast dan tunggu turn untuk naik ferry ke Pulau Payar.. pada awalnya aku ingat g Pulau Payar macam g Island Hoping naik boat fiber tu.. owh! rupanya tidak.. naik ferry sama seperti naik ferry dari Kuala Perlis ke Langkawi.. Perjalanan dari Jetty Langkawi ke Pulau Payar mengambil masa kira-kira satu jam perjalanan lebih kurang 35KM dari Pulau Langkawi..

Geng Polkadot Gigi Luruh

dalam ferry ke Pulau Payar.. 




Ferry ke Payar ni tak boleh berlabuh di Jetty.. dia ala-ala Star Cruise la juga.. dia berlabuh agak jauh dari jetty then kena naik bot ala-ala tongkang bawa barang.. tapi ini tongkang bawa pelancong.. ada kerusi ok..  pening-pening juga la.. sebab kedudukan kerusi..



Pulau Payar!
 
 
Lihatlah keindahan alam ciptaan Tuhan.. Keindahan Pulau Payar! amat tenang sekali.. lautan yang jernih.. ikan bewarna warni.. fuh! tenang!
Layan Gambar...














Ferry dari Jetty ke Pulau Payar jam 930 pagi.. sampai jam 1030 pagi.. diberi masa sampai 3 petang untuk snorkeling.. yeah! memang tak buang masa.. snorkeling sampai jam 3 petang.. ada yang hampir lemas.. ada yang muntah.. ada yang pening.. macam-macam ada.. semua itu merupakan kenangan.. kenangan manis + pahit untuk sapa yang nak lemas + masin untuk sapa yang tertelan air masin.. keh keh keh.. untuk pengetahuan tahap kemasinan air laut Pulau Payar amatlah tinggi daripada air laut biasa..

time naik ferry dari payar ke langkawi semua tidoq terleleh.. ada yang tidoq ala-ala ombak rindu.. ada yang tidoq macam kat rumah.. dan ada tidoq macam lalang.. sat-sat kepala belah kanan.. sat-sat sebelah kiri.. aku? tak boleh tidoq.. sebab terlalu sejuk.. pakai pakaian basah.. Cerdik!






untuk percutian Payar Ranger kali ini.. satu malam RM200 termasuk ferry return, tido satu malam kat homestay, kereta avanza dan kancil +petrol, aktiviti ke pulau payar (ferry+lunch+equipment snorkeling) dan jamuan makan malam di Kuala Perlis.. jimat!

Monday, January 30, 2012

Satu Menda Lagi tak cerita.. Corrie Motel Langkawi!

Monday, January 30, 2012
tertinggal satu entry pasai motel di Langkawi.. promo! promo! free free ja aku promo motel Cahrlie ni.. hahaha.. En Shukri, lepas ni kena bagi murah lagi.. keh keh keh... aku tdo kat Charlie tapi di bawah Charlie ada Corrie Motel.. harga dalam lingkungan RM110-120 untuk satu bilik yang ada katil queen 2 biji. Macam biasa la.. dalam bilik bersih dan kemas.. ada tv, peti sejuk, bilik air lengkap! teramat selesa jika nak dibandingkan dengan Sugary Sand sebelum ni.. kami pilih.. eh kami ke? aku pilih motel ni sebab kedudukan dia tepi pantai.. nak kata tepi sangat pun tak la juga.. tapi, kalau jalan setapak dua dah sampai ke pantai tengah..


  tv, peti sejuk

ada balkoni untuk cuci mata.. ngeh3


ni pintu masuk ke Charlie.. 


ni Corrie Motel.. dia ada lapan bilik ja.. 
atas empat, bawah empat..


BTW, untuk percutian kali ni 3 hari 2 malam untuk fitri dan 2 hari satu malam untuk aku ngan jang, lebih teratur..  kami kumpul rm200 sorang.. kira rm600 semua untuk tiket feri pergi dan balik, kereta sewa, bilik motel untuk dua malam, cabel car, island hopping, teksi untuk fitri balik g airport dan juga minyak dan tol untuk mat jang n fitri dari penang ke perlis dan dari perlis ke penang.. eh! termasuk juga parking kereta kat Kuala Perlis..

terima kasih juga untuk rakanku Azila yang banyak tolong.. ngeh3..

Tuesday, January 24, 2012

Island Hopping Hari Kedua!

Tuesday, January 24, 2012

tak sah la kalau g Langkawi tak amik pakej Island Hopping kan.. destinasi persinggahan yang sama dari tahun 2009 iaitu Tasik Dayang Bunting, Bagi makan Helang dan Mandi Laut di Pulau Beras Basah.. tapi cuma harga yang berbeza.. dulu amik ngan travel RM35, tapi kali ni amik ngan chalet cuma RM25 sahaja.. murah kan?

Jadi kali ni dah pakai mengikut tema yang betul, bersedia untuk mandi di Tasik Dayang Bunting, dan Pulau Beras Basah.. kat Pulau Beras Basah tu berjemur ala-ala orang putih! *tak sedar kulit hitam, berjemur xdak beza.. keh3.. Island Hopping yang amik masa labih kurang 4 Jam ni pelancong akan dibawa ke Tasik Dayang Bunting.. boleh mandi.. peringatan sila bawa pakaian mandi, lepak satu jam kat situ then g bagi helang makan.. makanan korang toksah risau, pemandu boat tu dah ada.. Helang hanya makan kulit ayam sahaja ya.. lepas lepak tengok helang, terus dibawa ke Pulau Beras Basah.. untuk mandi.. best2!

Tasik Dayang Bunting





Acara Bagi Makan Helang



dan check point terakhir mandi di pulau beras basah!

air dia jernih gila + sejuk? bagaimana Diah? sudah rencana.. hehehe =)

Kereta Sewa Murah kat Langkawi!

Tuesday, January 24, 2012
kereta sewa aku amik dekat Sham dengan Hanafi.. mula-mula aku surf kat Mudah jumpa la pages Sham kat mudah then terus buka blog dia.. harga sewa yang ditawarkan agak murah berbanding dengan kereta sewa yang lain.. Aku sewa Sentra untuk sehari auto RM70 sahaja.. aku ada juga call kereta sewa yang lain, tapi agak mahal berbanding kereta sewa yang aku amik.. satu owner neh aku call kereta sewa  dia Kancil RM70, baik amik sentra, besar pun besar.. dengan dia juga aku amik cable car punya voucher.. murah berbanding amik tiket kat kaunter. Kalau amik voucher baru RM12-13.. kalau kat kaunter RM15.

Kereta OK, Baru dan Bersih! kalau korang nak ushar kot-kot nak g Langkawi korang boleh ushar blog dia http://carlangkawi.blogspot.com/

contact

Sham Sibah :- 


No Tel: +60124440109 (whatsapp lagi jimat)


Facebook :-Sham Sibah

UPDATED!

ni second time menggunakan perkhidmatan Syam yang kebabom! Van yang diberikan baru, bersih dengan harga yang berpatutan.. Van ini disewa pada 10-11 Januari 2014..



"Nora suka dengan perkhidamatan yang diberikan.. Nora bagi empat bintang"


yang tu sewa avanza dengan sham April 2014


yang ni September 2014







Monday, January 23, 2012

Langkawi Cable Car.. nak dapat harga murah?

Monday, January 23, 2012
Cable Car langkawi ni kami p petang dah hari yang sampai.. kalau nak diikotkan petang tu tak boleh naik sebab hujan lebat gila.. tapi dah pukul 5 petang tu dah macam reda skit, bunyi siren menandakan boleh naik cable car. Untuk cable car aku dah amik awal-awal lagi voucher kat sham owner kereta sewa, murah! RM12 sahaja.. kalau g amik terus kat kaunter tiket RM15 untuk warganegara Malaysia dengan syarat mesti ada MyKad.. kalau untuk pelancong luar RM3+.00 kalau tak silap. Tak sure bapa harga sebenar untuk pelancong luar. Angin kuat habaq ang.. haiyooo~ aku dah la kurus, macam nak terbang dah.. sipi-sipi lagi la nak jadi superman, si jang yang agak kurus sikit dari aku pun angin tolak, inikan aku.. ngeh3

 dari puncak kedua.. puncak pertama tak singgah!






Masa naik ni hujan rintik, angin kuat, kabus.. pemandangan sungguh cantik.. tenang sangat.. kalau hari cerah.. lagi la cantik.. Indahkan Alam Sekitar Ciptaan Tuhan =)