Tuesday, February 14, 2012

Mengeksplorasi Alam di Gunung Berembun dan Air Terjun Chemerung: Hari Pertama

10 hingga 12 Feb lepas diberi peluang untuk menjadi pengiring kepada team Kelab Kembara Biro Sukan dan Rekreasi KUIM.. panjat gunung woh! ni buat pertama kalinya aku join bendalah yang agak mencabar bagi aku.. sebab satu, tandas ntah ke mana.. susah kot nak buang air besar.. tu yang paling mencabar..

perjalanan bermula 9 Feb 930 malam dari KUIM dan sampai di Hutan Lipur Chemerung pada jam 630 pagi.. lama juga tu.. owh! satu.. setibanya aku di Terengganu maknanya baru langkaplah cuti-cuti satu Malaysia.. sebab sebelum ni cuma Terengganu saja yang belum ku jejak!.. jadi sekarang dah lengkap! ngeh3..

setibanya di hutan lipur, aktiviti diteruskan dengan aktiviti memanjakan diri di bantal wokkey~ giler ko drive dari KUIM sampai Terengganu.. sape cakap tak letih? even bukan aku yang drive.. keh3.. aku cuma menjadi badut untuk untuk berjaga dan merapu supaya driver tak tido..


thanks Kak Aini.. candid pic ni.. masa ni dah kelaut mimpinya..

lepas tido berkumpul dan diteruskan dengan aktiviti memanaskan badan.. panjant gunung jam 1030 pagi..






bukan setakat panjat gunung, kena meneberangi sungai lagi.. mencabar-mencabar..



yang bestnya bila naik gunung ni tenang sangat.. tenang bila dah sampai la.. sebab masa panjat penat gila.. yang tak minat panjat gunung ni dalam hati asyik "bila la nak sampai" "kenapalah aku join panjat gunung" "asal la tinggi sangat" "kenapa la tak buat eskelator".. korang boleh lihat keindahan alam ciptaan Tuhan.. indah-indah belaka.. dengan bunganya, daun serta pokoknya.. hijau.. sejuk ja mata memandang..

Periuk Kera

dalam pukul 130 petang juga sampai di Kem pertama iaitu Kem Balak.. bila nampak ja sungai ni.. terus hilang rasa letih.. cantik dan sejuk gila!






kat sini masak untuk makan tengah hari ja.. makan makanan yang paling sedap! maggi pilihan utama.. kat rumah selalunya tak pandang langsung.. tapi atas gunung.. kalau baju kasut boleh makan.. semua nak makan.. menunjukkan batapa laparnya.. pada awalnya dalam perancangan tak bermalam kat sini tapi disebabkan ada satu masalah besar.. jadi terpaksalah bermalam di sini satu malam...perjalanan diteruskan esok hari tepat jam 730 pagi..

3 comments:

  1. sangat bersemngat...sanggup tido dlm kete..sempoi...yeah!!! goooo

    ReplyDelete
  2. Wah! bestnye.. siap bemalam dalam hutan lagi.. best2.. :)

    ReplyDelete
  3. bestnya, lama tak pi outing panjat2 gunung ni lah

    ReplyDelete

Comment